Matan hadith
عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتي بالمولود في الإسلام قال
اللهم اجعله تقيا رشيدا وأنبته في الإسلام نباتاً حسناً
Terjemahan
Sesungguhnya Nabi Saw ketika
beliau mengambil anak yang baru lahir, beliau mengucapkan doa; Allahummaj’alhu
barran taqiyyan rasyiidan wa anbithu fil islaami nabaatan hasanan (Ya Allah,
jadikanlah ia (bayi) orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah ia
dalam islam dengan pertumbuhan yang baik)
Takhrij
HR Abu Nuaim dalam Tarikh Asbahani 2/84;
ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus no.2064, daripada Aisyah ra.
Dhaif jiddan (Multaqa Ahlil
Hadith 37/93).
Dalam sanadnya terdapat perawi
yang ditinggalkan menurut Ibnu Hibban,
al-Qassim bin Mutayyib dan perawi yang pendusta menurut Imam Bukhari,
al-Hasan bin 'Amru.
Atsar Hasan al-Basri
Berdasarkan riwayat yang datang
daripada al-Husain RA (sebahagian ulama mengatakan al-Hassan bin Ali manakala
sebahagian lain mengatakan dia al-Hassan al-Basri - Wallahualam) baHawa beliau
mengajar seseorang untuk mengucapkan tahniah dengan katanya: “Ucapkanlah!:
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَــوْهُوْبِ لَكَ، وشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وبَلَغَ
أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
Semoga Allah memberkatimu dengan
anugerah yang dikurniakan kepAdamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi,
semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya,
dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.
Takhrij
AR. Ibnu al-Ja'd dalam Musnadnya
hal. 488.
Juga dikeluarkan oleh Ibnu Adi
dalam Al-Kamil 7/101), Ibnu Abi Dunya dalam Al-‘Iyal 1/365/201) semuanya dari
jalur Al-Haitsam bin Jamaz.
Atsar ini dhaif. Sanad ini lemah
sekali kerana Al-Haitsam bin Jamaz dilemahkan oleh para ahli hadith seperti
Yahya bin Ma’in dan Ahmad bin Hanbal rahimahumallah.
Meskipun riwayat dari Hasan
Al-Basri dan Aisyah ra itu sangat lemah sanadnya, namun banyak ulama
mengamalkannya dalam hal seperti ini, kerana termasuk bab doa yang baik, namun
tetap meyakini baHawa riwayat itu bukan pasti dari Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam. Apatah lagi kalimat doa tersebut baik dan tidak bercanggah
dengan syariat islam (Al-Azkar 1/648; Fatwa Soaljawab Islam no. 205068).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 205068
https://umma.id/article/share/id/1003/201822
Irsyad al-Fatwa no. 502
No comments:
Post a Comment