Poster tular
Palsu. Tiada asal (Fatwa Soaljawab Islam no. 226176)Prof. Dr. Ahmad Al-Batli, menambahkan perihal ucapan diatas:
"..Makna perkataan ini tidak dapat dibuktikan, dan dikoreksi dengan pendapat, Kerana para malaikat dan apa yang terkait dengan mereka, adalah masalah ghaib, di mana pembicaraan tergantung pada wahyu dalam Al-Qur'an atau Sunnah (Hadith Sahih)" (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 322594, Fatwa Soaljawab Islam no. 226176).
Hadith hampir semakna berlaku zalim kepada wanita, yang juga palsu:
Rasulullah SAW bersabda:
أيّ رجل لطم امرأته لطمة أمر الله عزّ وجل مالك خازن النيران فيلطمه على حرّ وجهه سبعين لطمة في نار جهنّم
Barang siapa melayangkan tamparan ke pipi isterinya satu kali, Allah akan memerintahkan malaikat penjaga neraka untuk membalas tamparan itu dengan tujuh puluh kali tamparan di neraka jahanam.
Takhrij
HR. al-Nouri dalam Mustadrak al-Wasail no. 16619. Ia adalah kitab hadith syiah. PALSU
Tidak dinafikan islam itu melarang sebarang bentuk kekejaman dan ketidakadilan kepada sesama manusia termasuklah isteri. Akan tetapi menggunakan riwayat-riwayat yang palsu tidak ada asal dalam memberi ancaman dan galakan adalah satu tindakan yang tercela, kerana berbohong di atas nama Nabi saw.