Matan hadith
مَنْ قَالَ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ كَانَتْ لَهُ دَوَاءً
مِنْ تِسْعَةٍ وَتِسْعِينَ دَاءً أَيْسَرُهَا الْهَمُّ
Barangsiapa yang membaca: “Tiada
daya dan upaya kecuali dengan (pertolongan) Allah”, maka menjadi penawar
baginya dari sembilan puluh sembilan penyakit dan yang paling ringan ialah
kebimbangan.
Dan lafaz:
لَا حَوْلَ، ولَا قُوَّةَ إلَاّ بِاللَّهِ تَدْفَعُ عَنْ صَاحِبِهَا
تِسْعَةً وَتِسْعِينَ دَاءً مِنْ أَنْوَاعِ البلاء أدناها الهم
Ucapan “Tiada daya
dan upaya kecuali dengan (pertolongan) Allah”, menghindari pemiliknya dari
sembilan puluh sembilan penyakit daripada pelbagai jenis bala dan yang paling
rendah ialah kebimbangan (HR. Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa’ 2/165 Ibnu
Syahin al-Al-Targhib no. 340, Ibnu Basykuwal dalam Mustahisin billah Ta’ala no.
102 daripada Abu Hurairah ra).
Takhrij
HR. Ishaq bin Rahawaih dalam
Musnadnya no. 541, Ibnu Abi Duniya dalam al-Faraj Ba’d al-Syiddah no. 11, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath
no. 5028, Ibnu Nua’im dalam Tibb al-Nabawi no. 231, al-Baihaqi dalam ad-Da’ wat
al-Kabir no. 191, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 7284, al-Hakim no. 1990,
Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/214 daripada Abu Hurairah ra.
Al-Hakim mensahihkan hadith tersebut.
Ibnu al- Jauzi menilai hadith ini
tidak sahih dalam al-'Ilal al-Mutanahiyah no. 1393.
Al-Munawi berkata sanadnya hasan
dalam al- al-Taisir bi Syarh
al-Jami’ al-Saghir 2/499.
al-Haithami berkata terdapat padanya
Bisyr bin Rafi’ al-Harisi, dan dia dhaif serta disiqahkan. Baki perawinya
perawi al-sahih (Majma’ al-Zawaid no. 16901).
Ibnu Adi dalam al-Kamil fi
Dhuafa’ 2/165 berkata Bisyr bin Rafi’ tidak mengapa dengannya.
Ibnu al-Qaisarani berkata Bisyr
meriwayatkan hadith-hadith palsu, dan seolah-olah disengajakan olehnya (Ma’rifah
al-Tazkirah no. 250, Tadzkirah al-Huffaz no. 388)
Syeikh Abdullah bin Hamd
al-Luhaidan dalam tahqiq Mukhtasar Talkhis az-Zahabi 1/456 menilai sanad hadith
ini dhaif kerana yang rajih Bisyr adalah perawi yang lemah. Begitu juga
dikatakan az-Zahabi dalam Mizanul I’tidal 1/317. Malah dalam Talkhis al-Ilal
al-Mutanahiyah no. 304, az-Zahabi mengatakan Bisyr bin Rafi’matruk.
Dinilai dhaif oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 1147
No comments:
Post a Comment