Monday, 11 September 2023

Maksud disinari cahaya dalam hadith kelebihan membaca al-Kahfi

 

 

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

 

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. (at-Targhib wa al- Tarhib 1/298))

 

 

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

 

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim 2/368 dan Al-Baihaqi 3/249.

 

Ibnu Hajar merumuskan hadith ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadith hasan.” Beliau menyatakan bahawa hadith ini adalah hadith paling kuat tentang surah Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani mensahihkannya dalam Sahih al-Jami’ no. 6470)

 

 

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

 

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasaie dan Al-Hakim serta disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 736)

 

 

Boleh disimpulkan, para ulama mentafsirkan makna disinari/dipancar cahaya kepada:-

 

 

 

a) cahaya maknawi :

 

-diampunkan dosa

-dikurniai hidayah supaya menjauhi maksiat, kemungkaran, fasad

-diliputi cahaya kebenaran

-pahala yang mengalir antara dua jumaat

-dikurniakan cahaya hati

 

b) cahaya hissi:

 

-sebenar-benar cahaya yang akan didapati di hari kiamat

-cahaya di padang mahsyar

-cahaya di alam kubur

 

 

Mulla Ali Al-Qari dalam Mura'atul Al-Mafatih 7/249,

 

Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim 3/455,

 

As-Syaukani dalam Tuhfah Az-Zakirin 1/401.

 

 

Rujukan

 

https://muslim.or.id/68746-membaca-surat-al-kahfi-dan-cahaya-dari-dua-jumat.html

 

https://www.google.com/amp/s/nasihatsahabat.com/apa-maksud-diterangi-dengan-cahaya-di-antara-dua-jumat/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...