Hadith:
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَأَنَّهَا قَالَتْ كَانَ إِذَا اشْتَكَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَاهُ جِبْرِيلُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ
كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي
عَيْنٍ
Dari Aisyah istri Nabi s.a.w. dia
berkata; "Bila Rasulullah s.a.w.
sakit, Jibril datang meruqyahnya. Jibril mengucapkan;
بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ
حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
(Dengan nama Allah yang menciptakanmu. Dia-lah
Allah yang menyembuhkanmu dari segala macam penyakit dan dari kejahatan
pendengki ketika ia mendengki serta segala macam kejahatan sorotan mata jahat
semua makhluk yang memandang dengan kedengkian).
Hadith:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍأَنَّ جِبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ اشْتَكَيْتَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ
بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ
أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Dari Abu Sa'id bahawa Jibril
mendatangi Nabi s.a.w. kemudian berkata; "Hai Muhammad, apakah kamu sakit?
Rasulullah s.a.w. menjawab: 'Ya. Aku
sakit. Lalu Jibril meruqyah beliau dengan mengucapkan;
بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ
نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
(Dengan nama Allah aku meruqyahmu
dari segala sesuatu yang menyakitimu dan dari kejahatan segala makhluk atau kejahatan
mata yang dengki. Allahlah yang menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku
meruqyahmu.')
Syarah
Petikan Syarah Sahih Muslim
al-Imam al-Nawawi;
(1) Bolehkah ruqyah/menjampi?
1. Terdapat bentuk hadith tentang
ruqyah (jampi):
Hadith yang membenarkan jampi
Hadith yang mengatakan bahawa
mereka yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah kerana tidak menjampi dan
tidak minta dijampi. Mereka ini bergantung sepenuhnya kepada Allah Taala.
2. Masalah: Apakah hadith-hadith
di atas bertentangan satu sama lain?
Jawapan: Ia tidak bertentangan. Ia
adalah bentuk pujian terhadap mereka yang meninggalkan jampian yang mengandungi
perkataan kufur atau jampian yang tidak diketahui atau yang tidak berbahasa
Arab serta tidak diketahui maknanya atau yang hampir kepada kekufuran atau yang
dibenci agama.
3. Pendapat ulama mengenai
ruqyah/jampian:
Pendapat pertama: Tiada halangan,
malah disunnahkan ruqyah/Jampian dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang
diketahui.
Pendapat kedua: Ada juga ulama
yang menggabungkan antara hadith-hadith ini:
Menjelaskan tentang
tawakkul/tawakal
Ruqyah adalah harus dan
dibenarkan, Meninggalkannya adalah lebih utama.
4. Al-Imam al-Nawawi mengatakan
pendapat terpilih adalah pendapat pertama, iatu ruqyah dengan ayat-ayat
al-Quran dan zikirullah adalah disunnahkan.
5. Keharusan ruqyah dengan ayat
al-Quran dan zikir-zikir adalah dengan ijmak
6. Kata al-Maziri:
Semua ruqyah dengan kitab Allah
dan zikirullah adalah harus. Ruqyah dilarang apabila menggunakan bahasa ajam
(selain Arab) atau dengan bahasa yang tidak dfahami maknanya kerana ada
kemungkinan di dalamnya mengandungi kekufuran.
(2): Hukum ruqyah/jampian Ahli Kitab
1.Dibenarkan atau tidak?
Saidina Abu Bakar asl-Siddiq r.a.
membenarkannya
Imam Malik mengatakan makruh
kerana bimbang jampian itu termasuk apa yang mereka telah ubah (kitab Injil dan
Taurat telah diubah oleh mereka).
2. Mereka yang mengharuskannya
menjawab, ayat-ayat lain memang mereka telah ubah, namun ayat-ayat jampian
mereka tidak akan ubah kerana ia akan menghilangkan tujuan ruqyah (jampian
tidak akan mujarab jika diubah).
(3): Beberapa Masalah boleh atau
tidak menjampi?
Masalah 1: Imam Muslim
mengemukakan Hadith ini yang mengizinkan menjampi selama tiada unsur-unsur
syirik di dalamnya:
"Kemukakan jampian kamu,
tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi kesyirikan."
Di tempat lain Nabi s.a.w.
bersabda melarang menjampi:
"Wahai Rasulullah
sesungguhnya engkau telah melarang dari menjampi."
Persoalan: Bukankah ia seperti
bertentangan. Hadith pertama membenarkan menjampi dan hadith kedua telah
melarang menjampi.
Jawab:
Memang pada mulanya menjampi itu
dilarang, kemudian ia dimansuhkan dan dizinkan di mana Nabi s.a.w. sendiri ada
melakukannya.
Larangan yang dimaksudkan dari hadith
di atas adalah jampian yang tidak diketahui maknanya.
Larangan dalam hadith berkenaan
adalah untuk mereka yang beri'tikad bahawa kesan dan kemujaraban yang berlaku
adalah disebabkan oleh tabiat jampian itu (bukan dengan kekuasaan Allah) sebagaimana i'tikad orang-orang jahiliah
dalam banyak perkara.
Masalah 2: Terdapat di dalam
sebuah Hadith: "Tiada ruqyah/jampian melainkan untuk 'ain (gangguan
makhluk halus) dan sengatan binatang berboleh sahaja."
Jawab: Maksud hadith ini bukanlah
untuk menghadkan jampian hanya dibenarkan untuk dua perkara berkenaan sahaja,
sedangkan selain itu adalah dilarang. Ia bermaksud tiada ruqyah/jampian yang
lebih perlu diutamakan melainkan untuk 'ain (gangguan makhluk halus) dan
sengatan binatang berboleh kerana ia cukup bahaya.
Petikan kitab Takmilah Fathul
Mulhim 4/ 254 – 256
(1) Kedudukan ilmu perubatan di
mata masyarakat
Sejak dari dahulu lagi ilmu
perubatan merupakan ilmu yang sangat dihormati. Tabib/Doktor/pengamal perubatan
mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat hata oleh masyarakat
jahiliah.
Masyarakat jahiliah kurang
mempelajari perubatan secara ilmiah dan sistematik. Kebanyakan mereka cenderung
pergi kepada tukang tenung dan ahli sihir.
Rasulullah s.a.w. melarang
umatnya dari pergi kepada tukang tenung.
Dari sudut lain pula Rasulullah
s.a.w. memerintahkan Saad bin Abi Waqas r.a. yang sakit agar pergi berubat
dengan tabib Arab iaitu al-Harits bin Kaladah.
Menurut Ibnu Abi Hatim al-Harits
bin Kaladah adalah seorang yang bukan Islam.
Ini menunjukan harus meminta
pertolongan dengan kafir zhimmi untuk berubat.
Bila Nabi s.a.w. minta sahabatnya
yang sakit pergi berubat dengan orang lain yang bukan Islam, ini menunjukkan:
·
Boleh
berubat dengan bukan Islam
·
Mengubat
orang bukanlah kerja utama Nabi s.a.w.
·
Baginda
s.a.w. ada sekali-sekala mengubat atau menjampi orang. Ini untuk menunjukkan
mukjizatnya atau menunjukkan ia adalah wahyu yang menjadi rahmat kepada
manusia.
(2) Bentuk perubatan Nabi
1. Menurut Ibnul Qayyim di dalam
Zaadul Maad bahawa perubatan Nabi s.a.w. ada tiga jenis:
Pertama: Ubat-ubatan Tabi'iah
(Ubat-ubatan biasa)
Kedua: Perubatan Illahiyah
(Ruqyah/jampi/doa-doa)
Ketiga: Gabungan kedua-duanya
(3) Kedudukan Tibb
Nabawi/Perubatan Nabawi Di dalam Syariat [Minit 01:00:00]
1. Ada ulama yang berpendapat
bahawa perubatan Nabi s.a.w. bukan satu
juzuk dari syariat Islam, iaitu yang diperintahkan agar ia di-imani dan
diamalkannya.
2. Antara ulama yang berpendapat
demikian ialah Ibnu Khaldun di dalam Muqadimahnya, antara pendapatnya ialah:
Perubatan yang dinukilkan dari
Nabi s.a.w. dari sudut ini (perubatan yang berkaitan dengan perkembangan atau
pengalaman semasa dan setempat) tiada kena mengena dengan wahyu, ia adalah
kebiasaan yang digunakan oleh orang-orang arab.
Di sana terdapat tindak-tanduk
Nabi s.a.w. yang dilakukan atas dasar ia adalah adat kebiasaan manusia (ia
dilakukan sebab sifat manusiawinya) bukan atas dasar ia disyariatkan untuk
diamalkan.
Tujuan Nabi s.a.w. diutus adalah
untuk mengajarkan kita syariat bukan untuk mengajar perubatan atau perkara adat
duniawi.
Contoh: Kisah Nabi s.a.w.
mengahwinkan pokok kurma dan tidak menjadi, lalu Baginda s.a.w. bersabda:
Engkau lebih mengetahui tentang urusan duniamu.
3. Ibnu Khaldun berpendapat
bahawa perubatan Nabi s.a.w. tiada kena mengena dengan wahyu. Ia semata-mata
berdasarkan adat kebiasaan dan pengalaman lingkungan masyarakat Arab.
(4) Bantahan Maulana Muhamad Taqi
al-Utsmani terhadap pandangan Ibnu Khaldun
1. Memang benar Nabi s.a.w. ada
menggunakan ubat-ubatan yang biasa digunakan oleh kalangan orang-orang Arab.
2. Namun, bagaimana pula dengan
penggunaan bahan-bahan yang tidak biasa digunakan oleh orang-orang Arab, samada
ia berbentuk ubatan biasa atau dalam bentuk ruqyah/jampi?
3. Bahkan ada beberapa ubat telah
dinyatakan oleh Nabi s.a.w. secara yakin yang sudah tentu ia dari wahyu. Ada
perkara yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang tidak pernah lagi
disebutkan oleh mana-mana doktor.
No comments:
Post a Comment