Ini bukan maksud sombong erti sombong
kamus dewan edisi ke-4 secara mutlak, ia berbeza dengan definisi syariat
berdasarkan hadith berikut:
Tapi sombong menolak kebenaran
yang telahpun ditegakkan hujjah, dan memandang rendah orang lain tanpa alasan
yang kukuh.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ
مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ
ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ
الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Dari Abdullah bin Mas’ud RA dari
Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam
hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan.” Seorang laki-laki
bertanya, “Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus –
cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya
Allah itu cantik dan menyukai yang
cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim
no. 131)
Sifat sombong sebegini adalah
sifat iblis, merasa dirinya lebih baik dari yang lain
Imam Nawawi berkata: Hadith ini
berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan
mereka, serta menolak kebenaran
Tidak masuk syurga sesiapa yang
memiliki sifat sombong dalam dirinya walaupun sebesar biji sawi. Sifat sombong
mendorong seseorang menolak kebenaran dan merendah serta memperlekeh orang
lain.
Dalam Riyadusshalihin
diterangkan: Menolak kebenaran adalah dengan menolak dan berpaling darinya
serta tidak mahu menerimanya. Sedangkan meremehkan manusia yakni merendahkan
dan meremehkan orang lain, memandang orang lain tidak ada apa-apa dan melihat
dirinya lebih dibandingkan orang lain
Suka kepada kecantikan pakaian
tidak termasuk kepada sifat kesombongan.
Namun demikian ada juga sombong
yang dibenarkan ulama.
Ini sesuai dengan nasihat Imam
Syafi’e, dimana terdapat riwayat bahawa beliau pernah berkata:
“bersikaplah sombong kepada orang sombong”.
Imam Al-Zuhri pula pernah
mengatakan:
“Bersikap sombong kepada pecinta
dunia merupakan satu ikatan Islam yang kukuh”.
Imam Yahya bin Mu’adz pula
mengatakan,
“Bersikap sombong kepada orang
yang bersikap sombong kepadamu dengan hartanya, merupakan satu bentuk
kerendahan diri.”
Kerana itulah dikatakan juga
bahawa menzahirkan sikap sombong untuk menyedarkan orang yang sombong (bukan
dengan niat berbangga diri) merupakan satu sikap terpuji, contohnya sikap
sombong dihadapan orang jahil dan orang kaya yang sombong dengan hartanya.
(Bariqah Mahmudiyyah fi Syarah Tariqah Muhammadiyah, 2/186)
Selain itu, Imam al-Munawi
memasukkan sikap sombong terhadap orang yang sombong ini sebagai salah satu
amalan-amalan yang baik. (Faidh al-Qadir Syarah al-Jami’ al-Saghir 3/386)
Sombong tidak masuk syurga
selamanya?
Sombong itu sendiri ada tingkatannya,
sehinggakan akan menentukan kadar lama/kelalnya seseorang yang berlaku sombong
itu di dalam neraka.
berdasarkan hadith ini:
Rasulullah SAW bersabda:
”Seseorang tidak akan masuk ke dalam neraka jika dalam hatinya masih terdapat
iman walau sebesar zarah, dan seseorang tidak akan masuk jannah jika dalam
hatinya terdapat kibr (kesombongan) walaupun sebesar zarah”. (Sahih al-Bukhari
8/555)
Rasulullah SAW bersabda:
”Tidaklah seorang hamba yang meninggal dan dia masih mengucapkan laa ilaaha
illallah melainkan dia akan dimasukkan ke dalam jannah”. (Sahih Muslim 1/95,
kitabul imaan, 154)
Perlu difahami bahawa kibr atau
sombong terbagi menjadi dua jenis;
Pertama, sombong yang menghapus iman
secara umum. Orang tersebut tidak dimasukkan ke dalam jannah sebagaimana firman
Allah,
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ
دَاخِرِينَ
“… sesungguhnya orang yang
menyombongkan diri dari beribadah kepada-Ku akan masuk neraka dalam keadaan
hina.” (QS. Ghafir: 60).
Seperti sombongnya Firaun, Iblis,
dan kesombongan kaum yahudi.
Kedua, sombong yang tidak menghapus
iman secara umum. Jenis ini hanya menghapus kesempurnaan iman yang wajib.
Seperti penghinaan terhadap ciptaan Allah, mendustakan kebenaran.
Sebagaimana sabda Rasulullah: “Al
Kibru (kesombongan) adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia”. (Sahih
Muslim 1/93 kitab Al-Iman no. 147, Majmu’ Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 7/677)
Barangsiapa yang terjangkiti
kesombongan jenis pertama, maka dia haram masuk ke dalam jannah untuk
selamanya.
Namun, bagi siapa yang
terjangkiti kesombongan jenis kedua, dia mendapat hak untuk masuk jannah (atas
pahala kebaikan yang dia perbuat selama di dunia).
Maka maksud hadith tidak masuk
syurga itu adalah:-
Tidak masuk syurga secara
langsung, yang tanpa azab dan hisab. Bukan tidak masuk syurga selamanya.
Akan tetapi...
Dia akan diazab atas dosa sombongnya,
kemudian setelah itu dimasukkan ke dalam jannah.
Imam Nawawi rahimahullah saat
menjelaskan hadith di atas,
الظاهر ما اختاره القاضي عياض وغيره من المحققين، أنَّه لا يدخل الجنة دون
مجازاة إن جازاه. وقيل: هذا جزاؤه لو جازاه، وقد يتكرم بأنه لا يجازيه، بل لا بد
أن يدخل كل الموحدين الجنة إمَّا أولًا، وإمَّا ثانيًا بعد تعذيب بعض أصحاب
الكبائر الذين ماتوا مصرين عليها.
Penjelasan yang tepat (untuk
makna hadith di atas) adalah yang dipilih oleh Qadhi ‘Iyadh dan yang lainnya
dari kalangan ulama (muhaqqiq), bahawa maksud tidak masuk syurga adalah tidak
masuk syurga yang tanpa melalui proses azab, jika dia dikehendaki akan diazab
dulu. Atau boleh dikatakan : ini balasannya jika memang dia dikehendaki Allah
akan dibalas.
Kerna terkadang orang seperti
ini, mendapatkan kemurahan Allah sehingga dosanya tidak diperdebatkan. Bahkan
orang-orang yang bertauhid, pasti masuk syurga. Boleh jadi masuk syurga pertama
(yang tanpa azab dan hisab), atau kumpulan
berikutnya setelah sebahagian pelaku dosa besar yang meninggal membawa
dosa besar yang belum dia taubati mendapat azab (Syarah Sahih Muslim, karya
Imam Nawawi 1/79).
Rujukan
al-Kafi li al-Fatawi no. 1358
I’lam Al Anam karya Syekh Shalih
Al Fauzan hal. 62
No comments:
Post a Comment