Takhrij

Thursday, 26 August 2021

Kelebihan husnudzan

 

Kisah 1

 

ورئى يحيى بن أكثم بعد موته في النوم فقيل له ما فعل الله بك فقال أوقفني الله بين يديه وقال يا شيخ السوء فعلت وفعلت وقال فأخذني من الرعب ما يعلم الله ثم قلت يا رب ما هكذا حدثت عنك فقال وما حدثت عني فقلت حدثني عبد الرزاق عن معمر عن الزهري عن أنس عن نبيك صلى الله عليه وسلم عن جبريل عليه السلام أنك قلت أنا عند ظن عبدي بي فليظن بي ما شاء

 

Terjemahan

 

Yahya bin Aktsam yang sudah wafat hadir dalam mimpi sahabatnya. Ditanyakan bagaimana keadaannya. Yahya berkata: “Tuhan menyebutkan semua dosaku“. Yahya ketakutan dan berkata: “Bukankah ada riwayat bahawa Engkau seperti dugaan hambaMu? Dan aku berbaik sangka Engkau tak akan menghukumku“. Yahya bacakan sanad riwayat tersebut di depan Tuhan. Tuhan membenarkan ucapannya. Dan kerana berbaik sangka padaNya itulah maka Yahya diampuni. Ana ‘inda zhanni abdi bi (Aku sebagaimana persangkaan hambaKu saja).

 

 

 

Kisah 2

 

إنَّ رَجُلاً يُدْخُلُ النَّارَ فَيَمْكُثُ فِيها ألْفَ سَنَةٍ يُنَادِي: يا حَنَّانُ يا مَنَّانُ، فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى لِجِبْرِيلَ: اذْهَبْ فَائتِني بِعَبْدِي. قَالَ فَيَجِيءُ بِهِ فَيُوقِفُهُ عَلَى رَبِّهِ فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: كَيْفَ وَجَدْتَ مَكَانكَ؟ فَيَقُولُ: شَرَّ مَكَانٍ. قَالَ فَيَقُولُ رُدُّوهُ إلَى مَكَانِهِ. قَالَ: فَيَمْشِي وَيَلْتَفِتُ إلَى وَرَائِهِ، فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: إلَى أيِّ شَيْءٍ تَلْتَفِتُ فَيَقُولُ: لَقَدْ رَجَوْتُ أَنْ لا تُعِيدَنِي إلَيْها بَعْدَ إذْ أَخْرَجْتَنِي مِنْها، فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: اذْهَبُوا بِهِ إلَى الجَنَّةِ

 

Terjemahan

 

Seorang lelaki masuk neraka. Maka ia bertempat di neraka itu seribu tahun. Ia memanggil-manggil: Ya Hannan, Ya Mannan (Wahai Yang Maha Belas Kasihan, wahai Yang Maha Pemberi Nikmat). Maka Allan Taala berfirman kepada Jibril: Pergilah, maka bawalah hembaKu kepadaKu. Nabi SAW bersabda: Maka hamba itu terus di­bawa kepada Allah, lalu disuruh berdiri di hadapan Tuhannya. Maka Allah Taala berfirman: Bagaimana kamu dapatkan tempatmu? La­ki-laki itu menjawab; Seburuk-buruk tempat. Nabi SAW bersabda: Maka Allah Taala berfirman: Kembalikan orang ini ke tempatnya semula Nabi SAW bersabda: Maka laki-laki itu berjalan dan menoleh ke belakangnya. Maka Allah Azza wa Jalla berfirman: Mau ke mana kamu menengok-nengok? Laki-laki itu menjawab: Sesungguhnya saya berharap agar supaya Engkau tidak mengembalikan lagi ke sana, sesudah Engkau keluarkan saya daripadanya. Maka Allah Ta`ala ber­firman: Pergilah dengannya ke syurga.

 

Takhrij

 

Kedua-dua kisah juga ini ditemukan dalam Ihya Ulumuddin (Kitab al-khauf wa al-raja’), 4/145-146.

 

Kisah pertama - tidak ditemukan sanad

 

Kisah kedua – dhaif:

 

HR. Ibnu Abi Dunya dalam Husnuzhan Billah no. 110, Ahmad 21/99, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya no. 15572, Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 4210, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 3/85, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 1/500, Ibnu Khuzaimah dalam al-Tauhid 2/749-750, al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah no. 4361, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat  3/267, daripada Anas ra

 

Didhaifkan oleh al-Baihaqi dalam Syuabul Iman (Ihya Ulumuddin 4/146)

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tidak sahih yakni palsu. Terdapat perawi yang tertuduh dusta, Abu Zilal al-Qasmali.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1249.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 134792

 

https://al-maktaba.org/book/5917/7

 

https://nadirhosen.net/tsaqofah/tarikh/kisah-ampunan-ilahi/

 

https://al-maktaba.org/book/9472/1304

No comments:

Post a Comment