Matan hadith
كَانَ النّبِي صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ رَجَب قال : اللّهُمّ
بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ.
Adalah Nabi ketika memasuki bulan
Rejab, beliau berdoa:
اللّهُمّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Ya Allah, limpahkanlah barakah
pada kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan
Ramadhan.
Takhrij
HR. Abdullah bin Ahmad dalam
Zawaid Musnad no. 2346, Ibnu Sunni no. 609, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath
no. 3939, daripada Anas bin Malik ra.
Didhaifkan oleh al-Baihaqi dalam
Syuabul Iman 3/1399, al-Haithami dalam Majma Zawaid 3/143, Syeikh al-Arnauth
dalam Takhrij Musnad no. 2346 dan Syeikh Ahmad Syakir tahqiq Musnad Ahmad
4/101.
kata imam Baihaqi pada hadith ini
dalam Syuabul Iman 3/375:
تفرد به زياد النميري وعنه زائدة بن أبي الرقاد قال البخاري : زائدة بن أبي
الرقاد عن زياد النميري منكر الحديث .
Ziyad An-Numairi sendirian dalam
meriwayatkan hadith ini. Sementara Zaidah bin Abi Ruqqad mengambil riwayat dari
Ziyad. Bukhari mengatakan, “Zaidah bin Abi Ruqqad dari Ziyad An-Numairi,
munkarul hadith.”
Hadith ini lemah kerana di dalam
sanadnya ada dua cacat, iaitu:
1) Zaidah bin Abu Ruqqad
Al-Bahili. Da seorang perawi yang hadithnya mungkar.
2) Ziyad bin Abdullah An-Numairi
al-Bashri. Dia seorang perawi hadith yang dhaif.
Imam At-Thabarani
menggolongkannya sebagai hadith munkar kerana salah seorang perawinya yang
bernama Zaidah bin Abir Riqad dinilai sebagai seorang rawi yang munkarul hadith
(Mu'jam al-Awsath no. 3939).
Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani
dalam kitabnya yang memang menjelaskan khusus tentang Bulan Rajab Tabyiin
Al-'Ujb fiimaa Warada Fi Syahri Rajab menukil perkataan Imam Al-Bukhari yang
mengatakan bahawa Zaidah itu Munkarul Hadith, orang yang (selalu) meriwayatkan
hadith munkar. Ini adalah sebuah kecatatan. Imam Ibnu Hibban mengatakan bahawa
hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Zaidah itu tidak boleh dijadikan hujjah
(Tabyiin Al-'Ujb hal. 6).
وروينا في حلية الأولياء بإسناد فيه ضعفٌ
An-Nawawi berkata di dalam kitab
Al-Azkar hal. 274: "dan kami meriwayatkannya di dalam Hilyatul Auliya
dengan sanad yang mengandungi sisi lemah (dhaif)."
AZ-Zahabi dalam Mizan I’tidal,
3/96, ketika menyebutkan biografi Zaidah bin Abi Ruqqad, dan beliau menyebutkan
hadith, kemudian beliau berkomentar, “Dhaif.”
Al-Haithami dalam Majma’
Az-Zawaid, 2/165 mengatakan, “Hadith ini diriwayatkan Al-Bazzar dan dalam
sanadnya terdapat Zaidah bin Abi Ruqqad, Al-Bukhari mengatakan: Munkarul
hadith, sementara sekelompok ulama lainnya menyatakan sebagai perawi majhul
(tidak dikenali).”
Ziyad An-Numairi adalah lemah.
Dilemahkan oleh Ibnu Ma’in. Abu Hatim berkata, ‘hadithnya tidak dapat dijadikan
hujjah.’ Disebutkan pula oleh Ibnu Hibban dalam kitab Adh-Dhu’afa, dia berkata,
“Tidak boleh berdalil dengan riwayatnya.” (Mizan Al-I’tidal 2/91).
Kenapa tidak boleh meyakini
bahawa ini hadith
Yup! Sama sekali tidak boleh.
Kerana kalau kita meyakini ini sebuah hadith dari Nabi saw, padahal ini adalah
hadith bermasalah, itu sama saja kita beranggapan bahawa Nabi mengatakan
itu, padahal TIDAK!
Itu namanya kita sudah berbohong
dengan nama Nabi Muhammad saw. Dan itu sangat dilarang. Termasuk dosa besar.
Kerana dalam hadith ada ancaman bahawa yang berbohong dengan nama Nabi saw
ialah neraka. Nau'udzu billah.
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا ، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ
النَّارِ
"siapa yang berbohong atas
namku, maka ia telah mengambil tempatnyadi neraka" (Muttafaq Alaih)
Tapi boleh beramal tak dengan
hadith dhaif?
Hal ini terdapat perbezaan ulama.
a) Ada yang mengatakan tidak boleh
sama sekali dalam semua bab
b) Ada yang membenarkan pada ruang
fadhail amal, ancaman dan galakan, TETAPI mestilah dengan mengikuti
syarat-syarat yang telah ditetapkan ulama. Bukan main langgar saja.
Disebabkan orang awam malah
sebahagian asatizah pun tak mahir ilmu hadith, maka sebaiknya keluarlah dari
khilaf dan beramallah dengan hadith yang maqbul (sahih/hasan) saja.
Kalau nak beramal juga mesti
tidak boleh meyakini ini sebuah hadith
Sebenarnya tidak masalah kita
membaca doa dengan lafaz hadith yg dhaif atau juga lafaz buatan sendiri ASALKAN
kita tidak meyakini bahawa ini dari Nabi saw dan tidak meyakini kalau ini
sunnah.
Kerana,
Jika seorang muslim berdoa semoga
dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan diberi taufiq agar dapat berpuasa di
bulan tersebut dan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar dengan doa-doa yang
bersifat umum, maka hal itu insya Allah tidak mengapa (Syekh Abdulkarim
Al-Khudhair, http://khudheir.com/text/298).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 202017
No comments:
Post a Comment