Dari Abu Dzar radhiallahu ‘anhu,
ia berkata:
قلتُ : يا رسولَ اللهِ ! أيُّ الأنبياءِ كان أولُ ؟ ! قال : آدمُ، قلتُ :
يا رسولَ اللهِ ! ونبيٌّ كان ؟ ! قال : نعم نبيٌّ مُكلَّمٌ، قلتُ : يا رسولَ اللهِ
: كم المرسلونَ ؟ ! قال : ثلاثُ مئةٍ وبضعةَ عشرَ ؛ جمًّا غفيرًا
“Aku bertanya: wahai Rasulullah,
siapa Nabi pertama? Rasulullah menjawab: Adam. Aku bertanya: wahai Rasulullah,
apakah beliau (Adam) seorang Nabi? Rasulullah menjawab: benar, ia seorang Nabi
yang diajak bicara oleh Allah. Aku bertanya: wahai Rasulullah, ada berapa
jumlah para Rasul? Rasulullah menjawab: 300 sekian belas, mereka sangat banyak
(HR. Ahmad no. 21586, Al Hakim 2/652, al-Baihaqi no.18166).
Disahihkan oleh syeikh Ahmad
Syakir dalam Umdatul Tafsir 1/309 dan syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul
Mashabih no. 5669.
Manakala Syeikh al-Arnauth dalam
Takhrij Musnad berkata sanad hadith ini dhaif jiddan.
Dalam riwayat lain dari Abu Dzar
juga:
قلت : يَا رَسُولَ اللَّهِ كَمِ الْأَنْبِيَاءُ ؟ قَالَ: ( مِائَةُ أَلْفٍ
وَعِشْرُونَ أَلْفًا)، قُلْتُ :يَا رَسُولَ اللَّهِ كَمِ الرُّسُلُ مِنْ ذَلِكَ؟
قَالَ : (ثَلَاثُ مِائَةٍ وَثَلَاثَةَ عَشَرَ جَمًّا غَفِيرًا)
Aku berkata: wahai Rasulullah,
ada berapa jumlah Nabi? Rasulullah menjawab: Nabi ada 120000 orang. Aku
berkata: wahai Rasulullah, ada berapa jumlah Rasul? Rasulullah menjawab: Rasul
ada 313 orang, mereka sangat banyak (HR. Ibnu Hibban no. 361).
dalam teks lain nilai yang
disebutkan adalah 124000 orang
Didhaifkan Ibnu Katsir dalam
Bidayah wan Nihayah 2/140, as-Suyuthi dalam Durar al-Mantsur 5/132, dan juga
syeikh al-Arnauth dalam Tahqiq Sahih Ibnu Hibban 2/79.
Dalam riwayat lain dari Abu
Umamah radhiallahu ‘anhu,
قُلتُ: يا رسولَ اللهِ، كم وَفَّى عِدَّةُ الأنبياءِ؟ قال: مِئةُ ألْفٍ
وأربعةٌ وعشرونَ ألْفًا، الرُّسُلُ مِن ذلك ثلاثُ مِئةٍ وخَمسةَ عَشَرَ جَمًّا
غَفيرًا
Aku berkata: wahai Rasulullah,
ada berapa jumlah Nabi? Rasulullah menjawab: Nabi ada 124000 orang dan di
antara mereka ada para Rasul sebanyak 315 orang, mereka sangat banyak (HR.
Ahmad no. 22288).
Didhaifkan Ibnu Katsir dalam
Bidayah wan Nihayah 2/140.
Dhaif menurut al-Haithami dalam
Majma Zawaid 1/164.
Terdapat juga hadith lain
daripada Anas bin Malik R.A, dimana Rasulullah SAW bersabda:
بعث الله ثمانية آلاف نبي ، أربعة آلاف إلى بني إسرائيل ، وأربعة آلاف إلى
سائر الناس
Allah SWT telah mengutus 8 ribu
Nabi, 4 ribu kepada Bani Isra’el dan 4 ribu lagi kepada seluruh manusia (HR.
Abu Ya’la 7/160).
Hadith ini juga tidak sahih.
Menurut Imam Ibn Hajar al-Haithami, salah seorang perawinya iaitu ‘Ubaidah
al-Rabzi, dan dia seorang yang sangat dhaif. (Majma al-Zawaid 8/210).
Kesimpulan
Hadith-hadith berkenaan isu ini
adalah tidak sahih, kerana dalam kesemua sanadnya terdapat sebilangan perawi
yang dhaif bahkan munkar.
Ibn ‘Atiyyah pula menyebut bahawa
riwayat-riwayat yang menyatakan tentang jumlah Nabi dan Rasul adalah tidak
sahih, dan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui akan jumlahnya yang sebenar.
(Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz 2/137).
Dan Allah jualah yang mengetahui
jumlah sebenar mereka.
Al Lajnah Ad Daimah ketika
ditanya tentang jumlah Nabi dan Rasul, mereka mengatakan:
لا يعلم عددهم إلا الله
Tidak ada yang mengetahui jumlah
mereka kecuali Allah (Fatawa al Lajnah 3/256).
Allah Ta’ala berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِي إِلَيْهِ
أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus seorang
rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada Ilah
(yang haq) melainkan Aku, maka sembahlah Aku olehmu sekalian (QS. Al-Anbiya:
25).
Allah Ta’ala juga berfirman:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ
وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Dan sesungguhnya Kami telah
mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (saja),
dan jauhilah thaghut’ (QS. An-Nahl: 36).
Yang pasti jumlah mereka ramai
sepertimana yang telah disebutkan dalam al-Quran.
Firman Allah swt:
ثُمَّ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا تَتْرَا كُلَّ مَا جَاءَ أُمَّةً رَسُولُهَا
كَذَّبُوهُ فَأَتْبَعْنَا بَعْضَهُمْ بَعْضاً وَجَعَلْنَاهُمْ أَحَادِيثَ
فَبُعْداً لِقَوْمٍ لا يُؤْمِنُونَ
Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul
Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka
mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu;
dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan
iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman
(QS al-Mu'minun: 44).
Perkara ini merupakan satu perkara ijtihadi,
seseorang boleh saja untuk memilih mana-mana pandangan ulama berkenaan (yang
mensahihkan atau mendhaifkan hadith) isu ini, memandangkan ia merupakan bukan
satu perkara cabang dalam aqidah.
Rujukan
al-Kafi li al-Fatawi no. 1348
Fatwa Soaljawab Islam no. 95747
No comments:
Post a Comment