Thursday, 2 June 2022

Hadith hak suami

 

Matan hadith

 

حق الزوج على الزوجة الا تمنعه نفسها ولو كان على ظهر قتب وان لا تصوم يوما واحدا الا باذنه الا لفريضة فان فعلت اثمت ولم يتقبل منها وان لا تعطى من بيتها شيئا الا باذنه فان فعلت كا ن له الاجر وعليها الوزن والا تخرح من بيته الا باذنه فان فعلت لعنها الله وملئكة الغضب حتى تتوب اوترجع وان كان ظالما.

 

Terjemahan

 

Hak suami terhadap isterinya adalah tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun sedang di atas punggung unta; tidak berpuasa walaupun sehari tanpa seizinnya, kecuali puasa wajib. Jika ia berbuat demikian, ia berdosa dan tidak diterima puasanya. Ia tidak boleh memberi sesuatu dari rumahnya kecuali dengan izin (suaminya). Jika ia memberi maka pahalanya bagi suaminya, dan dosanya untuk dirinya sendiri. Ia tak keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika ia berbuat demikian maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya sampai taubat dan pulang kembali sekalipun suaminya itu zalim.

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud at-Thayalisi dalam Musnadnya no. 2063, Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya 4/303, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/239, daripada Ibnu Umar ra.

 

Dhaif menurut az-Zahabi dalam Mizanul 'Itidal 3/421 kerana terdapat kritikan pada perawi bernama al-Laits bin Abi Salim.

 

Ibnu Hajar menyebutkan hal yang sama dalam al-Mathalib al-A'liyah 2/194.

 

Hadithnya (al-Laits) ditinggalkan oleh Yahya al-Qatthan, Ibnu Mahdi, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main (al-Majruhin 2/239).

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3515.

 

Sanadnya dhaif menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Siyar A'lam an-Nubala 6/184.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...