Takhrij

Monday, 21 February 2022

Hadith yang menyebutkan jumlah nabi dan rasul

 

Dari Abu Dzar radhiallahu ‘anhu, ia berkata:

 

قلتُ : يا رسولَ اللهِ ! أيُّ الأنبياءِ كان أولُ ؟ ! قال : آدمُ، قلتُ : يا رسولَ اللهِ ! ونبيٌّ كان ؟ ! قال : نعم نبيٌّ مُكلَّمٌ، قلتُ : يا رسولَ اللهِ : كم المرسلونَ ؟ ! قال : ثلاثُ مئةٍ وبضعةَ عشرَ ؛ جمًّا غفيرًا

 

“Aku bertanya: wahai Rasulullah, siapa Nabi pertama? Rasulullah menjawab: Adam. Aku bertanya: wahai Rasulullah, apakah beliau (Adam) seorang Nabi? Rasulullah menjawab: benar, ia seorang Nabi yang diajak bicara oleh Allah. Aku bertanya: wahai Rasulullah, ada berapa jumlah para Rasul? Rasulullah menjawab: 300 sekian belas, mereka sangat banyak (HR. Ahmad no. 21586, Al Hakim 2/652, al-Baihaqi no.18166).

 

Disahihkan oleh syeikh Ahmad Syakir dalam Umdatul Tafsir 1/309 dan syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul Mashabih no. 5669.

 

Manakala Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad berkata sanad hadith ini dhaif jiddan.

 

 

Dalam riwayat lain dari Abu Dzar juga:

 

قلت : يَا رَسُولَ اللَّهِ كَمِ الْأَنْبِيَاءُ ؟ قَالَ: ( مِائَةُ أَلْفٍ وَعِشْرُونَ أَلْفًا)، قُلْتُ :يَا رَسُولَ اللَّهِ كَمِ الرُّسُلُ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ : (ثَلَاثُ مِائَةٍ وَثَلَاثَةَ عَشَرَ جَمًّا غَفِيرًا)

 

Aku berkata: wahai Rasulullah, ada berapa jumlah Nabi? Rasulullah menjawab: Nabi ada 120000 orang. Aku berkata: wahai Rasulullah, ada berapa jumlah Rasul? Rasulullah menjawab: Rasul ada 313 orang, mereka sangat banyak (HR. Ibnu Hibban no. 361).

 

dalam teks lain nilai yang disebutkan adalah 124000 orang

 

Didhaifkan Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 2/140, as-Suyuthi dalam Durar al-Mantsur 5/132, dan juga syeikh al-Arnauth dalam Tahqiq Sahih Ibnu Hibban 2/79.

 

Dalam riwayat lain dari Abu Umamah radhiallahu ‘anhu,

 

قُلتُ: يا رسولَ اللهِ، كم وَفَّى عِدَّةُ الأنبياءِ؟ قال: مِئةُ ألْفٍ وأربعةٌ وعشرونَ ألْفًا، الرُّسُلُ مِن ذلك ثلاثُ مِئةٍ وخَمسةَ عَشَرَ جَمًّا غَفيرًا

 

Aku berkata: wahai Rasulullah, ada berapa jumlah Nabi? Rasulullah menjawab: Nabi ada 124000 orang dan di antara mereka ada para Rasul sebanyak 315 orang, mereka sangat banyak (HR. Ahmad no. 22288).

 

Didhaifkan Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 2/140.

 

Dhaif menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 1/164.

 

Terdapat juga hadith lain daripada Anas bin Malik R.A, dimana Rasulullah SAW bersabda:

 

بعث الله ثمانية آلاف نبي ، أربعة آلاف إلى بني إسرائيل ، وأربعة آلاف إلى سائر الناس

 

Allah SWT telah mengutus 8 ribu Nabi, 4 ribu kepada Bani Isra’el dan 4 ribu lagi kepada seluruh manusia (HR. Abu Ya’la 7/160).

 

Hadith ini juga tidak sahih. Menurut Imam Ibn Hajar al-Haithami, salah seorang perawinya iaitu ‘Ubaidah al-Rabzi, dan dia seorang yang sangat dhaif. (Majma al-Zawaid 8/210).

 

Kesimpulan

 

Hadith-hadith berkenaan isu ini adalah tidak sahih, kerana dalam kesemua sanadnya terdapat sebilangan perawi yang dhaif bahkan munkar.

 

Ibn ‘Atiyyah pula menyebut bahawa riwayat-riwayat yang menyatakan tentang jumlah Nabi dan Rasul adalah tidak sahih, dan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui akan jumlahnya yang sebenar. (Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz 2/137).

 

Dan Allah jualah yang mengetahui jumlah sebenar mereka.

 

Al Lajnah Ad Daimah ketika ditanya tentang jumlah Nabi dan Rasul, mereka mengatakan:

 

لا يعلم عددهم إلا الله

 

Tidak ada yang mengetahui jumlah mereka kecuali Allah (Fatawa al Lajnah 3/256).

 

Allah Ta’ala berfirman:

 

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُونِ

 

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada Ilah (yang haq) melainkan Aku, maka sembahlah Aku olehmu sekalian (QS. Al-Anbiya: 25).

 

Allah Ta’ala juga berfirman:

 

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

 

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut’ (QS. An-Nahl: 36).

 

Yang pasti jumlah mereka ramai sepertimana yang telah disebutkan dalam al-Quran.

 

Firman Allah swt:

 

ثُمَّ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا تَتْرَا كُلَّ مَا جَاءَ أُمَّةً رَسُولُهَا كَذَّبُوهُ فَأَتْبَعْنَا بَعْضَهُمْ بَعْضاً وَجَعَلْنَاهُمْ أَحَادِيثَ فَبُعْداً لِقَوْمٍ لا يُؤْمِنُونَ

 

Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu; dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman (QS al-Mu'minun: 44).

 

Perkara  ini merupakan satu perkara ijtihadi, seseorang boleh saja untuk memilih mana-mana pandangan ulama berkenaan (yang mensahihkan atau mendhaifkan hadith) isu ini, memandangkan ia merupakan bukan satu perkara cabang dalam aqidah.

 

Rujukan

 

al-Kafi li al-Fatawi no. 1348

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 95747

No comments:

Post a Comment