Matan hadith
حدثنا عبد الله حدثنا هدبة بن خالد حدثنا حماد بن سلمة عن
حميد عن الحسن عن عتي قال : رأيت شيخا بالمدينة يتكلم فسألت عنه فقالوا هذا أبي بن
كعب فقال إن آدم عليه السلام لما حضره الموت قال لبنيه أي بني إني أشتهي من ثمار الجنة
فذهبوا يطلبون له فاستقبلتهم الملائكة ومعهم أكفانه وحنوطه ومعهم الفؤوس والمساحي والمكاتل
فقالوا لهم يا بني آدم ما تريدون وما
تطلبون أو ما تريدون وأين تذهبون قالوا أبونا مريض فاشتهى من ثمار الجنة قالوا لهم
ارجعوا فقد قضي قضاء أبيكم فجاءوا فلما رأتهم حواء عرفتهم فلاذت بآدم فقال إليك إليك
عني فإني إنما أوتيت من قبلك خلي بيني وبين ملائكة ربي تبارك وتعالى فقبضوه وغسلوه
وكفنوه وحنطوه وحفروا له وألحدوا له وصلوا عليه ثم دخلوا قبره فوضعوه في قبره ووضعوا
عليه اللبن ثم خرجوا من القبر ثم حثوا عليه التراب ثم قالوا يا بني آدم هذه سنتكم
Terjemahan
Dari Uttiy bin Dhamurah As-Sa’di
berkata, “Aku melihat seorang Syaikh di Madinah sedang berbicara. Lalu aku
bertanya tentangnya.” Mereka menjawab, “Itu adalah Ubay bin Ka’ab.” Ubay
berkata, “Ketika maut datang menjemput Adam, dia berkata kepada anak-anaknya,
‘Wahai anak-anakku, aku ingin makan buah Syurga.” Lalu anak-anaknya pergi
mencari untuknya. Mereka disambut oleh para Malaikat yang telah membawa kafan
Adam dan wewangiannya. Mereka juga membawa kapak, penyodok, dan cangkul. Para
Malaikat bertanya, “Wahai anak-anak Adam, apa yang kalian cari? Atau apa yang
kalian mahu? Dan ke mana kalian pergi?” Mereka menjawab, “Ayah kami sakit, dia
ingin makan buah dari Syurga.” Para Malaikat menjawab, “Pulanglah, kerana
ketetapan untuk ayah kalian telah tiba.” Lalu para Malaikat datang. Hawa
melihat dan mengenali mereka, maka dia berlindung kepada Adam. Adam berkata
kepada Hawa, “Menjauhlah dariku. Aku pernah melakukan kesalahan keranamu.
Biarkan aku dengan Malaikat Tuhanku Tabaraka wa Ta’ala.” Lalu para Malaikat mencabut
nyawanya, memandikannya, mengkafaninya, memberinya wewangian, menyiapkan
kuburnya dengan membuat liang lahad di kuburnya, mensolatinya. Mereka masuk ke
kuburnya dan meletakkan Adam di dalamnya, lalu mereka meletakkan bata di
atasnya. Kemudian mereka keluar dari kubur, mereka menimbunnya dengan batu.
Lalu mereka berkata, “Wahai Bani Adam, ini adalah sunah kalian.”
Takhrij
HR. Abdullah bin Ahmad dalam
Zawa'idul Musnad 5/136, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 7189; al-Hakim dalam
al-Mustadrak no. 1293.
Al-Hakim berkata sanad hadith ini
sahih.
Ibnu Katsir mengatakan dalam
Al-Bidayah wan Nihayah 1/91: sanadnya sahih kepadanya (mauquf kepada Ubay bin
Ka’ab).
Al-Haithami juga mengatakan
bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad. Rawi-rawinya
tergolong rawi sahih, kecuali Uttiy bin Dhamurah. Dia adalah rawi tsiqah (Majma
az Zawaid 8/199).
Dhiya al-Maqdisi memasukkan
hadith ini dalam Kitabnya al-Ahadith Mukhtarah no. 1251, sebagai hadith-hadith
yang dipilihnya sahih yang tiada dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
*As-Sakhawi juga mengomentari
al-mukhtarah dengan mengatakan “kitab yang kebanyakan hadith sahih selain
sahihain adalah kitab ini [al-mukhtarah]”
Hadith ini jika disandarkan
kepada Nabi saw (marfu’), maka ianya dhaif menurut Ibnu Adi, Ibnu Qayyim,
an-Nawawi, al-Albani (al-Kamil fi Dhuafa' 5/169; Zadul Maad 1/490; Khulasah
Ahkam an-Nawawi 2/933; Silsilah Hadith Dhaif no. 2872).
Hadith ini meskipun mauquf
(sanadnya tidak sampai pada Nabi ﷺ) melainkan hanya pada Ubay bin Ka’ab, tetapi
mempunyai kekuatan hadith marfu’ (sanadnya bersambung ke Rasulullah) kerana tak
mungkin hal itu keluar dari pendapat peribadi (Syeikh Umar Sulaiman Abdullah
al-Asyqar dalam kitab Sahihul Qishash an-Nabawi).
No comments:
Post a Comment