Friday, 29 April 2022

Hadith Nabi saw tidak mampu memberi syafaat kepada orang yang dimusuhi oleh bulan Ramadhan

 

Matan hadith

 

رُوي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال بمنى: إذا كان يوم القيامة بينما أنا واقف عند الميزان, فيُؤتى بشاب من أمَّتي، والملائكة يضربونه وجهًا ودبرًا، فيتعلق بي، ويقول: المستغاث المستغاث بك، فأقول: يا ملائكة ربي ما ذنبه؟ فيقولون: أدرك شهر رمضان فعصى الله فيه, ولم يتبْ فأخذه الله فجأة، فأقول: هل قرأت القرآن؟ فيقول: تعلمته ونسيته، فأقول: بئس الشاب أنت، فلا هو يتركني, ولا الملائكة يتركونه، ثم أشفع له من الله تعالى، فأقول: إلهي شاب من أمتي، فيقول الله تعالى: إن له خصمًا قويًّا يا أحمد، فأقول: ومن خصمه يا رب حتى أرضيه؟ فيقول الله تعالى: خصمه شهر رمضان، فأقول أنا بريء ممن خصمه شهر رمضان

 

Terjemahan

 

Nabi saw bersabda bahawa dia berkata ketika di Mina, di hari kiamat ketika aku berdiri di mizan, datang seorang pemuda dari umatku yang diheret oleh para malaikat dan mereka memukulnya di wajah dan di belakangnya, dan dia akan memegang daku, dan berkata, Saya memohon syafaat darimu wahai Rasulullah, kemudian Saya berkata: Wahai malaikat, apakah dosanya?  Malaikat berkata: Bulan Ramadhan telah datang dan dia menderhakai Allah di dalamnya, dan dia tidak bertaubat. Aku berkata: Sudahkah anda membaca Al-Quran?  Dia berkata: Saya mempelajarinya dan melupakannya, jadi Aku berkata: Celakalah kamu anak muda, pemuda itu tidak meninggalkan aku, dan para malaikat tidak meninggalkannya, maka Aku memohon syafaat untuknya dari Allah SWT, dan Aku berkata: Ya Tuhan, seorang pemuda dari umatku, Allah Ta'ala berfirman: dia memiliki musuh yang kuat, wahai Ahmad, aku berkata: Dan siapakah lawannya ya Tuhan, biarlah aku menenangkannya?  Kemudian Allah Ta’ala berfirman: Musuhnya adalah bulan Ramadhan, maka Aku katakan aku tidak mampu memberi syafaat kepada orang yang dimusuhi olehbulan Ramadhan.

 

 

Takhrij

 

HN. Ibnul Jauzi dalam Bustanul Wa'izin wa Riyadhus Sami'in 1/220.

 

Hadith tiada asal lagi palsu (https://dorar.net/fake-hadith/159).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...