Monday 18 March 2024

Hadith zikir secara jemaah?

 

Matan hadith

 

 كَانَ سَلْمَانُ فِي عَصَابَةٍ يَذْكُرُوْنَ اللهَ، فَمَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى الله عليه وسلَّم فَكَفُّوْا فَقَالَ: “مَا كُنْتُمْ تَقُوْلُوْنَ؟” فَقُلْنَا: نَذْكُرُ اللهَ الله، قَالَ: “إِنِّي رَأَيْتُ الرَّحْمَةَ تَنْزِلُ

عَلَيْكُمْ فَأَحْبَبْتُ أَنْ أُشَارِكَكُمْ فِيْهَا”…

 

Terjemahan

 

Salman dan kelompoknya sedang berzikir kepada Allah, lalu Nabi Muhammad SAW lewat di dekat mereka. Maka mereka terdiam sejenak. Lalu Nabi bertanya: “Apa yang sedang kalian lakukan?” Mereka menjawab: “Kami sedang berzikir “Allah… Allah”. Kemudian Rasul bersabda: “Sungguh aku melihat rahmat Allah turun atas kalian, maka hatiku tertarik untuk bergabung bersama kalian membaca zikir.”

 

Takhrij

 

HR. Ahmad dalam al-Zuhd, dan al-Hakim no. 424, sahih al-Hakim dan disetujui oleh az-Zahabi dalam al-Talkhis

 

Hadith ini bukanlah dalil yang menunjukkan bolehnya zikir secara Jemaah dan zikir lafaz Allah secara Tunggal.

 

Imam an-Nawawi di dalam kitabnya, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir tidak hanya tasbih, tahlil, dan takbir, bahkan zikir ialah setiap amalan ketaatan yang dilakukan kerana Allah”. (al-Adzkar hal. 7)

 

Pandangan para salaf banyak menegah perbuatan doa dan berzikir secara jamaah

 

 

عن عمرو بن سلمة الهمداني قال كنا نجلس على باب عبد الله بن مسعود قبل صلاة الغداة فاذا خرج مشينا معه الى المسجد فجاءنا ابو موسى الاشعري فقال اخرج اليكم ابو عبد الرحمن بعد قلنا لا فجلس معنا حتى خرج فلما خرج قمنا اليه جميعا فقال له ابو موسى يا ابا عبد الرحمن اني رايت في المسجد انفا امرا انكرته ولم ار والحمد لله الا خيرا قال فما هو فقال ان عشت فستراه قال رايت في المسجد قوما حلقا جلوسا ينتظرون الصلاة في كل حلقة رجل وفي ايديهم حصى فيقول كبروا مية فيكبرون مية فيقول هللوا مية فيهللون مية ويقول سبحوا مية فيسبحون مية قال فماذا قلت لهم قال ما قلت لهم شييا انتظار رايك قال افلا امرتهم ان يعدوا سيياتهم وضمنت لهم ان لا يضيع من حسناتهم شيء ثم مضى ومضينا معه حتى اتى حلقة من تلك الحلق فوقف عليهم فقال ما هذا الذي اراكم تصنعون قالوا يا ابا عبد الرحمن حصى نعد به التكبير والتهليل والتسبيح قال فعدوا سيياتكم فانا ضامن ان لا يضيع من حسناتكم شيء ويحكم يا امة محمد ما اسرع هلكتكم هولاء صحابة نبيكم صلى الله عليه وسلم متوافرون وهذه ثيابه لم تبل وانيته لم تكسر والذي نفسي بيده انكم لعلى ملة هي اهدى من ملة محمد او مفتتحو باب ضلالة قالوا والله يا ابا عبد الرحمن ما اردنا الا الخير قال وكم من مريد للخير لن يصيبه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثنا ان قوما يقروون القران لا يجاوز تراقيهم يمرقون من الاسلام كما يمرق السهم من الرمية وايم الله ما ادري لعل اكثرهم منكم ثم تولى عنهم فقال عمرو بن سلمة فراينا عامة اوليك الحلق يطاعنونا يوم النهروان مع الخوارج 

 

Daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”. Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?” Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi. Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.” (Sanadnya sahih menurut Al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih 5/11 & Islah Al-Masajid no.11; Pentahqiq kitab Sunan Al-Darimi, Al-Darani berkata: Sanadnya jayyid).

 

أنَّهُ سَأَلَ أَنَسَ بنَ مالِكٍ، وَهُما غادِيانِ مِن مِنًى إلى عَرَفَةَ: كيفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ في هذا اليَومِ مع رَسولِ اللهِ صَلّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ؟ فَقالَ: كانَ يُهِلُّ المُهِلُّ مِنّا، فلا يُنْكَرُ عليه، وَيُكَبِّرُ المُكَبِّرُ مِنّا، فلا يُنْكَرُ عليه

 

“Dari Muhammad bin Abu Bakar ats-Tsaqafi, bahawa ia pernah bertanya kepada sahabat Anas bin Malik radhiallahu’anhu tatkala ia bersamanya berjalan dari Mina menuju ke padang Arafah: Bagaimanakah dahulu kalian berbuat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari seperti ini? Maka beliau menjawab: Dahulu ada di antara kami yang membaca tahlil, dan tidak diingkari, dan ada dari kami yang membaca takbir, juga tidak diingkari.” (HR. Muslim no. 1285)

 

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan:

 

“Dari Abi Utsman (an-Nahdi) ia berkata: Salah seorang gabernur pada zaman khalifah Umar bin al-Khatthab menuliskan laporan yang isinya: Sesungguhnya di wilayah saya, ada suatu kelompok orang yang berkumpul-kumpul kemudian berdoa bersama-sama untuk kaum muslimin dan pemimpin. Maka Umar menulis surat kepadanya: Datanglah dan bawa mereka besertamu. Maka garbernur itu datang, (dan sebelum ia datang) Umar telah memerintahkan penjaga pintunya untuk menyiapkan sebuah cambuk (pemukul). Dan tatkala mereka telah masuk ke ruangan, spontan Umar langsung memukul pemimpin kelompok itu dengan cambuk.” (AR Ibnu Abi Syibah dalam kitabnya al-Mushannaf  5/290, no. 26191)

 

Imam Ahmad rahimahullah pernah ditanya: Apakah makruh hukumnya bagi orang-orang untuk berkumpul, berdoa kepada Allah dan mengangkat tangan mereka? Beliau menjawab, "Tidak: "Saya tidak memakruhkannya selama mereka tidak berkumpul dengan sengaja untuk tujuan itu, dengan syarat tidak dilakukan secara rutin.

 

Ibnu Mansur berkata: Ishaq bin Rahawaih juga mengatakan hal yang serupa. Yang dimaksudkan dengan "dengan syarat mereka tidak melakukannya secara rutin" adalah kecuali jika mereka menjadikannya sebagai amalan rutin hingga mereka banyak melakukannya.

 

Abu Abdillah Al-Fadhl bin Mahran berkata: Aku bertanya kepada Yahya bin Ma'in dan Ahmad bin Hanbal: Di antara kami ada beberapa orang yang berkumpul untuk berdoa, membaca Al-Qurann dan berzikir kepada Allah -Taala-. Bagaimana pendapat kalian tentang mereka? Adapun Yahya bin Ma'īn, ia berkata, "Hendaklah mereka membaca mushaf, berdoa setelah salat, dan berzikir sendiri. Aku berkata: Seorang saudaraku bergabung dengan kelompok itu. Dia berkata: Suruhlah dia berhenti. Aku berkata: Dia tidak akan menerimanya. Dia berkata: Nasihatilah dia. Aku berkata: Dia tidak akan menerimanya, haruskah aku menjauhinya? Dia berkata: Ya.

 

Kemudian aku mendatangi Ahmad dan menceritakan hal yang serupa, lalu Ahmad pun berkata kepadaku, "Hendaklah kalian membaca mushaf dan berzikir kepada Allah Ta'ala, serta mempelajari hadith-hadith Rasulullah saw. Aku berkata: Apakah saya harus menyuruhnya berhenti? Beliau bersabda: Ya. Aku berkata: Bagaimana jika dia tidak menerimanya? Beliau bersabda: Dia akan menerimanya, insya Allah, kerana ini adalah sesuatu yang telah dimasukkan ke dalam agama, pertemuan ini dan apa yang engkau jelaskan. Saya berkata: Jika dia tidak menjawab, apakah saya harus menjauhinya? Beliau tersenyum dan tidak mengatakan apa-apa (Adabul Syar'iyyah 2/102).

 

Pandangan ulama muhaqqiqin

 

Adapun berdoa setelah solat fardhu secara berjamaah telah diterangkan oleh Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah bahawa ianya tidak ada asal usulnya, sebagaimana katanya:

 

قد ذكرنا استحباب الذكر والدعاء للامام والمأموم والمنفرد وهو مستحب عقب كل الصلوات بلا خلاف وأماما اعتاده الناس أو كثير منهم من تخصيص دعاء الامام بصلاتي الصبح والعصر فلا أصل له

 

Kami telah menyebutkan tentang kesunnatan berzikir sesudah solat bagi Imam bagi makmum, dan bagi yang bersolat secara bersendirian adalah dikehendaki berbuat yang demikian (secara bersendirian) pada setiap solat lima waktu tanpa khilaf. Dan adapun adat yang diadakan manusia atau kebanyakan dari mereka, iaitu imam menentukan doa buat solat subuh dan asar, maka ianya tidak ada asal usulnya (Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah 3/488)

 

Imam Ibnu Katsir telah menceritakan bahawa, “Khalifah Makmun telah menulis kepada Ishak bin Ibrahim yang merupakan Timbalan Gabenur Baghdad pada ketika itu supaya mengarahkan orang ramai bertakbir dengan suara yang lantang setiap sebaik sahaja selesai solat fardhu... Dialah orang pertama yang memulakan perkara tersebut di Masjid Jamek Baghdad dan al-Rashafah. Selepas selesai solat, mereka akan bangun dan bertakbir tiga kali.” Menurut Ibnu Katsir yang seterusnya, “Inilah bid’ah yang direka cipta oleh Makmun tanpa ada sebarang sanad atau dalil yang sahih, ianya tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun sebelumnya.” (al-Bidayah wan Nihayah 10/194-195)

 

Amalan berzikir secara berjama’ah ini juga berkembang pada zaman Makmun disebabkan munculnya golongan-golongan Sufi dan Rafidhah iaitu golongan Syi’ah yang melampau. (al-Ahwa’ wa al-Firaq wa al-Bida’ 2/36)

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: "Berkumpul bersama untuk membaca Al Qur'an, berzikir kepada Allah dan berdoa kepada-Nya adalah baik dan disunnahkan, selama tidak dijadikan sebagai amalan rutin seperti pertemuan-pertemuan yang disyariatkan, dan selama tidak diiringi dengan bidaah-bidaah yang tercela (Majmu' Fatawa 22/523).

 

Lajnah Daimah lil Ifta' pernah ditanya tentang seorang imam yang mengangkat kedua tangannya setelah selesai solat, lalu para makmum melakukan hal yang sama, lalu imam berdoa dan para makmum mengucapkan amin atas doa imam tersebut.

 

Mereka pun menjawab:

 

"Ibadah itu berdasarkan tawqif (iaitu tidak boleh beribadah kepada Allah Ta'ala dengan suatu ibadah kecuali jika ibadah tersebut telah ditetapkan oleh nas-nas syarie (Al Qur'an dan As Sunnah) sebagai ibadah yang disyari'atkan oleh Allah Ta'ala), maka tidak boleh mengatakan bahawa ibadah-ibadah tersebut disyari'atkan baik dari sisi asalnya, jumlahnya, bentuknya mahupun tempatnya, kecuali dengan dalil-dalil syarie yang menunjukkan hal itu. Kami tidak mengetahui adanya dalil yang menunjukkan hal itu dalam sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, baik dari perkataan, perbuatan, mahupun persetujuan beliau (Majallatul Buhuts al-Islamiyyah 17/55)

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 93757, 106518, 9389

 

https://muhammadiyah.or.id/2021/02/hukum-dzikir-berjamaah/

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...