Teks tular
KENAPA JANTUNG BERDEBAR TANPA
SEBAB?
Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya: "Ketahuilah dalam
tubuh badan manusia ada seketul daging, bila ia baik, maka baiklah seluruh
tubuh, jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah seketul daging
itu adalah JANTUNG!"
Ini berpunca daripada gangguan
makhluk halus yang terdapat di jantung anda. Gangguan ini menyebabkan jantung
kerap berdebar-debar, bergedup kencang tanpa sebab. Makhluk halus merembeskan
hormon yang tertentu pada waktu yang tidak sesuai hormon tersebut dirembeskan.
Contohnya hormon kemarahan dirembeskan pada waktu yang tenang. Hormon takut
dirembeskan pada waktu anda berani. Ini yang akan menyebabkan anda marah, sedih
dan sayu tanpa sebab. Ia kerap berlaku secara tiba-tiba
Tanda-tanda Emosi Ada Kaitan
Dengan Gangguan Jin
·
Hati terasa sayu, sedih & kacau menjelang
tengahari, asar atau maghrib
·
Kemurungan tanpa sebab
·
Panas baran tanpa sebab
·
Cemburu Tanpa Sebab
·
dan panjang lagi…
Penjelasan
Hadith kalau nak faham secara
tuntas, kena baca syarahnya, lihat ulasan para ulama muktabar. Baru tak
tersasar pemahaman.
Hadith di atas direkodkan oleh
Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 52 dan. Imam Muslim dalam Sahihnya no. 1599.
Dari An Nu’man bin Basyir
radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ
كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
“Ingatlah bahawa di dalam jasad
itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia
rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati
(jantung)” (HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).
Para ulama berselisih pendapat
mengenai maksud baiknya hati kepada:-
1- Yang dimaksudkan baiknya hati adalah rasa
takut pada Allah dan siksanya.
2- Yang dimaksudkan adalah niat yang ikhlas
kerana Allah, ia tidak melangkahkan dirinya dalam ibadah melainkan dengan niat
taqarrub pada Allah, dan ia tidak meninggalkan maksiat melainkan untuk mencari
redha Allah.
3- Yang dimaksud adalah rasa cinta pada
Allah, juga cinta pada wali Allah dan mencintai ketaatan.
Intinya, ketiga makna ini
semuanya dimaksudkan untuk baiknya hati.
Oleh: Syaikh Sa’ad bin Nashir Asy
Syatsri dalam Syarh Al Arba’in, hal. 68-69.
Indikasi baiknya hati
Baiknya hati adalah dengan takut
pada Allah, rasa khuwatir pada siksa-Nya, bertakwa dan mencintai-Nya. Jika hati
itu rosak, iaitu tidak ada rasa takut pada Allah, tidak khuwatir akan siksa-Nya,
dan tidak mencintai-Nya, maka seluruh badan akan ikut rosak. Kerana hati yang
memegang kendali seluruh jasad. Jika pemegang kendali ini baik, maka baiklah
yang dikendalikan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh yang dikendalikan.
Oleh kerana itu, seorang muslim
hendaklah meminta pada Allah agar dikurniakan hati yang baik. Jika baik
hatinya, maka baik pula seluruh urusannya. Sebaliknya, jika rosak, maka tidak
baik pula urusannya.” (Al Minhah Ar Rabbaniyah fii Syarh Al Arba’in An
Nawawiyah, hal. 109).
Penerangan di atas jelas
menunjukkan, ia merujuk kepada kesihatan spiritual bukan jasmani.
Ini disokong lagi oleh hadith
yang lain:-
Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam minta dalam doanya adalah agar hatinya terus dijaga dalam kebaikan.
Beliau sering berdo’a,
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
Wahai Dzat yang Maha
Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu (HR. Tirmidzi no.
3522, hasan)
Rujukan
Al Minhah Ar Robbaniyah fii Syarh
Al Arba’in An Nawawiyah, Syaikh Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdullah Al Fauzan,
terbitan Darul ‘Ashimah, cetakan pertama, tahun 1429 H.
Al Minhaj Syarh Shahih Muslim,
Yahya bin Syarf An Nawawi, terbitan Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392 H.
No comments:
Post a Comment