Matan hadith
نَاكِحُ الْيَدِ مَلْعُونٌ
Terjemahan
Orang yang menikahi tangannya
(pelaku onani) adalah orang yang dilaknat oleh Allah
Takhrij
HR. Abu Syaikh Ibn Hayan dalam
Majalis min Hadhitsah 1-2/62, Ibnu Bashran dalam al-Amali 1-2/86 daripada
Abdullah bin Amru ra.
Mulla Ali al-Qari dalam al-Asrar
al-Marfuah no. 360, al-Qawaqaji dalam al-Lu’ lu’wal Marsu’ no. 211 menilai
hadith ini tiada asal (palsu).
Al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa’
menilai hadith ini tiada asal.
Dhaif menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4851.
Dan disebutkan pula dalam sebuah
riwayat:
سبعة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة، ولا يزكيهم، ولا يجمعهم مع
العالمين، يدخلهم النار أول الداخلين إلا أن يتوبوا، إلا أن يتوبوا، إلا أن
يتوبوا، فمن تاب تاب الله عليه الناكح يده، والفاعل والمفعول به، والمدمن بالخمر،
والضارب أبويه حتى يستغيثا، والمؤذي جيرانه حتى يلعنوه، والناكح حليلة جاره
Ada 7 golongan yang mana Allah
tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan Allah tidak mensucikan
mereka, dan Allah tidak mengumpulkan mereka bersama makhluk lainnya. Allah
memasukkan mereka kedalam api neraka sebagai makhluk pertama yang masuk
kedalamnya. Kecuali mereka bertaubat, kecuali mereka bertaubat, barangsiapa
yang bertaubat maka Allah akan terima taubatnya. Yakni; orang yang menikahi
tangannya (pelaku onani), dan pelaku homoseksual dan yang menjadi objeknya, dan
pecandu khamar (pemabuk), dan orang yang memukul kedua orang tuanya sampai
keduanya meminta pertolongan, dan orang yang mengganggu tetangganya sampai
mereka melaknatnya, dan orang yang berzina dengan isteri tetangganya
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman
4/1913 no. 5470, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3497, dan Ibnu Jauzi dalam
al-‘Ilal Al-Mutanahiyah no. 1046, daripada Anas bin Malik ra.
Dhaif menurut al-Baihaqi kerana
di dalam sanadnya terdapat: Maslamah bin Ja’far dan syaikhnya Hassan bin Hamid.
Az-Zahabi berkata:
يجهل هو وشيخه وقال الأزدي: ضعيف
Dia dan gurunya adalah majhul.
Dan Azdi berkata: Dia adalah orang yang dhaif lemah (Mizan Al-I’tidal 4/108).
Dhaif juga menurut Ibnu Mulaqin
dalam al-Badrul Munir 7/662.
Gharib menurut Ibnu Katsir dalam
Irsyad al-Fiqhiyyah 2/358.
Sanadnya dhaif menurut Syeikh
al-Albani dalam Irwaul Ghalil 8/58.
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:
هَذَا حَدِيثٌ لا يَصِحُّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ولا حسان يعرف ولا مسلمة
Ini adalah hadith yang tidak sahih
dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Hassan dan Maslamah adalah orang
yang tidak dikenali (majhul) (Al-‘Ilal Al-Mutanahiyah 2/144)
Lajnah Da’imah yang diketuai oleh
syaikh Bin Baaz memberikan fatwa:
نكاح اليد وما في حكمه المسمى بالعادة السرية حرام، ولم يثبت فيما نعلم
الحكم على من يفعل ذلك بأنه ملعون
Orang yang menikahi tangannya
atau yang disebut dengan onani, hukumnya adalah haram. Akan tetapi tidak pernah
ada –sesuai pengetahuan kami- bolehnya menghukumi orang yang melakukannya baHawa
dia adalah orang yang terlaknat (Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah 22/58).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
10353
No comments:
Post a Comment