Matan kisah
قال شرف الدين حسين بن ريان: أغرب ما سمعته من الأخبار، وأعجب ما نقلته عن
الأخيار، ممن كان يحضر مجلس عمر بن الخطاب، أمير المؤمنين، ويسمع كلامه قال: بينما
الإمام جا
قيل: لما رجع عمر، رضي الله عنه، من الشام إلى المدينة، انفرد عن الناس
ليتعرف أخبار رعيته، فمر بعجوز في خباء لها فقصدها.
فقالت: ما فعل عمر رضي الله عنه؟ قال: قد أقبل من الشام سالماً.
فقالت: يا هذا! لا جزاه الله خيراً عني! وقال: ولمَ؟ قالت: لأنه ما أنالني
من عطائه منذ ولي أمر المسلمين ديناراً ولا درهماً.
فقال: وما يدري عمر بحالك وأنت في هذا الموضع؟ فقالت: سبحان الله ! والله
ما ظننت أن أحداً يلي على الناس، ولا يدري ما بين مشرقها ومغربها.
فبكى عمر رضي الله عنه، وقال: وا عمراه، كل أحد أفقه منك حتى العجائز يا
عمر.
ثم قال لها: يا أمة الله! بكم تبيعيني ظلامتك من عمر، فإني أرحمه من النار؟
فقالت: لا تهزأ بنا، يرحمك الله.
فقال عمر: لست أهزأ بك.
ولم يزل حتى اشترى ظلامتها بخمسة وعشرين ديناراً.
فبينما هو كذلك إذ أقبل علي بن أبي طالب، رضي الله عنه، وعبد الله بن
مسعود، رضي الله عنه، فقالا: السلام عليك يا أمير المؤمنين! فوضعت العجوز يدها على
رأسها وقالت: وا سوأتاه! شتمت أمير المؤمنين في وجهه؟ فقال لها عمر رضي الله عنه:
لا بأس عليك، يرحمك الله، ثم طلب قطعة جلد يكتب فيها فلم يجد، فقطع قطعة من مرقعته
وكتب فيها: بسم الله الرحمن الرحيم: هذا ما اشترى عمر من فلانة ظلامتها منذ ولي
الخلافة إلى يوم كذا، بخمسة وعشرين ديناراً. فما تدعي عليه عند وقوفه في المحشر
بين يدي الله تعالى فعمر بريء منه، شهد على ذلك علي وابن مسعود.
ثم دفعها إلى ولده وقال له: إذا أنا مت فاجعلها في كفني ألقى بها ربي.
عمر والشاب القاتل وأبو ذَرّ
قال شرف الدين حسين بن ريان: أغرب ما سمعته من الأخبار، وأعجب ما نقلته عن
الأخيار، ممن كان يحضر مجلس عمر بن الخطاب، أمير المؤمنين، ويسمع كلامه قال: بينما
الإمام جالس في بعض الأيام، وعنده أكابر الصحابة، وأهل الرأي والإصابة، وهو يقول
في القضايا، ويحكم بين الرعايا، إذ أقبل شاب نظيف الأثواب، يكتنفه شابان من أحسن
الشبان، نظيفا الثياب، قد جذباه وسحباه وأوقفاه بين يدي أمير المؤمنين، ولبباه.
فلما وقفوا بين يديه، نظر إليهما وإليه، فأمرهما بالكف عنه. فأدنياه منه وقالا: يا
أمير المؤمنين، نحن أخوان شقيقان، جديران باتباع الحق حقيقان. كان لنا أب شيخ
كبير، حسن التدبير، معظم في قبائله، منزه عن الرذائل، معروف بفضائله، ربانا
صغاراً، وأعزنا كباراً، وأولانا نعماً غزاراً، كما قيل:
لنا والدٌ لو كان للناس مثله ... أبٌ آخرٌ أغناهم بالمناقب
خرج اليوم إلى حديقة له يتنزه في أشجارها، ويقطف يانع ثمارها، فقتله هذا
الشاب، وعدل عن طريق الصواب. ونسألك القصاص بما جناه، والحكم فيه بما أراك الله.
قال الراوي: فنظر عمر إلى الشاب وقال له: قد سمعت، فما الجواب؟
Terjemahan
Suatu hari, Umar sedang duduk di
bawah pohon kurma dekat Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang
asyik mendiskusikan sesuatu. Tiba-tiba, datanglah tiga orang pemuda. Dua pemuda
memegangi seorang pemuda lusuh yang diapit oleh mereka.
Ketika sudah berhadapan dengan
Umar, kedua pemuda yang merupakan adik-beradik itu berkata, “Tegakkanlah
keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!”
“Qisashlah pembunuh ayah kami
sebagai hukuman atas kejahatan pemuda ini!,” kata yang lain.
Umar segera bangkit dan bertanya,
“Bertakwalah kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak
muda?”
Pemuda lusuh itu menunduk penuh
sesal dan berkata, “Benar, wahai Amirul Mukminin.”
Umar pun meminta menceritakan
kejadiannya secara jelas. Pemuda lusuh bercerita bahawa dirinya datang dari
pedalaman yang jauh, kaumnya memercayakan dirinya untuk suatu urusan transaksi
agar diselesaikan di kota ini.
Namun, sesampainya di kota ini,
ia mengikat untanya pada sebuah pohon kurma lalu ditinggalkannya unta itu. Begitu
kembali, pemuda itu sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang
menyembelih untanya.
Ternyata, unta si pemuda terlepas
dan merusak kebun milik laki-laki tua itu. Melihat untanya disembelih, si
pemuda sangat marah dan segera mencabut pedangnya serta langsung membunuh dia
(lelaki tua tadi) yang merupakan ayah dari kedua pemuda ini yang meminta Umar
menegakkan keadilan.
Pemuda yang ayahnya terbunuh
berkata, “Wahai, Amirul Mukminin, kau telah mendengar ceritanya, kami boleh
mendatangkan saksi untuk itu.”
“Tegakkanlah hukuman Allah
atasnya!” timpal pemuda yang lain.
Umar tertegun dan bimbang
mendengar cerita si pemuda tadi.
“Sesungguhnya, yang kalian tuntut
ini pemuda saleh lagi baik budinya. Dia membunuh ayah kalian kerana khilaf
kemarahan sesaat,” kata Umar.
“Izinkan aku, meminta kalian
berdua memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas
kematian ayah kalian,” lanjut Umar.
“Maaf Amirul Mukminin. Kami
sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan ridha jika jiwa belum dibalas
dengan jiwa.”
Umar makin bimbang. Di hatinya,
ia telah tumbuh simpati kepada si pemuda lusuh yang dinilainya amanah, jujur,
dan bertanggung jawab.
Tiba-tiba si pemuda lusuh
berkata,
“Wahai Amirul Mukminin,
tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah qisash atasku. Aku redha dengan
ketentuan Allah,” ujarnya dengan tegas.
“Namun, izinkan aku menyelesaikan
dulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh 3 hari. Aku akan kembali untuk diqisash,”
lanjut si pemuda lusuh itu.
“Mana boleh begitu?” kata kedua
pemuda yang ayahnya terbunuh.
“Nak, tak punyakah kau kerabat
atau kenalan untuk mengurus urusanmu?” tanya Umar.
“Sayangnya tidak ada, Amirul
Mukminin”.
“Bagaimana pendapatmu jika aku
mati membawa hutang pertanggung jawaban kaumku bersamaku?,” ujar pemuda lusuh
itu.
“Baik, aku akan memberimu waktu
tiga hari, tapi harus ada yang mau menjaminmu, agar kamu kembali untuk menepati
janji,” kata Umar.
“Aku tidak memiliki seorang
kerabat pun di sini. Hanya Allah, hanya Allahlah penjaminku wahai orang-orang
beriman,” katanya.
Tiba-tiba dari belakang kerumunan
terdengar suara lantang.
“Jadikan aku penjaminnya, wahai
Amirul Mukminin,” ujar Salman.
“Salman? Kau belum mengenal
pemuda ini, Demi Allah, jangan main-main dengan urusan ini.”
“Perkenalanku dengannya sama
dengan perkenalanmu dengannya, wahai Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana
engkau percaya padanya,” jawab Salman tenang.
Akhirnya, dengan berat hati, Umar
mengizinkan Salman menjadi penjamin si pemuda lusuh. Pemuda itu pun pergi
mengurus urusannya.
Hari pertama berakhir tanpa ada
tanda-tanda kedatangan si pemuda lusuh. Begitu pun hari kedua. Orang-orang
mulai bertanya-tanya apakah si pemuda akan kembali kerana mudah saja jika si
pemuda itu menghilang ke negeri yang jauh.
Hari ketiga pun tiba. Orang-orang
mulai meragukan kedatangan si pemuda, dan mereka mulai mengkhawatirkan nasib
Salman, salah satu sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang paling
utama.
Matahari hampir tenggelam, hari
mulai berakhir, orang-orang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda
lusuh. Umar berjalan mondar-mandir menunjukkan kegelisahannya.
Kedua pemuda yang menjadi
penggugat kecewa kerana keingkaran janji si pemuda lusuh.
Akhirnya, tiba waktunya penqisashan.
Salman dengan tenang dan penuh ketawakkalan berjalan menuju tempat eksekusi.
Hadirin mulai teresak kerana
menyaksikan orang hebat seperti Salman akan dikorbankan.
Tiba-tiba di kejauhan ada sesosok
lelaki berlari terumbang-ambing, jatuh, bangkit, kembali jatuh, lalu bangkit.
”Itu dia! Dia datang menepati
janjinya!” ujar Umar.
Dengan tubuhnya bersimbah peluh
dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar.
Si pemuda bercerita dengan nafas
tersenggal bahawa tunggangannya sakarat di gurun kerana ia menungganggnya tanpa
henti.
Oleh sebab itu, terpaksa
tungannya ia tinggal dan si pemuda berlari dari sana.
“Mengapa kau susah payah kembali?
Padahal kau boleh saja lari dan menghilang?” tanya Umar.
”Aku kembali agar jangan sampai
ada yang mengatakan di kalangan Muslimin tak ada lagi kesatria menepati janji,”
kata si pemuda lusuh sambil tersenyum.
Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan
haru, lalu ia bertanya, “lalu engkau, Salman, mengapa mahu-mahunya engkau
menjamin orang yang baru saja kau kenal?”
Kemudian Salman menjawab, “Agar
jangan sampai dikatakan, dikalangan Muslimin, tidak ada lagi rasa saling
percaya dan mau menanggung beban saudaranya.”
Hadirin mulai banyak yang menahan
tangis haru kerana kejadian itu.
”Allahu Akbar! Saksikanlah wahai
kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu,” teriak kedua
pemuda itu.
Semua orang tersentak kaget.
Kedua-dua pemuda itu mengatakan,
”Agar jangan sampai dikatakan, di
kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada
saudaranya.”
Akhirnya, pecahlah tangis
bahagia, haru dan sukacita oleh semua orang.
Takhrij
Kisah ini ditemukan dalam kitab
I'lam al-Nas Bi Ma Waqa'a Lil Baramikah, oleh Al-Itlidi hal. 9-11.
Sanadnya tidak jelas,:
Qadhi Syarafuddin Hassan bin
Rayan empunya kisah ini pada awal kisah tersebut berkata: Dia mengatakan berita yang paling
aneh yang saya dengar, dan perkara yang paling menakjubkan yang saya dengar
tentang orang-orang yang baik...
Kemudian dia menyebut kisah itu
dan antara dia dan para sahabat hampir 700 tahun jarak masa, tetapi beliau
tidak menyebutkan walau seorang perawi yang menceritakan kisah itu kepadanya.
Kisah yang mirip kepada kisah di
atas juga ditemukan dalam Majma al-Amtsal no. 361 dengan watak yang berbeza
tetapi jalan cerita yang sama.
Kisah-kisah sejarah ini tidak
ditemukan / direkodkan dalam kitab-kitab tarikh ulama muktabar, dan satu hal
lagi, bagi kitab sejarah, penilaian sanadnya tidak dititikberatkan bagi
kisah-kisah sebegini, kerana tidak nilai hukum untuk ditarik.
Ulasan terhadap kisah
ini adalah seperti berikut:
1) Ia disebut tanpa
periwayatan (tanpa sanad yang bersambung hingga kepada zaman sahabat).
Sedangkan Al-Itlidi wafat pada kurun ke-12H.
2) Ia juga tidak
didapati dalam dewan-dewan sejarah karya ulama muktabar.
3) Jalan ceritanya juga mempunyai
unsur keganjilan yang amat jelas, kerana mana mungkin dalam bab Kafalah bi
al-Nafs (Jaminan terhadap diri), seseorang penjamin yang tidak bersalah boleh
dikenakan hukuman qisas disebabkan kemungkiran orang yang dijamin. Tidak
mungkin Umar r.a. bertindak demikian.
Rujukan
https://al-maktaba.org/book/408/4
https://bit.ly/3K7EzHZ
No comments:
Post a Comment