Monday 18 March 2024

Kisah Allah tertawa 3 kali sehari kerana Barkh Al-Abid Al-Aswad

 

Matan kisah

 

 

ومثاله مناجاة برخ الأسود الذي أمر الله تعالى كليمه موسى عليه السلام : أن يسأله ليستسقي لبني إسرائيل .

 

بعد أن قحطوا سبع سنين وخرج موسى عليه السلام ليستسقي لهم في سبعين ألفا ، فأوحى الله : عز وجل : إليه كيف أستجيب لهم ، وقد أظلمت عليهم ذنوبهم، سرائرهم خبيثة يدعونني على غير يقين ، ويأمنون مكري ، ارجع إلى عبد من عبادي يقال له برخ ؛ فقل له يخرج حتى أستجيب له ، فسأل عنه موسى عليه السلام فلم يعرف فبينما موسى ذات يوم يمشي في طريق إذا بعبد أسود قد استقبله ، بين عينيه تراب من أثر السجود ، في شملة قد عقدها على عنقه ، فعرفه موسى عليه السلام : بنور الله : عز وجل : فسلم عليه وقال : له ما اسمك ؟ فقال : اسمي برخ . قال : فأنت طلبتنا منذ حين اخرج ، فاستسق لنا .

 

فخرج فقال في كلامه : ما هذا من فعالك ، ولا هذا من حلمك ، وما الذي بدا لك ؟ ؟ أنقصت عليك عيونك ؟ أم عاندت الرياح عن طاعتك ؟ أم نفد ما عندك ؟ أم اشتد غضبك على المذنبين ؟ ألست كنت غفارا قبل خلق الخطائين ؟ خلقت الرحمة وأمرت بالعطف ، أم ترينا أنك ممتنع ؟ أم تخشى الفوت فتعجل بالعقوبة ؟ قال فما برح حتى أخضلت بنو إسرائيل بالقطر ، وأنبت الله تعالى العشب في نصف يوم حتى بلغ الركب ، قال : فرجع برخ ، فاستقبله موسى : عليه السلام : فقال كيف رأيت حين خاصمت ربي كيف أنصفني فهم موسى : عليه السلام : به فأوحى الله تعالى إليه إن برخا يضحكني كل يوم ثلاث مرات

 

 

Terjemahan

 

Lebih kurang begini:

 

Umat nabi Musa (Bani Israil) dilanda kemarau yang berpanjangan selama 7 tahun lamanya. Tempat tinggal mereka menjadi gersang, air minum susah, tanaman dan haiwan-haiwan banyak yang mati. Hal ini membuat kehidupan mereka menjadi sengsara. Banyak dari mereka mengeluh tak sanggup lagi menjalani kehidupan dengan penuh kesengsaraan tanpa air.

Dengan keadaan seperti ini, maka pada suatu hari nabi Musa mengajak umatnya untuk solat istisqa, berharap agar Allah menurunkan hujan kepada mereka. Solat istisqa pun dilaksanakan oleh Nabi Musa dan ummatnya. Beliau mengajak umatnya yang berjumlah 70000 ribu melakukan solat ditengah padang pasir yang luas.

Setelah melaksanakan solat istisqa, Allah kemudian menurunkan wahyu kepada nabi Musa, Allah berfirman, “Wahai Musa! Bagaimana aku akan mengabulkan doa mereka (ummat nabi Musa)? Sedangkan doa-doa mereka tertutupi hijab kerana dosa-dosa mereka. Hati mereka amatlah buruk. Mereka merengek tanpa dibalut keyakinan bahawa aku akan mengijabah doa mereka. Mereka tak yakin bahawa aku lah sang pengijabah doa. Dan mereka merasa aman dari murka ku. Pergilah wahai Musa! Pergi temui salah satu hamba-Ku yang bernama Barkh. Pintalah ia agar memintaku untuk menurunkan hujan sampai aku menurunkannya.”

Ketika Musa bertanya tentang Barkh al-Aswad, ia tidak diberi tahu secara langsung. Ia bertanya-tanya kesana-kemaripun tak kunjung beliau menemukannya. Sampai pada suatu hari, ketika nabi Musa berada di sebuah jalan di suatu kota dan setelah pencarian yang cukup lama, ia melihat seseorang berkulit hitam, berparas sederhana dan tampak di dahinya bercampur debu. Dengan petunjuk cahaya Allah yang diberikan kepada nabi Musa, nabi Musa pun akhirnya mengetahui bahawa sosok yang ia cari selama ini ada di hadapannya.

Dengan segera ia menghampiri dan memberi salam ke tubuh yang bernama Barkh tersebut.

“Siapa nama kamu?” tanya nabi Musa setelah mengucapkan salam kepadanya.

“Nama saya Barkh,” jawab orang tersebut. Lantas nabi Musa berkata, “Ternyata benar! kamu adalah orang yang saya cari selama ini. Aku diperintah Allah untuk menemuimu. Aku diperintah agar aku meminta mu untuk berdoa kepada-Nya agar Allah menurunkan  hujan kepada kami dikemarau panjang ini.”

Tanpa berfikir panjang, Barkh pun menadahkan tangan dan berdoa dengan seraya berkata, “Wahai Allah Tuhanku, apakah kemarau panjang ini adalah perbuatanmu? Apakah kemarau panjang ini kerana ketidaksabaran-Mu? Apa yang membuat sumber-sumber air-Mu habis? Ataukah angin sudah tidak lagi taat kepada-Mu? Ataukah Engkau kebabisan sesuatu? Ataukah Engkau sangat murka kepada para pendosa? Bukankah Engkau Maha Pengampun sebelum Engkau menciptakan orang-orang yang berbuat salah? Engkau menciptakan rahmat (kasih sayang) dan Engkau memerintahkan untuk menyayangi? Ataukah Engkau menunjukkan

kepada kami bahawa Engkau tercegah dan tertolak? Ataukah Engkau takut kehilangan sesuatu sehingga Engkau mempercepat siksaan?”.

Saat Barkh terus berkata-kata dengan nada yang sedikit menekan dan belum berhenti dari munajatnya, hujan deras pun turun membasahi Nabi Musa dan bani Israil. Dalam waktu setengah hari, Allah kembali menumbuhkan rumput-rumput dan pepohonan.

Setelah bermunajat, Barkh pulang ke rumahnya, sedangkan Nabi Musa mendatanginya. Barkh pun berkata, “Bagaimana menurutmu ejekan dan cemuhku saat aku bermunajat kepada-Nya, sedang ia membenarkan dan mengabulkan munajatku dengan menurunkan hujan?”

Nabi Musa marah besar, amarah itu membuat nabi Musa hendak memukul Barkh. Saat akan memukul Barkh Allah berfirman, “Wahai Musa! Jangan kau lakukan perbuatan itu. Sesungguhnya Barkh membuatku tertawa tiga kali dalam sehari.”

 

 

Takhrij

 

AR. al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin 4/331.

 

Juga terdapat dalam kitab Syiah Jami' as-Saadat 3/154, Ittihafus Sadatil Muttaqin Bisyarhi Ihyai Uluumiddin 9/640, Minanul Kubra, dan Musakkinul Fuad).

 

tak sahih.

 

 

Mengenai kitab Ihya Ulumudiin, para ulama ramai mengkritik kitab tersebut:

 

Imam az-Zahabi rahimahullah berkata, “Adapun kitab Ihya’ Ulumuddin, di dalamnya terdapat sejumlah (besar) hadith-hadith yang batil (palsu)” [Siyar A’lam an-Nubala 19/339].

 

Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “…Akan tetapi, dalam kitab ini (Ihya’ Ulumuddin) banyak terdapat hadith-hadith yang asing, mungkar dan palsu” [al-Bidayah wan Nihayah 12/214)]

 

 

Rujukan

 

https://bimbinganislam.com/kisah-yang-membuat-allah-tertawa-3x-dalam-sehari-shahih-atau-palsu/

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...