Dari Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah saw bersabda:
يُصَلُّونَ لَكُمْ، فإنْ أصابُوا فَلَكُمْ، وإنْ أخْطَؤُوا فَلَكُمْ وعليهم
Para imam solat memimpin kalian.
Maka jika dia benar, mereka mendapat pahala dan kalian juga mendapatkan bagian
pahalanya. Namun bila dia (imam) salah kalian tetap mendapatkan pahala dan mereka
(imam) mendapatkan dosa (HR. Bukhari no. 694, Ahmad no. 8309)
Daripada Abdullah bin Umar, Nabi
saw bersabda:
من أم قوما فليتق الله وليعلم أنه ضامن مسؤول لما ضمن وإن أحسن كان له من
الأجر مثل أجر من صلى خلفه من غير أن ينقص من أجورهم شيئا وما كان من نقص فهو عليه
Barangsiapa mengimami suatu kaum,
maka bertakwalah kepada Allah, hendaklah ia tahu bahawa sesungguhnya ia menjamin
dan akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dijamin, jika solatnya baik,
maka pahala baginya seperti pahala makmum di belakangnya tanpa berkurang
sedikitpun pahala mereka, sedangkan hal-hal yang kurang (dari solat) maka
ditanggung oleh dirinya sendiri (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 7/730,
dhaif menurut at-Thabarani dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no.
5044).
Daripada Umar al-Khattab ra, Nabi
saw bersabda:
لَيْسَ عَلَى مَنْ خَلْفَ الإِمَامِ سَهْوٌ فَإِنْ سَهَا الإِمَامُ
فَعَلَيْهِ وَعَلَى مَنْ خَلْفَهُ السَّهْوُ وَإِنْ سَهَا مَنْ خَلْفَ الإِمَامِ
فَلَيْسَ عَلَيْهِ سَهْوٌ وَالإِمَامُ كَافِيهِ
Tidak diharuskan bagi yang solat
di belakang imam ketika ia dalam keadaan lupa (untuk sujud sahwi). Jika imam
lupa, maka itu jadi tanggungannya dan makmum di belakangnya mengikuti dalam
sujud sahwi. Jika makmum yang lupa, maka tidak ada kewajipan sujud sahwi untuknya.
Imam sudah mencukupinya (HR. ad-Daruquthni
1/377, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 4050, ad-Dailami dalam Musnad
Firdaus no. 5192, sanadnya dhaif. Akan tetapi hadithnya diamalkan para ulama).
Jika ada yang mendirikan solat
secara berjemaah yang paling kurang mempunyai sorang imam dan makmum, maka dia
tetap akan mendapat ganjaran berdasarkan hadith. Ini termasuklah solat jemaah
yang dilakukan suami bersama isteri, ketika di R&R dan lain-lain (al-Kafi
li al-Fatawi no. 1070).
No comments:
Post a Comment