Thursday, 28 April 2022

Hadith suami larang isteri ziarah ibu bapa sakit

 

Matan hadith

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ رَجُلًا خَرَجَ، وَأَمَرَ امْرَأَتَهُ أَنْ لَا تَخْرُجَ مِنْ بَيْتِهَا، وَكَانَ أَبُوهَا فِي أَسْفَلِ الدَّارِ، وَكَانَتْ فِي أَعْلَاهَا، فَمَرِضَ أَبُوهَا، فَأَرْسَلَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَتْ لَهُ ذَلِكَ فَقَالَ: «أَطِيعِي زَوْجَكِ» فَمَاتَ أَبُوهَا، فَأَرْسَلَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «أَطِيعِي زَوْجَكِ» ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ غَفَرَ لِأَبِيهَا بِطاعَتِهَا لِزَوْجِهَا»

 

Terjemahan

 

Daripada Anas bin Malik, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa seorang lelaki keluar dan dia menyuruh isterinya untuk tidak keluar dari rumahnya. Ibu si isteri ini berada di tingkat bawah rumah tersebut, manakala si isteri di tingkat atasnya. Ayah si isteri ini jatuh sakit. Wanita ini menghantar utusan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu memberitahu baginda tentang hal itu. Baginda bersabda: Taatilah suamimu. Lalu ayah wanita ini meninggal dunia. Dia sekali lagi menghantar utusan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu baginda bersabda: Taatilah suami mu. Baginda mengutus pesanan kepadanya: “Sesungguhnya Allah telah mengampuni ayahnya kerana ketaatannya kepada suaminya”.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Awsath no. 7648.

 

Al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid no. 7666 menyatakan bahawa pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama ‘Ismah bin al-Mutawakkil. Dia seorang perawi yang dhaif. Hadith ini turut didhaifkan oleh Al-Iraqi dalam semakannya kepada Ihya’ Ulumuddin.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...