Matan hadith
أكثروا من قبلة أولادكم ، فان لكم بكل قبلة درجة في الجنة مابين كل درجة
خمسمائة عام
Terjemahan
Perbanyaklah kamu mencium
anak-anak kamu kerana imbalan dari setiap ciuman akan ditinggikan darjat di
syurga, yang setiap darjat itu jarak sejauh 500 tahun
Takhrij
Hadith dengan matan dan maksud
sebegini tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.
Hadith palsu, al-Iraq al-Kinani
dalam Tanzih Syariyyah 2/216, menyatakan hadith ini diriwayatkan dari Ibnu Umar
ra, di dalamnya terdapat perawi yang
bermasalah, didhaifkan al-Daraquthni, kerana sering meriwayatkan hadith palsu
dan munkar, al-Hakim berkata dia pemalsu hadith.
Ia juga ditemukan dalam banyak
kitab-kitab Syiah seperti, Bihar al-Anwar 104/92, no. 20; Wasail Syiah 21/485;
Raudhatul Waizin 2/369 dan Makarim Akhlak 1/220.
Hadith ini palsu dan dusta
penyandarannya kepada Nabi saw.
Hadith sahih lain yang selayaknya
perlu dilihat dahulu adalah:
أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ
بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ
الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَم
Abu Hurairah radliallahu ‘anhu
berkata; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mencium Al Hasan bin
Ali sedangkan disamping beliau ada Al Aqra’ bin Habis At Tamimi sedang duduk,
lalu Aqra’ berkata; “Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku
tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam memandangnya dan bersabda: “Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak
akan dikasihi.” (HR. Bukhari no. 5997)
جَاءَ أَعْرَابِى إِلَى النَّبِى صلى الله عليه وسلم فَقَالَ :
تُقَبِّلُونَ الصِّبْيَانَ ، فَمَا نُقَبِّلُهُمْ ، فَقَالَ النَّبِى صلى الله
عليه وسلم أَوَأَمْلِكُ لَكَ أَنْ نَزَعَ اللَّهُ مِنْ قَلْبِكَ الرَّحْمَةَ
Datang seorang arab badwi kepada
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Apakah kalian mencium
anak-anak laki-laki?, kami tidak mencium mereka”. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam berkata, “Aku tidak mampu berbuat apa-apa kalau Allah mencabut rasa
rahmat/sayang dari hatimu” (HR. Bukhari no. 5998 dan Muslim no. 2317).
Ibnu Batthal rahimahullah
berkata, “Menyayangi anak kecil, memeluknya, menciumnya, dan lembut kepadanya
termasuk dari amalan-amalan yang diredhai oleh Allah dan akan diberi ganjaran
oleh Allah (Fathul Bari Ibnu Batthal 9/221).
Anas Bin Malik ra. berkata :
«مَا رَأَيْتُ
أَحَدًا كَانَ أَرْحَمَ بِالْعِيَالِ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ»، قَالَ: «كَانَ إِبْرَاهِيمُ مُسْتَرْضِعًا لَهُ فِي عَوَالِي
الْمَدِينَةِ، فَكَانَ يَنْطَلِقُ وَنَحْنُ مَعَهُ فَيَدْخُلُ الْبَيْتَ وَإِنَّهُ
لَيُدَّخَنُ، وَكَانَ ظِئْرُهُ قَيْنًا، فَيَأْخُذُهُ فَيُقَبِّلُهُ، ثُمَّ
يَرْجِعُ»
Aku tidak pernah melihat
seorangpun yang lebih sayang kepada anak-anak dari pada Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam. Putera Nabi (yang bernama) Ibrahim memiliki ibu susuan di
daerah Awaali di kota Madinah. Maka Nabipun berangkat (ke rumah ibu susuan
tersebut) dan kami bersama beliau. lalu beliau masuk ke dalam rumah yang
ternyata dalam keadaan penuh asap. Suami Ibu susuan Ibrahim adalah seorang
pandai besi. Nabipun mengambil Ibrahim lalu menciumnya, lalu beliau kembali
(HR. Muslim no. 2316)
No comments:
Post a Comment