Thursday, 28 April 2022

Amalan Jumaat Terakhir Bulan Rejab

 

“Barang siapa membaca kalimat

 

أحمد رسول الله محمد رسول الله

 

(Ertinya: Ahmad adalah Rasulullah. Muhammad adalah Rasulullah)

 

pada Jumaat terakhir bulan Rejab, sebanyak 35 kali ketika khatib sedang duduk di antara 2 khutbah (berkhutbah).

 

maka selama setahun tangannya tidak akan pernah kosong dari rezeki.”

 

- Dari kitab kanzun najah was surur -

 

Boleh tolong pastikan?

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt.

 

Kitab Kanzun Najah Wa As-Surur di susun oleh Syaikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Quds al-Makki al-Syafi'i. Zikir di atas dinukilkan oleh Shaikh dalam kitabnya Kanzun Najah Wa As-Surur seperti berikut:

 

ومن فوائد الشيخ علي الأجهوري رحمه الله تعالى كما في ترجمته بخلاصة الأثر أن من قرأ في آخر جمعة من رجب والخطيب على المنبر: أحمدُ رسول الله محمدٌ رسول الله (خمسًا وثلاثين مرة) لا تنقطع الدراهم من يده ذلك السنة. انتهى.

 

Sesiapa yang membaca pada Jumaat terakhir di bulan Rejab ketika Khatib di atas mimbar: Ahmad Rasulullah Muhammad Rasulullah sebanyak 35 kali, tidak akan terputus duitnya selama setahun.

 

1- Zikir di atas bukanlah daripada Rasulullah s.a.w.

2- Amalan ini bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang menyuruh kita fokus mendengar khutbah.

 

Benar, mendengar khutbah di sisi mazhab Syafie adalah sunat, akan tetapi di sisi majoriti ulama iaitu mazhab Abu Hanifah, Malik dan Ahmad ia adalah wajib dan haramnya berkata-kata ketika khutbah.

 

Majoriti ulama berhujah dengan hadith berikut:

 

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ

 

Apabila seseorang daripada kalian berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang sia-sia. [Sahih al-Bukhari]

 

Kesimpulan:

 

- Hendaklah fokus mendengar khutbah dan bukannya menyibukkan diri dengan perkara lain hatta berzikir sekalipun.

- Apa yang diajar oleh sheikh di atas bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w

 

Wallahua'lam.

 

Rujukan

 

Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle  - Hadith, https://t.me/drRozaimi/5253

 

https://islam.nu.or.id/ubudiyah/amalan-pada-Jumaat-terakhir-bulan-Rejab-IMW6V

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...