Kisah 1
ورئى يحيى بن أكثم بعد موته في النوم فقيل له ما فعل الله بك فقال أوقفني الله بين يديه وقال يا شيخ السوء فعلت وفعلت وقال فأخذني من الرعب ما يعلم الله ثم قلت يا رب ما هكذا حدثت عنك فقال وما حدثت عني فقلت حدثني عبد الرزاق عن معمر عن الزهري عن أنس عن نبيك صلى الله عليه وسلم عن جبريل عليه السلام أنك قلت أنا عند ظن عبدي بي فليظن بي ما شاء
Terjemahan
Yahya bin Aktsam yang sudah wafat
hadir dalam mimpi sahabatnya. Ditanyakan bagaimana keadaannya. Yahya berkata:
“Tuhan menyebutkan semua dosaku“. Yahya ketakutan dan berkata: “Bukankah ada
riwayat bahawa Engkau seperti dugaan hambaMu? Dan aku berbaik sangka Engkau tak
akan menghukumku“. Yahya bacakan sanad riwayat tersebut di depan Tuhan. Tuhan
membenarkan ucapannya. Dan kerana berbaik sangka padaNya itulah maka Yahya
diampuni. Ana ‘inda zhanni abdi bi (Aku sebagaimana persangkaan hambaKu
saja).
Kisah 2
إنَّ رَجُلاً يُدْخُلُ النَّارَ فَيَمْكُثُ فِيها ألْفَ سَنَةٍ يُنَادِي: يا حَنَّانُ يا مَنَّانُ، فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى لِجِبْرِيلَ: اذْهَبْ فَائتِني بِعَبْدِي. قَالَ فَيَجِيءُ بِهِ فَيُوقِفُهُ عَلَى رَبِّهِ فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: كَيْفَ وَجَدْتَ مَكَانكَ؟ فَيَقُولُ: شَرَّ مَكَانٍ. قَالَ فَيَقُولُ رُدُّوهُ إلَى مَكَانِهِ. قَالَ: فَيَمْشِي وَيَلْتَفِتُ إلَى وَرَائِهِ، فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: إلَى أيِّ شَيْءٍ تَلْتَفِتُ فَيَقُولُ: لَقَدْ رَجَوْتُ أَنْ لا تُعِيدَنِي إلَيْها بَعْدَ إذْ أَخْرَجْتَنِي مِنْها، فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: اذْهَبُوا بِهِ إلَى الجَنَّةِ
Terjemahan
Seorang lelaki masuk neraka. Maka
ia bertempat di neraka itu seribu tahun. Ia memanggil-manggil: Ya Hannan, Ya
Mannan (Wahai Yang Maha Belas Kasihan, wahai Yang Maha Pemberi Nikmat). Maka
Allan Taala berfirman kepada Jibril: Pergilah, maka bawalah hembaKu kepadaKu.
Nabi SAW bersabda: Maka hamba itu terus dibawa kepada Allah, lalu disuruh
berdiri di hadapan Tuhannya. Maka Allah Taala berfirman: Bagaimana kamu
dapatkan tempatmu? Laki-laki itu menjawab; Seburuk-buruk tempat. Nabi SAW
bersabda: Maka Allah Taala berfirman: Kembalikan orang ini ke tempatnya semula
Nabi SAW bersabda: Maka laki-laki itu berjalan dan menoleh ke belakangnya. Maka
Allah Azza wa Jalla berfirman: Mau ke mana kamu menengok-nengok? Laki-laki itu
menjawab: Sesungguhnya saya berharap agar supaya Engkau tidak mengembalikan
lagi ke sana, sesudah Engkau keluarkan saya daripadanya. Maka Allah Ta`ala
berfirman: Pergilah dengannya ke syurga.
Takhrij
Kedua-dua kisah juga ini
ditemukan dalam Ihya Ulumuddin (Kitab al-khauf wa al-raja’), 4/145-146.
Kisah pertama - tidak
ditemukan sanad
Kisah kedua – dhaif:
HR. Ibnu Abi Dunya dalam
Husnuzhan Billah no. 110, Ahmad 21/99, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya no. 15572,
Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 4210, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 3/85,
al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 1/500, Ibnu Khuzaimah dalam al-Tauhid 2/749-750, al-Baghawi
dalam Syarhus Sunnah no. 4361, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 3/267, daripada Anas ra
Didhaifkan oleh al-Baihaqi dalam
Syuabul Iman (Ihya Ulumuddin 4/146)
Ibnu Jauzi menilai hadith ini
tidak sahih yakni palsu. Terdapat perawi yang tertuduh dusta, Abu Zilal
al-Qasmali.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1249.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 134792
https://al-maktaba.org/book/5917/7
https://nadirhosen.net/tsaqofah/tarikh/kisah-ampunan-ilahi/
No comments:
Post a Comment