1. Ijabahnya doa beliau
حدثنا علي بن أبي فزارة جارنا قال: كانت أمي مقعدة نحو عشرين سنة، فقالت لي
يوماً: اذهب إلى أحمد بن حنبل فسله أن يدعو لي، فأتيت فدققت عليه وهو في دهليزه،
فقال: من هذا؟ قلت: رجل سألتني أمي وهي مقعدة أن أسألك الدعاء، فسمعت كلامه كلام
رجل مغضب، فقال: نحن أحوج أن تدعو الله لنا، فوليت منصرفاً، فخرجت عجوزٌ فقالت: قد
تركته يدعو لها -رأته ذهب غاضباً، فقالت: قد تركته يدعو لها- انظر الآن واحد يقول
للناس ويعلمهم يقول لهم هذا ولكنه في نفس الوقت يدعو لها ( من استطاع أن ينفع أخاه
بشيء فلينفعه ) بدعاء، برقية، فجئت إلى بيتنا ودققت الباب، فخرجت أمي على رجليها
تمشي
Abbas ad-Duri berkata, "Ali
bin Abu Fazarah yang menjadi tetanggaku pernah bercerita kepada kami, dia
berkata, "Ibuku sudah tidak dapat berjalan sekitar 20an tahun lamanya.
Pada suatu hari, ibu berkata kepadaku, "Pergilah ke Imam Ahmad bin Hanbal
dan mintalah agar beliau mendoakanku." Maka aku pun berangkat dan setelah
tiba, aku mengetuk pintu seraya meminta izin agar diperkenankan masuk,
sementara itu aku melihat beliau sedang berada di ruang serambi rumahnya. Imam
Ahmad berkata, "Anda siapa?"Aku menjawab, "Saya diminta ibuku
yang saat ini tidak mampu berjalan agar anda mendoakannya supaya boleh segera
sembuh." Tiba-tiba saya mendengar beliau berbicara seperti sedang marah,
"Kamilah yang lebih memerlukan doa ibumu."Dan saya pun bergegas
pergi. Lalu ada perempuan tua tiba-tiba keluar rumahnya lalu menemuiku dan
berkata, "Sungguh, kamu pergi meninggalkan Imam Ahmad pada saat beliau
sedang mendoakan ibumu." Saya lalu pulang ke rumah dan saat mengetuk
pintu, ibu keluar menyambutku berjalan dengan kedua kakinya tanpa bantuan
apapun.
Takhrij
Dinukilkan oleh Ibnu Jauzi dalam
Shifatu Safwah 2/349-350; az-Zahabi dalam Siyar A’alam an-Nubala 1/211-212 dan
beliau berkata,
هذه الواقعة رواها ثقتان بن عباس
Kejadian ini telah dikisahkan
oleh dua orang yang tsiqah dari Abbas Ad-Duri.
2. Menghalau semut
keluar rumah
أخبرنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثني أبي ثنا عبد الصمد بن عبد الوارث
ثنا أبو عبد الله الكواز حدثتني حبيبة مولاة الأحنف أنها رأت الأحنف بن قيس رحمه
الله ورآها تقتل قملة فقال لا تقتليها ، ثم دعا بكرسي فجلس عليه فحمد الله وأثنى
عليه فقال إني أحرج عليكن إلا خرجتن من داري فإني أكره أن تقتلن في داري قال فخرجن
فما رئي منهن بعد ذلك اليوم واحدة
Abdullah bin Ahmad bin Hanbal
bercerita, "Saya pernah melihat ayahku terganggu oleh keberadaan semut
yang banyak sekali dijumpai di dalam rumah. Tak selang berapa lama, tiba-tiba
saya melihat semut-semut hitam tersebut berbaris keluar dari rumah. Setelah
kejadian tersebut, saya tidak pernah melihat lagi semut ada di dalam
rumah."
Takhrij
Kisah ini dinukilkan oleh
Abdillah in Ahmad dalam Masail Imam Ahmad hal. 446-447, Abu Nua’im dalam
Hilyatul Awliya 11/301; Az-Zahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala 11/218; Ibnu
Muflih dalam Adabul Syariah 3/354.
Dalam sanadnya terdapat 2 perawi
yang majhul, Abu Abdullah al-Khawaz dan Habibah maula al-Ahnaf bin Qais.
Akan tetapi terdapat riwayat yang
para perawinya tsiqah, yang menjadi sokongan kepada kisah di atas yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam Zawaid al-Zuhd hal. 190:
حدثنا عبد الله بن عمر مشكدانة قال: حدثني حسين الجعفي، عن زائدة، عن هشام
- هو ابن حسان الأزدي -، عن الحسن - هو البصري - قال: كثر النمل فآذين الأحنف فأمر
بكرسي فوضع على جحرهن ثم حمد الله وأثنى عليه وقال: إنكن آذيتمونا فاكففن وإلا
آذيناكن قال: فكففن وذهبن
3. Kubur Imam Ahmad
tidak tenggelam banjir
قلت الذهبي: وكذا استفاض وثبت أن الغرق الكائن بعد العشرين وسبع مئة ببغداد
عام على مقابر مقبرة أحمد، وأن الماء دخل في الدهليز علو ذراع، ووقف بقدرة الله،
وبقيت الحصر حول قبر الامام بغبارها، وكان ذلك آية.
Az-Zahabi berkata, "Pada tahun 720 an, terjadi banjir bandang di
Baghdad. Banjir itu juga masuk ke kawasan pekuburan di mana Imam Ahmad
dimakamkan dengan ketinggian mencapai satu hasta. Atas kuasa Allah, air banjir
berhenti dan di sekeliling makam Imam Ahmad masih terlihat dengan batas
tanahnya tanpa dimasuki air. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda
kekuasaan Allah."
Takhrij
Kisah ini dinukilkan oleh az-Zahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala 11/230-231.
Juga disokong oleh al-Yafi’ie dalam Miratul Jinan 4/205.
4. Auratnya terjaga
ketika disebat
لأضربنك بالسياط أو تقول كما اقول ثم التفت إلى جلاد فقال خذه اليك فأخذه
فلما ضرب سوطا قال باسم الله فلما ضرب الثاني قال لا حول ولا قوة الا بالله فلما
ضرب الثالث قال القرآن كلام الله غير مخلوق فلما ضرب الرابع قال ^ قل لن يصيبنا
الا ما كتب الله لنا ^ فضرب تسعة وعشرين سوطا وكانت تكته حاشية ثوب فانقطعت فنزل السراويل
إلى عانته فقلت الساعة ينهيك فرمى بطرفه إلى السماء وحرك شفتيه فما كان باسرع من
ان بقي السراويل لم ينزل فدخلت عليه بعد سبعة ايام فقلت يا أبا عبد الله رايتك وقد
انحل سراويلك فرفعت طرفك نحو السماء فما قلت قال قلت اللهم اسالك باسمك الذي ملات
به العرش ان كنت تعلم أني على الصواب فلا تهتك لي سترا
Dikisahkan bahawa pada saat Imam
Ahmad dihukum sebat. Pada sebatan pertama, beliau mengucapkan, "Bismillah
(dengan nama Allah)." Pada sebatan kedua, beliau mengucapkan, "Laa
haula wa laa quwwata illa billah (tiada daya dan kekuatan kecuali dari
Allah)."Pada sebatan ketiga, beliau mengucapkan, "Al-Quran kalamullah
ghair makhluq (al-Quran itu kalamullah, bukan makhluq)." Pada sebatan
keempat, beliau membaca ayat,
قُلْ لَّنْ يُّصِيْبَنَآ اِلَّا مَا كَتَبَ اللّٰهُ لَنَا
"Katakanlah, Tidak akan
menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami." (QS.
At-Taubah: 51)
Maka sebatan ke atas beliau
ditambah lagi. Pandangan Imam Ahmad lalu tertuju ke langit dan kedua bibirnya
seperti mengucapkan sesuatu sehingga seluarnya yang tadinya akan melorot dengan
sekejap seperti ada yang mengikat dan tetap melekat di tubuhnya, tidak
terjatuh. Setelah tujuh hari berlalu, saya mengunjungi Imam Ahmad dan bertanya
padanya, "Wahai Abu Abdillah, saya melihatmu saat itu, tali pengikat seluarmu
telah putus lalu engkau memandang ke arah langit, doa apakah yang engkau
panjatkan?"
Imam Ahmad menjawab, "Saya
berdoa,
اللّهم أسألك باسمك الذي ملأت به العرش إن كنت تعلم أني على الصواب فلا
تهتك لي سترا
"Ya Allah, aku memohon
kepada-Mu, dengan menyebut nama-Mu yang meliputi 'Arasy, jika engkau mengetahui
bahawa diriku berada di atas kebenaran, maka jangan biarkan penutup auratku
terbuka."
Dalam riwayat lain (Hilyatul Awliya
9/150) Imam Ahmad berdoa dengan redaksi,
يا من لا يعلم العرش منه أين هو إلا هو إن كنت على الحق فلا تبد عورتي
"Demi Zat yang tidak
mengetahui Arasy di manakah ia berada kecuali Dia, jika diriku berada di atas
kebenaran, janganlah Engkau perlihatkan auratku."
Takhrij
Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu
Jauzi dalam Manaqib Imam Ahmad hal. 448 dan
az-Zahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala 11/255 dan az-Zahabi menilai kisah
ini munkar.
Manakala kisah dari Hilyatul
Awliya itu dinilai dusta oleh az-Zahabi dalam Tarikh Islam 18/112.
5. Imam Syafie
bertabaruk dengan jubah Imam Ahmad
روى البهيقي عن الربيع قال بعثني الشافعي بكتاب من مصر إلى أحمد بن حنبل
فأتيته وقد انفتل من صلاة الفجر فدفعت إليه الكتاب فقال أقرأته فقلت لا فأخذه
فقرأه فدمعت عيناه فقلت يا أبا عبدالله وما فيه فقال يذكر أنه رأى رسول الله صلى
الله عليه وسلم في المنام فقال اكتب إلى عبد الله احمد بن حنبل وأقرأ عليه السلام
مني وقل له إنك ستمتحن وتدعى إلى القول بخلق القرآن فلا تجبهم ويرفع الله لك علما إلى
يوم القيامة قال الربيع فقلت حلاوة البشارة فخلع قميصة الذي يلي جلده فأعطانيه
فلما رجعت إلى الشافعي اخبرته فقال إني لست أفجعك فيه ولكن بله بالماء وأعطينيه
حتى اتبرك به
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari
Ar-Rabi', ia berkata, "Imam Asy-Syafi'i mengutusku mengirim surat dari
Mesir kepada Imam Ahmad di Baghdad. Saya berangkat setelah shalat Subuh. Saat
sesampainya di Baghdad dan bertemu Imam Ahmad, saya serahkan surat tersebut
kepada beliau. Imam Ahmad bertanya kepadaku, "Apakah engkau sudah
membacanya?" Saya menjawab, "Belum." Beliau lalu mengambil surat
tersebut dan membacanya lalu tiba-tiba berlinang air mata. Saya pun bertanya,
"Wahai Abu Abdillah, apakah isi surat tersebut?" Beliau menjawab,
"Imam Asy-Syafi'i bermimpi Rasulullah, beliau bersabda, "Tulislah
surat kepada Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal, sampaikan salam dariku dan katakan
padanya, "Sesungguhnya engkau akan menghadapi ujian dan dipaksa mengatakan
al-Quran adalah makhluk, maka janganlah engkau memenuhi ajakan mereka maka
Allah akan meninggikan namamu hingga hari kiamat." Ar-Rabi' berkata,
"Alangkah manisnya kabar gembira ini." Imam Ahmad lalu melepas pakaian yang
dikenakannya saat itu dan memberikannya kepadaku. Tatkala aku pulang dan
bertemu dengan Imam Asy-Syafi'i, maka aku menceritakan pada beliau. Imam
Asy-Syafi'i berkata, "Aku tidak ingin membuatmu bersedih dengan masalah
ini. Celupkanlah baju Ahmad ini ke dalam air lalu bawalah kemari, aku akan
bertabarruk dengannya."
Takhrij
Kisah ini dinukilkan oleh Ibnu
Jauzi dalam Manaqib Imam Ahmad hal. 456; Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah
10/331; dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 3/250; al-Maqdisi dalam Mihnatul
Imam Ahmad hal. 7.
a) Dengan sanad al-Baihaqi:
أخبرني أبو المظفر عبد المنعم بن عبد الكريم القشيري أنا أبو بكر أحمد بن
الحسين البيهقي أنا أبو عبد الرحمن محمد بن الحسين بن محمد بن موسى قراءة عليه قال
سمعت محمد بن عبد الله بن شاذان يقول سمعت أبا القاسم بن صدقة يقول سمعت علي بن
عبد العزيز الطلحي يقول قال لي الربيع إن الشافعي خرج إلى مصر وأنا معه فقال لي يا
ربيع خذ كتابي هذا فامض به…"
Dalam sanad ini terdapat rawi
yang bernama Muhammad bin Al-Husain Abu ‘Abdirrahman As-Sulami. Tertuduh
memalsukan hadith. Dan perawi yang di atasnya ada yang tidak diketemukan
biografinya.
Tertulis dalam Lisanul Mizan 7/92
no. 6695 – tahqiq : ‘Abdul-Fattah Abu Ghuddah, Cet. 1/Thn. 1423, saat
menyebutkan biografi Muhammad bin Al-Husain Abu ‘Abdirrahman As-Sulami :
قال الخطيب قال لي محمد بن يوسف القطان كان يضع الأحاديث للصوفية
“Al-Khathib berkata : Telah
berkata kepadaku Muhammad bin Yusuf Al-Qaththan : “Ia memalsukan beberapa hadith
untuk sufiyyah”.
Bahkan Ibnul Jauzi yang
membawakan kisah ini pun memberikan kritikan kepada Muhammad bin Al-Husain ini
dengan perkataannya :
محمد بن الحسين أبو عبد الرحمن السلمي الصوفي حدث عن الأصم وغيره قال أبو بكر
الخطيب قال لي محمد بن يوسف القطان كان السلمي غير ثقة وكان يضع للصوفية الأحاديث
“Muhammad bin Al-Husain Abu
‘Abdirrahman As-Sulami As-Sufi, menceritakan hadith dari Al-Asham dan yang
lainnya. Telah berkata Abu Bakr Al-Khathib : Telah berkata kepadaku Muhammad
bin Yusuf Al-Qaththan : “As-Sulami bukan seorang yang terpercaya (tsiqah), dan
ia memalsukan beberapa hadith untuk Sufiyyah” [Adh-Dhu’afa’ wal Matrukin oleh
Ibnu Jauzi, 3/52-53 no. 2952, tahqiq : Abul Fida’ ‘Abdullah Al-Qadhi, DKI].
b) Seperti mana yang
disebutkan oleh as-Subki dari sanad Ibnu Asakir:
Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq (5/312 – tahqiq :
‘Umar bin Gharamah Al-‘Amrawi, Darul Fikr, Cet. Thn. 1415) : Telah menceritakan
kepada kami ‘Abdul-Jabbar bin Muhammad bin Ahmad Al-Hawaari Al-Baihaqi Al-Faqih
: Telah mengkhabarkan kepada kami Al-Imam Abu Sa’iid Al-Qusyairi dengan
didikte, dan ia adalah ‘Abdul Waahid bin ‘Abdil-Karim : Telah memberitakan
kepada kami Al-Hakim Abu Ja’far Muhammad bin Muhammad Ash-Shaffaar : Telah memberitakan
kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf, ia berkata : Aku mendengar Muhammad bin
‘Abdillah Ar-Razi, ia berkata : Aku mendengar Ja’far bin Muhammad Al-Maliki, ia
berkata : Telah berkata Ar-Rabi’ bin Sulaiman : “Sesungguhnya Asy-Syafi’i –
rahimahullah - pergi menuju Mesir……(dst. dari kisah ini)”.
Kisah ini juga cacat, tidak
sahih, dan tidak boleh ditulis. Terdapat tashhif dalam sanad antara Tarikh
Ibnu ‘Asakir dimana padanya tertulis Ja’far bin Muhammad Al-Maliki, sedangkan
dalam Ath-Thabaqat tertulis Abu Ja’far Muhammad Al-Malathi.
Sanad riwayat ini gelap.
Ada beberapa perawi yang tidak diketahui dan tidak diketemukan biografinya –
selain dari Ar-Rabii’ bin Sulaiman. (https://al-maktaba.org/book/31615/20506#p1).
c) Sanad Ibnu Jauzi
dalam Manaqib Imam Ahmad
Telah mengkhabarkan kepada kami
Muhammad bin Nasir : telah memberitakan kepada kami Abu ‘Ali Al-Hasan bin Ahmad
: Telah mengkhabarkan kepada kami Ibrahim bin ‘Umar Al-Barmaki, ia berkata :
Aku mendapatkan dalam kitab ayahku, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami
Abu Bakr Ahmad bin Syadzan, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Abu
‘Isa Yahya bin Sahl Al-‘Ukbari dengan ijazah. Al-Barmaki berkata : Dan aku
menulis dari jalan Abu Ishaq bin Syaqla – ia datang kepada kami, dan kemudian
meminta izin darinya (untuk meriwayatkan) - mereka berdua berdua berkata :
Telah menceritakan kepada kami Abul-Qasim Hamzah bin Al-Hasan Al-Hasimi
Asy-Syafi’i – ia seorang yang terpercaya – berkata : Telah menceritakan kepada
kami Abu Bakr ‘Abdullah bin Muhammad An-Naisaburi, ia berkata : Telah
menceritakan kepadaku Ar-Rabii’ bin Sulaiman, ia berkata : Ditulis di hadapan
Asy-Syaafi’i sebuah surat untuk Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal…..(dst. dari
kisah ini).
Sanad riwayat ini gelap.
Ada beberapa perawi yang tidak diketemukan biografinya lagi majhul.
Az-Zahabi berkata dalam biografi
Ar-Rabii’ bin Sulaiman Al-Muadzdzin :
ولم يكن صاحب رحلة فأما ما يروى أن الشافعي بعثه إلى بغداد بكتابه إلى أحمد
بن حنبل فغير صحيح
“Tidaklah ia pernah menjadi shahibu
rihlah. Adapun apa-apa yang diriwayatkan bahawasannya Asy-Syafi’i mengutusnya
ke Baghdad dengan membawa surat untuk Ahmad bin Hanbal, maka kisah tersebut
tidak benar (tidak sahih)” [Siyar A’lam an-Nubala 12/587-588, Muassasah
Ar-Risalah, Cet. 9/1413].
Yang menguatkan pernyataan
Az-Zahabi adalah bahawa tidak ada seorang pun muhaddith Iraq yang menukil
darinya, bahawa mereka mendengar riwayat dari Ar-Rabi’ di ‘Iraq, padahal mereka
adalah golongan yang masyhur dengan tahditsnya. Apalagi Al-Khathib tidak
menuliskan biografi Ar-Rabii’ dalam kitabnya Tarikh Baghdad, padahal kitab
tersebut masyhur dalam penyebutan orang-orang yang pernah menjadi penduduk atau
singgah di Baghdad. Wallaahu a’lam.
Kisah ini tidak sahih. Kalaupun dianggap sahih, maka
kisah ini bukan berisi perbuatan atau perkataan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam dan para shahabatnya. Lantas, bagaimana boleh kisah ini dijadikan dalil
tentang keabsahan (hukum) satu amalan ? – iaitu tabarruk dengan atsar orang
soleh selain Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Rujukan
https://www.islamink.com/2021/06/blog-post_96.html
https://www.almrsal.com/post/1126437
https://www.darultahqiq.com/tag/fake-hanbalis-mustafa-hamdu-ulayyan-al-hanbali/
https://ruqya.net/forum/archive/index.php/t-23530.html
https://majles.alukah.net/t148337/
https://www.fnoor.com/main/articles.aspx?article_no=24970#_ftnref10
No comments:
Post a Comment