Monday, 21 February 2022

Hadith keutamaan nama Muhammad dan Ahmad

 

Tidak ada hadith "sahih" ataupun "hasan" yang menyebutkan keutamaan khusus pemberian nama tersebut sebagaimana yang diyakini oleh kebanyakan orang. Bahkan tidak sedikit yang menjadikannya sebagai penyebab berkah dengan memulai namanya dengan Muhammad atau Ahmad seperti "Muhammad Fulan" atau "Ahmad Fulan".

 

Al-Ubbiy berkata: Tidak ada yang sahih tentang keutamaan memakai nama Muhammad satu hadith pun, bahkan Al-Hafiz Abu Al-Abbas Taqiyuddin Al-Harrani berkata: Semua yang diriwayatkan dalam masalah ini adalah hadith palsu. [Tanzih Asy-Syari'ah Ibnu 'Iraq 1/174]

 

 

Beberapa hadith lemah tentang keutamaan nama Muhammad dan Ahmad:

 

 

1.       Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair (388H) dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah bi Ahmad wa Muhammda" no.1:

 

من طريق صدقة بن موسى الغنوي ثنا أبي ثنا حميد الطويل عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يوقف عبدان بين يدي الله فيأمر بهما إلى الجنة فيقولان ربنا بم استأهلنا دخول الجنة ولم نعمل عملا تجازينا به الجنة فيقول الله أدخلا عبدي فإني آليت على نفسي أن يدخل النار من اسمه أحمد ومحمد

 

"Dua orang hamba berdiri di hadapan Allah kemudian keduanya diperintahkan masuk syurga. Lalu keduanya bertanya: Ya Tuhan kami dengan apa kami berhak masuk syurga padahal kami tidak melakukan sesuatu yang boleh memasukkan kami ke syurga? Allah berkata: Masuklah wahai kedua hambaku, kerana sesungguhnya Aku telah bersumpah pada DiriKu untuk tidak memasukkan neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad."

 

Ibnu Jauzi mengatakan: Hadith ini tidak punya asal (palsu). [Al-Maudhu'at 1/157]

 

Ibnu Hibban mengatakan: Shadaqah bin Musa tidak boleh dijadikan hujjah, ia bukan ahli hadith. (al-Majruhin 1/373).

 

 

2.       Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.2:

 

عن هشام بن يحيى المقدام عن أبيه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من ولد له أربعة أولاد فلم يسم أحدهم محمدا لم يدخل حب محمد قلبه

 

"Barangsiapa yang punya anak empat dan tidak satupun dari mereka yang bernama Muhammad, maka cinta Muhammad tidak akan masuk ke dalam hatinya."

 

Abu Hatim mengatakan: Hadith ini diriwayatkan oleh Makhul bukan bapa Hisyam. [Ilal Ibnu Abi Hatim 6/156 no. 2410]

 

Dengan demikian hadith ini terputus sanadnya (mursal) kerana Makhul seorang tabi'i. Wallahu a'lam!

 

 

3.       Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad (230H) dalam kitabnya "Ath-Thabaqat Al-Kubra" 5/54, dan Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.3:

 

من طريق مطرف بن عبد الله اليساري قال : حدثنا محمد بن عثمان العمري عن أبيه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ما ضر أحدكم لو كان في بيته محمد ومحمدان وثلاثة

 

"Seseorang dari kalian tidak mendapat keburukan jika di rumahnya ada yang bernama Muhammad satu, dua, atau tiga orang".

 

Imam Suyuthi melemahkan hadith ini dalam kitabnya Al-Jami' Ash-Shagir no.7932.

 

Syeikh Albani mengatakan: Sanad hadith ini lemah, aku tidak mengetahui Muhammad bin Utsman Al-Umari dan bapaknya, dan sepertinya sanad ini terputus. [Silsilah Hadith Dhaif 5/390 no. 2367]

 

 

4.       Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.4:

 

من طريق عبد الله بن أحمد بن عامر الطائي ثنا أبي ثنا على بن موسى العلوى ثنا أبي موسى بن جعفر عن أبيه عن جده محمد الباقر عن أبيه عن جده الحسين عن علي بن أبي طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما من قوم كانت لهم مشورة فحضر معهم من اسمه أحمد أو محمد فأدخلوا مشورته إلا خير لهم فيها

 

"Tidaklah suatu kaum melakukan musyawarah dan hadir bersama mereka orang yang bernama Ahmad atau Muhammad dan diikutkan dalam musyawarah kecuali mereka mendapatkan pilihan yang baik di dalamnya".

 

Hadith ini palsu kerana di sanadnya ada rawi yang bernama Abdullah bin Ahmad bin Amir Ath-Tha'ie; Az-Zahabi mengatakan: Ia meriwayatkan hadith-hadith palsu dari Ali bin Musa Al-'Alawi, pemalsunya tiada yang lain kecuali ia atau bapaknya (Mizanul I’tidal 4/59, Lisanul Mizan 4/425, 1/490, Dzail Mizanul I ‘tidal 8/33).

 

Dengan lafaz yang sama, diriwayatkan oleh Ibnu An-Najjar dalam kitabnya "Dzail Tarikh Bahgdad" 4/135:

 

من طريق أبي بكر محمد بن أحمد بن محمد المفيد، أنبأنا عبد الله بن أحمد بن محمد بن حنبل، حدثني أبي، أنبأنا علي بن موسى الرضا ... به ، مثله .

 

As-Suyuthi mengatakan: Abu Bakar Muhammad bin Ahmad Al-Mufid dianggap sebagai pemalsu hadith. [Al-La'ali' Al-Mashnu'ah 1/105]

 

 

5.       Diriwayatkan oleh Ibnu 'Adi dalam kitabnya "Al-Kamil" 1/168, dan Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.  8 dan 9:

 

من طريق عثمان الطرائفي حدثنا أحمد الشامي عن أبي الطفيل عن علي بن أبي طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما اجتمع قوم قط في مشورة فيهم رجل اسمه محمد لم يدخلوه في مشورتهم الا لم يبارك لهم فيه

 

"Tidak berkumpul suatu kaum dalam satu musyawarah, dan diantara mereka ada yang bernama Muhammad tapi mereka tidak mengikutkannya dalam musyawarah tersebut kecuali mereka tidak mendapat berkah di dalamnya".

 

Az-Zahabi mengatakan hadith ini palsu, Ahmad Asy-Syami; hadithnya mungkar (sangat lemah). (Mizanul I’tidal 1/273, Lisanul Mizan 1/583).

 

 

6.       Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.14:

 

من طريق محمد بن حميد ثنا إبراهيم بن المختار عن النضر بن حميد عن أبي إسحاق السبيعي عن الأصبغ بن نباتة عن علي بن أبي طالب أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أهل بيت فيهم اسم نبي إلا بعث الله إليهم ملكا يقدسهم بالغداة والعشى

 

"Tidaklah satu keluarga di antara mereka ada yang memakai nama Nabi kecuali Allah akan mengutus kepada mereka malaikat yang akan mensucikan mereka di waktu pagi dan petang".

 

Ibnu Al-Jauzi mengatakan: Hadith ini tidak sahih, di sanadnya ada beberapa rawi yang ditolak periwayatannya:

 

1.       Muhammad bin Humaid; diklaim pembohong oleh Abu Zur'ah (Mizanul I’tidal 6/126). ,

 

2.       An-Nadzr bin Humaid; Abu Hatim mengatakan: Hadithnya ditolak, dan Imam Bukhari mengatakan: Hadithnya mungkar. (Mizanul I’tidal 7/26, Lisanul Mizan 8/272).

 

3.       Al-Ashbagh bin Nubatah; Ibnu Ma'in mengatakan: Ia tidak ada nilainya (sangat lemah). (Mizanul I’tidal 1/436).

 

[Al-Maudhu'at karya Ibnu Al-Jauzi 1/154, Al-La'ali' Al-Mashnu'ah karya As-Suyuthi 1/100]

 

 

7.       Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.18:

 

من طريق أحمد بن عبد الرحمن بن وهب ثنا عبدالله بن عثمان ثنا عثمان بن عبد الرحمن عن عمته عائشة عن أبيها سعد بن أبي وقاص قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول هل امرأة من نسائكم حبلى قال رجل نعم يا رسول الله امرأتي حامل قال إذا رجعت إلى بيتك فضع يدك على بطن زوجتك وقل بسم الله اللهم إني اسميه محمدا فإنه يأتى به رجلا

 

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertanya: Apakah ada dari isteri kalian yang hamil?

 

Seorang menjawab: Iya, Ya Rasulullah, isteriku sedang hamil.

 

Rasulullah bersabda: Jika engkau kembali ke rumahmu maka letakkan tanganmu di atas perut isetrimu dengan membaca: "Bismillah, Ya Allah ... sesungguhnya aku akan menamainya Muhammad". Maka ia akan lahir laki-laki.

 

Hadith ini sangat lemah, kerana Ahmad bin Abdurrahman bin Wahab meriwayatkan hadith-hadith palsu. Sedangkan Utsman bin Abdurrahman Al-Waqqashi  hadithnya sangat ditolak dan Ibnu Ma'in menganggapnya sebagai pembohong (Mizanul I’tidal 1/253, 5/56).

 

Hadith ini punya sanad lain tapi juga sangat lemah (Tanzih Asy-Syari'ah 1/172).

 

 

8.       Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.19:

 

من طريق عمر بن موسى عن القاسم عن واثلة بن الأسقع قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ولد له ثلاثة ولم يسم أحدهم محمدا فقد جهل

 

"Barangsiapa yang memiliki 3 anak dan tidak menamai salah satunya dengan nama Muhammad maka ia orang yang bodoh".

 

Hadith ini palsu; kerana Umar bin Musa Al-Wajiihi diklaim sebagai pemalasu hadith oleh Abu Hatim dan Ibnu 'Adi (Mizanul I’tidal 5/271, Lisanul Mizan 6/148).

 

Hadith ini memiliki sanad lain tapi semuanya sangat lemah. (Silsilah Hadith Dhaif 1/627 no.437). .

 

 

9.       Diriwayatkan oleh Ibnu 'Adi dalam kitabnya "Al-Kamil" 6/160, dan Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.21:

 

من طريق عثمان بن عبد الرحمن عن محمد بن عبد الملك عن يحيى بن سعيد عن سعيد بن المسيب عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يدخل الفقر بيتا فيه اسمي

 

"Kemiskinan tidak masuk ke dalam rumah yang salah satu anggotanya ada yang bernama seperti namaku".

 

Hadith ini palsu, kerana Utsman bin Abdurrahman Al-Waqqashi sangat lemah dan Muhammad bin Abdul Malik Al-Anshari; Imam Ahmad mengatakan: Ia seorang pemalsu hadith dan pembohong (Mizanul I’tidal 6/241, Lisanul Mizan 7/314).

 

 

10.   Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.24:

 

من طريق أبي القاسم الطائي ثنا أبي ثنا أبو الحسن الرضى عن موسى بن جعفر الصادق عن أبيه محمد الباقر عن جده على زين العابدين عن أبيه الحسين عن أبيه على بن أبي طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مائدة وضعت فحضر عليها من اسمه محمد أو أحمد إلا قدس ذلك المنزل في كل يوم مرتين

 

"Tidaklah suatu hidangan dihidangkan kemudian dihadiri oleh orang yang bernama Muhammad atau Ahmad keculai rumah tersebut disucikan setiap hari sebanyak dua kali".

 

Hadith ini palsu, Az-Zahabi menuduh Abdullah bin Ahmad bin Amir Ath-Tha'i atau bapanya sebagai pemalsunya.

 

 

11.   Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.26:

 

من طريق أبي القاسم عبيد الله بن أحمد بن عامر الطائى ثنا أبى ثنا علي بن موسى الرضى عن أبيه عن جده جعفر بن محمد عن أبيه عن جده عن الحسين بن علي عن علي بن أبي طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه وأوسعوا له المجلس ولا تقبحوا له وجها

 

"Jika kalian menamai seorang anak "Muhammad", maka muliakanlah ia, dan luaskan tempat duduk untuknya, dan jangan kalian menghina ia di mukanya".

 

Hadith ini palsu, Az-Zahabi menuduh Abdullah bin Ahmad bin Amir Ath-Tha'i atau bapaknya sebagai pemalsunya.

 

Hadith ini memiliki sanad lain tapi semuanya sangat lemah (Silsilah Hadith Dhaif 6/84 no.2573).

 

 

12.   Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.30:

 

قال : حدثنا حامد بن حماد بن المبارك العسكري ثنا إسحاق بن يسار أبو يعقوب النصيبي حدثنا حجاج بن المنهال حدثنا حماد بن سلمة عن برد بن سنان عن مكحول عن أبي أمامة مرفوعا : من ولد له مولود فسماه محمدا تبركا به كان هو ومولوده في الجنة

 

"Barangsiapa yang dikaruniahi seorang anak kemudian ia menamainya "Muhammad" untuk mendapat berkah maka ia dan anak itu akan masuk syurga".

 

Az-Zahabi mengatakan: Hamid bin Hammad Al-'Askari meriwayatkan dari Ishaq bin Yasar hadith paslu dan ia adalah penyebabnya (Mizanul I’tidal 2/185, Lisanul Mizan 2/537).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...