Matan hadith dan atsar
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻫﺪﻳﺔ ﺇﻟﻰﺍﻟﻤﻮتى
ﻭﻗﺎﻝ ﻋﻤﺮ : ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﺑﻌﺪ ﺍﻟﺪﻓن ﺛﻮﺍﺑﻬﺎ ﺇﻟﻰ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻓﻰ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﻳﺒﻘﻰ
ﺛﻮﺍﺑﻬﺎ ﺇﻟﻰ ﺳﺒﻌﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺴﺎﺑﻊ ﻳﺒﻘﻰ ﺛﻮﺍﺑﻬﺎ ﺇﻟﻰ ﺧﻤﺲ ﻭﻋﺸﺮﻳﻦ ﻳﻮﻣﺎ ﻭﻣﻦ ﺍﻟﺨﻤﺲ
ﻭﻋﺸﺮﻳﻦ ﺇﻟﻰ ﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻳﻮﻣﺎ ﻭﻣﻦ ﺍﻷﺭﺑﻌﻴﻦ ﺇﻟﻰ ﻣﺎﺋﺔ ﻭﻣﻦ ﺍﻟﻤﺎﺋﺔ ﺇﻟﻰ ﺳﻨﺔ ﻭﻣﻦ ﺍﻟﺴﻨﺔ ﺇﻟﻰ ﺃﻟﻒ
عام
Terjemahan
Rasulullah saw bersabda: Doa dan
sedekah itu hadiah kepada mayyit
Berkata Umar: sedekah setelah
kematian maka pahalanya sampai tiga hari dan sedekah dalam tiga hari akan tetap
kekal pahalanya sampai tujuh hari, dan sedekah di hari ke tujuh akan kekal
pahalanya sampai 25 hari dan dari pahala 25 sampai 40 harinya lalu sedekah
dihari ke 40 akan kekal hingga 100 hari dan dari 100 hari akan sampai kepada satu
tahun dan dari satu tahun sampailah kekalnya pahala itu hingga 1000 hari (Al-Hawi
lil Fatawi 2/198)
Takhrij
Hadith “Doa dan sedekah itu
hadiah kepada mayyit”:
Ia ditemukan dalam kitab
Hadiyyatul Ahya ilal Amwat wa Maa Yashilu Ilaihim 1/174, daripada Abu Hurairah
ra. yang diriwayatkan oleh Abul Husain Ali bin Ahmad Al Hakkari. Juga
disebutkan dalam kitab I'anah at-Thalibin 2/161, Hashiyah al-Bujairimi 2/301,
Daqaiq al-Akhbar hal. 18
((اهدوا لموتاكم)) ، قلنا: وما نهدي يا رسول
الله الموتى؟ قال: ((الصدقة والدعاء))
Rasulullah Shallallahu’alaihi
Wasallam bersabda, “Kirimlah hadiah untuk orang-orang yang meninggal di antara
kalian.” Para sahabat bertanya, “Apa yang kami kirimkan wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, “Sedekah dan doa.”
Hadith dhaif jiddan kerana:
Keterputusan sanad antara Ibnu
Juraij dan Musa al-Wirdan (al-Ilal al-Waridah fi ahadith an-Nabawiyah 8/318).
Ali bin Musa Bashri dan Abul
Qasim an-Nasaiburi majhul hal. Tidak ditemukan Jarh wa Ta’dil mereka.
Muhammad bin al-Husin bin Musa al-Sulmi,
dia dilemahkan oleh para ulama hadith (Lisanul Mizan no. 6695)
Atsar Umar ra:
Tidak ditemukan asalnya.
Kemungkinan ia adalah kutipan daripada beberapa riwayat, yang ternyata
riwayat-riwayat tersebut juga dhaif.
1. Hadith Thawus
إِنَّ الْمَوْتَى يُفْتَنُونَ فِي قُبُورِهِمْ سَبْعًا ، فَكَانُوا
يَسْتَحِبُّونَ أَنْ يُطْعَمَ عَنْهُمْ تِلْكَ الْأَيَّامِ
“Sesungguhnya orang mati diuji di
kuburnya selama tujuh hari. Mereka menyatakan sunnah memberi makanan atas nama
orang mati itu selama hari-hari
tersebut.”
Takhrij
HR. Abu Nu'aim dalam Hilyahtul
Auliya' 4/11. Hadith maqthu.
Iaitu dari jalur Hasyim bin
Qasim, telah meriwayatkan kepada kami Al-Asyja’i, dari Sufyan, dia bekata,
Thawus berkata,........
Sanad rijalnya seluruhnya tsiqah,
tetapi sanad tersebut putus antara Sufyan dan Thawus. Maka hadit tersebut dhaif
(Tahqiq Mathalib 'Aliyah, 5/330).
Sufyan tidak pernah berjumpa
Thawus (Al 'Ilal Wa Ma'rifatur Rijal no. 4579-80).
Dan, pendapat yang dipegang oleh
As-Suyuthi bahawa Thawus wafat antara tahun 113-119 H sebenarnya sudah dibantah
oleh Az-Zahabi.
لا رَيْبَ فِي وَفَاةِ طَاوُسٍ فِي عَامِ سِتَّةٍ وَمِائَةٍ، فَأَمَّا
قَوْلُ الْهَيْثَمِ: مَاتَ سَنَةَبِضْعَ عَشْرَةَ وَمِائَةٍ فَشَاذٌّ. وَاللَّهُ
أَعْلَمُ
Tidak ada keraguan tentang wafatnya
Thawus pada tahun 106 H, adapun perkataan Al-Haitsam: "Wafat antara tahun
113-119H syadz (Siyar 'Alam Nubala 9/50).
2. Hadith 'Abdullah bin 'Umar
Dari Ibnu Juraij, ia berkata :
Telah berkata ‘Abdullah bin ‘Umar
يفتن رجلان مؤمن ومنافق ، فأما المؤمن فيفتن سبعا ، وأما المنافق فيفتن
أربعين صباحا
“Dua orang akan diuji, mukmin dan
munafik, adapun orang mukmin akan diuji selama tujuh hari, sedangkan munafik
akan diuji selama empat puluh hari.”
Takhrij
HR. Abdul Razzak dalam
Al-Mushannaf no. 6757.
Riwayat ini dhaif kerana
munqathi’. Ibnu Juraij tidak pernah bertemu dengan Ibnu ‘Umar. Selain itu, Ibnu
Juraij sendiri seorang yang tsiqah namun sering melakukan tadlis dan irsal
(Taqribut Tahdzib no. 4221).
Kemudian jika kita analisa lebih
dalam, maka jalur riwayat ini telah terjadi mushahhaf dari nama Ubaid bin
‘Umair menjadi Abdullah bin Umar. Hal ini sudah tidak asing lagi jika melihat
dalam Hasyah al-Suyuthi , diantaranya apa yang dikatakan oleh Ibn Abdil Barr
al-Maliki (Al-Tamhiid limaa fii al-Muwatha minal ma’aani wa al-masaanid
22/252).
Adapun jika ia adalah Ubaid bin
Umair, kebanyakan para ulama hadith menganggap bahawa beliau adalah tabi’in,
bukan sahabat, kerana tidak ada bukti bahawa dia melihat Rasulullah shallallahu
alaihi wa sallam (Tahzib At-Tahzib, 7/71).
Ibnu Abdul-Bar rahimahullah
berkata bahawa dia (Ubaid) berjumpa dengan Nabi shallallahu alaihi wa sallam.
Sedangakan Muslim bin Hajjaj menyebutkan bahawa dia lahir pada masa Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam dan dia dikira sebagai tokoh kalangan tabi’in.”
(Al-Isti’ab, 3/1018, Al-Ishabah, 5/47)
Kesimpulannya bahawa atsar Ubaid
juga mursal (sanadnya hanya sampai sahabat saja) dan dalam sanadnya juga
terdapat kritikan.
3. Hadith Mujahid
إن الموتى كانوا يفتنون في قبورهم سبعاً ، فكانوا يستحبون أن يطعم عنهم تلك
الأيام
“Sesungguhnya orang yang wafat
diuji di kuburnya selama tujuh hari. Mereka menganjurkan untuk memberi makan
atas nama mayat.”
Takhrij
HN. Ibnu Rajab dalam kitabnya
Ahwal Al-Kubur hal. 16, dari Mujahid bin Jabr. Tanpa sanad.
As-Suyuthi berkata demikian,
“Tidak kami dapatkan sanadnya.” (Ad-Dibaj Syarhul Muslim, Sahih Muslim, 2/491).
Ibn Mubarak berkata:
اَلإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ وَلَوْلَا الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا
شَاءَ
“Sanad itu sebahagian dari agama.
Kalau bukan kerana sanad, pasti sesiapapun boleh berkata apa yang dia kehendaki
(Muqaddimah Sahih Muslim 1/47 no. 32).
Imam Malik berkata:
لا تحمل العلم عن أهل البدع، ولا تحمله عمن لا يعرف بالطلب، ولا عمن يكذب
في حديث الناس وإن كان لا يكذب في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم.
“Jangan mengambil ilmu dari orang
ahli bid’ah, serta janganlah menukilnya dari orang yang tak diketahui darimana
ia mendapatkannya, dan tidak pula dari siapapun yang dalam perkataannya ada
kebohongan, meskipun ia tidak berbohong dalam menyebutkan hadith Rasulullah
saw.” (Risalah Ahli as Sunnah wal Jama’ah 7/1418).
Kesimpulan as-Suyuthi (al-Hawi
2/217):-
Atsar Thawus dan Ubaid ini
dihukumi sebagai marfu' mursal dan tidak dihukumi sebagai mauquf (sampai pada
sahabat) meskipun tidak disebutkan secara jelas disandarkan kepada Nabi saw
dalam perkara-perkara berkaitan hal ghaib seperti barzakh. Maka dia menjadi
dalil bagi ketiga imam; Abu Hanifah, Malik dan Ahmad secara mutlak tanpa
syarat.
Adapun menurut Imam Syafii
radhiallahu anhu, maka dia berpendapat bahawa berdalil dengan mursal jika
dikuatkan oleh salah satu perkara yang telah disepakati dalam bidangnya, di
antaranya adalah adanya orang lain atau sahabat yang menyetujuinya sedangkan
penguat di sini ada, kerana riwayat serupa diriwayatkan dari Mujahid dan dari
Ubaid bin Umair, keduanya merupakan tabi’in, jika Ubaid bukan merupakan
shahabat, maka kedua riwayat mursal tersebut menguatkan riwayat mursal pertama
(Al-Hawi 2/220-222).
Akan tetapi, kesimpulan
as-Suyuthi ini adalah lemah kerana:-
1- hanya atsar Thawus saja yang sanadnya
selamat. Adapun yang diriwayatkan dari Ubaid bin Umair, dalam sanadnya terdapat
kelemahan, sedangkan atsar Mujahid tidak adalah asalnya. Kerana itu yang
tinggalhanya atsar Thawus, maka dengan demikian kekuatan atsar ini kehilangan
kekuatannya secara keseluruhan.
2- Jika sebuah atsar bertentangan
dengan hadith-hadith sahih, maka yang lebih kuat adalah kita menjadikan hadith
sahih tersebut sebagai penentu. Maka kita tidak dapat memberikan hukum marfu
terhadap atsar tersebut dan sebagai dalil. Kerana banyak hadith yang berbicara
tentang fitnah kubur dan pertanyaan malaikat menunjukkan dalil yang jelas
bahawa hal tersebut hanya terjadi sekali saja, tidak berlangsung selama tujuh
hari, atau tidak berulang selama tujuh kali.
Yang paling terkenal adalah
hadith Barra bin Azib radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam
tentang ciri ujian terhadap orang mukmin di alam kubur, iaitu;
يَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ : مَنْ رَبُّكَ ؟
فَيَقُولُ : رَبِّيَ اللَّهُ ، فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا دِينُكَ ؟ فَيَقُولُ :
دِينِيَ الْإِسْلَامُ ، فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ
فِيكُمْ ؟ قَالَ : فَيَقُولُ : هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ . فَيَقُولَانِ : وَمَا يُدْرِيكَ ؟ فَيَقُولُ : قَرَأْتُ كِتَابَ
اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ )رواه أبو داود، رقم 4753 وصححه الألباني في
" صحيح أبي داود)
“Dua malaikat mendatanginya dan
mendudukkannya lalu berkata kepadanya, ‘Siapa Tuhanmu?’ Dia berkata, ‘Tuhanku
Allah’ Keduanya bertanya kepadanya, ‘Apa agamamu?” Dia berkata, ‘Agamaku
Islam,’ Keduanya bertanya kepadanya, ‘Siapakah orang yang diutus kepada kalian?’
Dia berkata, ‘Dia adalah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam,’ Keduanya
berkata, ‘Darimana engkau tahu?’ Dia berkata, ‘Aku membaca Kitabullah, maka
saya beriman kepadanya dan membenarkannya.” (HR. Abu Daud, no. 4753, disahihkan
oleh Al-Albani dalam Sahih Abu Daud)
Demikian pula halnya, banyak
hadith yang berbicara tentang fitnah kubur, tidak ada satupun di dalamnya yang
menunjukkan bahawa hal tersebut berlangsung selama tujuh hari penuh terhadap
orang beriman dan empat puluh hari terhadap orang munafik.
Oleh itu meletakkan kaedah ‘hukum
marfu terhadap atsar shahabat dan tabi’in’ tidak memiliki alasan kuat dalam kes
ini, bahkan yang lebih utama dan lebih benar adalah tidak memberikan komentar
sebagaimana sunnah tidak berkomentar dalam masalah ini, kita beriman cukup
dengan yang terucap dan pernyataan jelas.
3- Tidak terdapat pernyataan
dalam kitab-kitab fiqh yang terpercaya adanya nas yang menganjurkan memberi
makan atas nama mayat selama tujuh hari berturut-turut, sebagaimana tidak
kita temuka seorang dari kalangan ulama
yang berpendapat sebagaimana pendapat Imam Suyuthi, sehingga kesimpulannya itu
mengundang keraguan yang tinggi.
Hadith tambahan
ﻓﻠﻤﺎ ﺍﺣﺘﻀﺮﻋﻤﺮ ﺃﻣﺮ ﺻﻬﻴﺒﺎ ﺃﻥ ﻳﺼﻠﻲ ﺑﺎﻟﻨﺎﺱ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ، ﻭﺃﻣﺮ ﺃﻥ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻃﻌﺎﻡ،
ﻓﻴﻄﻌﻤﻮﺍ ﺣﺘﻰ ﻳﺴﺘﺨﻠﻔﻮﺍ ﺇﻧﺴﺎﻧﺎ ، ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺟﻌﻮﺍ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﻨﺎﺯﺓ ﺟﺊ ﺑﺎﻟﻄﻌﺎﻡ ﻭﻭﺿﻌﺖ ﺍﻟﻤﻮﺍﺋﺪ ! ﻓﺄﻣﺴﻚ
ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻋﻨﻬﺎ ﻟﻠﺤﺰﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻫﻢ ﻓﻴﻪ ، ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻤﻄﻠﺐ : ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺪ ﻣﺎﺕ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﻣﺎﺕ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﺇﻧﻪ
ﻻﺑﺪ ﻣﻦ ﺍﻻﺟﻞ ﻓﻜﻠﻮﺍ ﻣﻦ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ، ﺛﻢ ﻣﺪ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﻳﺪﻩ ﻓﺄﻛﻞ ﻭﻣﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻳﺪﻳﻬﻢ ﻓﺄﻛﻠﻮﺍ
Ketika Umar sebelum wafatnya, ia
memerintahkan pada Shuhaib untuk memimpin solat, dan memberi makan para tamu
selama 3 hari hingga mereka memilih seseorang, setelah pulang dari jenazah
umar, mereka datang, sedangkan makanan telahpun dihidangkan, mereka tidak mahu
makan kerana sedihnya, maka berkatalah Abbas bin Abdul Muttalib:
Wahai hadirin.. sungguh telah
wafat Rasulullah saw dan kita makan dan minum setelahnya, lalu wafat Abu Bakar
dan kita makan dan minum sesudahnya, dan ajal itu adalah hal yang pasti, maka
makanlah makanan ini..!”, lalu beliau menghulurkan tangannya dan makan, maka
orang–orang pun mengulurkan tangannya masing–masing dan makan.
Takhrij
HR. Abu Bakar dalam
al-Ghailaniyat no. 296 dan 315, Ibnu Sa'ad dalam Tabaqhat Kubra 426-27 dan Ibnu
'Asakir dalam Tarikh Dimasyq 26/373.
Terdapat perawi yang lemah,
Ali bin Zaid bin Jud’aan bahkan dituduh terpengaruh dengan fahaman tasyayyu’
(syi’ah) (Taqrib At-Tahdzib no. 4734, Tahdzibut Tahdzib no. 545, Ad-Du’afa
2/447, dan Al-Majruhin 2/103-104).
Hadith di atas jikalau sahih
tidaklah menunjukkan upacara di adakan makan-makan selepas kematian.
Jadi proses menyediakan makanan
sudah disediakan semenjak Umar masih hidup dan setelah Umar dikubur masih juga
disediakan makanan. Akan tetapi para sahabat enggan untuk memakan kerana
kesedihan yang mereka rasakan.
Dan dalam riwayat tersebut sangat
jelas bahawa tujuan memakan makanan itu adalah kerana urusan pemerintahan, dan
mereka harus makan untuk terus menyelenggarakan pemilihan khalifah.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 172254.
No comments:
Post a Comment