Saturday, 7 August 2021

Hadith melebihkan wudhu pada anggota

 Hadith


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:



إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ


Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhuk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.” (HR. Bukhari  no. 136 dan Muslim no. 246).



Syarah


Menurut Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas, ahli bahasa menyatakan “الْغُرَّةُ” bermakna warna putih yang dahi kuda dan “التَّحْجِيلُ” pula adalah warna putih yang terdapat pada tangan dan kakinya. Adapun para ulama’ menafsirkannya dengan cahaya yang muncul pada anggota-anggota wudhuk di hari Kiamat sepertimana warna putih yang terdapat pada kuda. Tambahan pula, Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini pada bab melebihkan basuhan wudhuk di kepala, tangan dan kaki (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim 3/134-135).


Hal ini juga, dinyatakan oleh Imam al-San’ani di dalam karya beliau bahawa hadith ini merupakan salah satu dalil yang menunjukkan tuntutan agar melebihkan basuhan kepala, tangan dan kaki ketika berwudhuk.(Subul al-Salam 1/70).



Yang sunnahnya seperti yang Nabi saw wudhu, lengan lebih atas sikit, kaki lebih atas buku lali sikit.


Kalimah memanjang cahaya itu sebahagian ulama memaksudkan menjaga wudhu.


Adapun tambahan matan melebihkan/memanjangkan cahaya itu adalah sisipan perkataan Abu Hurairah ra dan beliau melebihkan kawasan wudhu beliau tangan sampai ke bahu, kaki sampai ke lutut itu adalah ijtihadnya saja. 


Ini disebutkan oleh ramai ulama hadith seperti disebutkan oleh al-Mundziri, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Syaikh an-Naji, Syeikh al-Albanj, Ibnu Utsaimin dll. Dan perbuatan beliau itu menyelisihi majoriti sahabat yang lain. (Majmu Fatawa al-Albani 1/39-40; Syarah al-Mandumah al-Baiquniyah hal. 111, Targhib wa Tarhib 1/136-137).



Rujukan


https://muslim.or.id/50755-ciri-khas-umat-muhammad-pada-hari-kiamat-ghurrah-dan-tahjiil-bag-2.html


https://almosleh.com/in/35455


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...