Friday, 29 November 2024

Hadith tidak mempedulikan hak jiran

 

Matan hadith

 

كمْ منْ جارٍ مُتعلِّقٌ بجارِهِ يومَ القيامةِ، يقولُ: يا ربِّ هذا أَغْلقَ بابَهُ دُونِي، فمَنَعَ معروفَهُ

 

Terjemahan

 

Rasulullah saw bersabda: Betapa banyak seorang tetangga yang akan menuntut tetangganya pada hari kiamat seraya berkata: "Ya Tuhan, orang ini telah menutup pintunya kepadaku. Dan mencegah kebaikannya kepadaku"

 

Takhrij

 

HR. Hannad dalam al-Zuhd 2/508, Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 111, Ibnu Abi Duniya dalam Makarim Akhlak no. 346, at-Thabari dalam Tahdzibul Atsar 1/108, Qawamus Sunnah dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/484, Al-Husain bin Harb dalam Al-Birr wa ash-Shilah hal. 128, daripada Ibnu Umar ra.

 

as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 6497 menilai hadith ini sahih

 

Syeikh al-Albani dalam Sahih Adabul Mufrad no. 81 dan Silsilah Hadith Sahih no. 2646 menilai hadith ini hasan

 

Syarah

 

Hadith ini menekankan betapa pentingnya peranan hidup berjiran. Maksud 'dia tidak mahu memberi miliknya kepadaku' adalah jiran yang tidak berbuat baik, tidakmahu membantu/ pedulikan jirannya, tidak memerhatikan  tanggungjawab berjiran serta sesama muslim seperti memberikan hak tetangga dan saling mengingatkan ke arah ketaatan (Kitabul Jami', penjelasan hadith-hadith adab dan akhlak oleh Dr. Firanda Andirja)

 

Rujukan

 

https://hadiith.com/%D9%83%D9%85-%D9%85%D9%86-%D8%AC%D8%A7%D8%B1-%D9%85%D8%AA%D8%B9%D9%84%D9%82-%D8%A8%D8%AC%D8%A7%D8%B1%D9%87/

 

https://www.islamink.com/2021/10/blog-post_24.html

 

https://kuncikebaikan.com/anjuran-memperhatikan-tetangga-bagian-2/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...