Matan kisah
حكى
أن عيسى صلى الله عليه وسلم فى سياحته فنظر الى جبل عال فقصده
فإذا بصخرة
فى ذروته أشد بياضامن اللبن فصاريمشى حولها ويتعجب من حسنها
فأوحى الله إليه،ياعيسى أتحب أن أبين لك أعجب مماترى؟ قال نعم يارب فانفلقت الصخرة
عن شيخ عليه مدرعة من الشعر ويده عكاز أخضر وبين عينيه عنب وهو قائم يصلى.فتعجب عيسى
صلى الله عليه وسلم من ذلك فقال ياشيخ ماهذا الذى أرى ؟ هذا رزقى كل يوم، فقال منذكم
تعبد الله فى هذاالحجر؟ أربعمائة سنة،فقال
عيسى صلى عليه وسلم : إلهى وسيدى ما أقول إنك خلقت خلقا أفضل من هذا فأوحى الله إليه
إن رجلا من أمة محمد صلى الله عليه أدرك شهر شعبان وصلى ليلة النصف منه أفضل عندى من عبادة هذا الأربعمائة
سنة،فقال عيسى صلى الله عليه وسلم : ياليتنى كنت من أمة محمد صلى عليه وسلم.
Terjemahan
Sesungguhnya Nabi Isa saw dalam
pengembara'anya melihat sebuah Gunung
yang tinggi lalu Nabi Isa saw menghendaki ke sana, ketika ia menghendaki begitu
tiba tiba ia bertemu batu besar yang puncak lebih putih di bandingkan putihya
air susu, lalu dia berjalan di sekitar batu itu dan dia takjub dengan indahnya
batu itu. Kemudian Allah swt memberikan
wahyu kepadanya: Wahai 'Isa Apakah kau senang bila aku perlihat kan yang lebih
menakjubkan dari apa yang telah kamu lihat ?? Nab Isa saw Berkata : Ya Tuhanku.
Lalu batu besar itu terbelah di dalamnya tinggal orang tua memakai jubah dari
rambut dan di tangan nya ada tongkat warna hijau dan di antara kedua matanya
ada buah anggur dia berdiri dalam keadaan sedang solat . maka Nabi Isa takjub
dari pada apa yang ia lihat . Lantas ia bertanya : Wahai Orang tua , apakah
ini yang aku lihat . Ini rezekiku setiap
hari , lalu Nabi Isa bertanya : Sejak
bilakah kau beribadah di dalam batu ini ? mulai empat ratus tahun silam.
Kemudian Isa berkata : Wahai Tuhanku,
Aku tidak berkata : Sesungguhnya engkau ciptakan mahluk yang lebih utama dari pada orang tua ini. Kemudian
Allah swt memberikan wahyu pada Isa:
Sesungguhnya orang lelaki dari Umat Muhammad saw yang menjumpai bulan syaaban dan mengerjakan solat pada malam nisfu syaaban
itu lebih utama di sisiku dari pada ibadah 400 tahun ini. Kemudian Nabi Isa berkata : Aku senang andaikan aku termasuk umat
Muhammad saw.
Takhrij
Kisah ini jelas tidak sahih.
Kisah ini dinukilkan oleh Syeikh Ahmad Syihabuddin bin Salamah al-Qalyubi dalam
An-Nawadir hal. 9-10, tanpa sanad dan pengarang memulakan dengan perkataan dihikayatkan/diceritakan,
jelas menunjukkan ianya tidak sahih.
Selain kisah Nabi Isa ini
terdapat juga kisah yang diriwayatkan mengatakan Nabi Musa juga ingin menjadi
umat Nabi saw, walaubagaimanapun kisah ini juga tidak sahih (Fatwa Soaljawab
Islam no. 258493)
Lebih jelas tidak sahih lagi,
kerana para ulama telah menegaskan tentang tidak adanya sebarang riwayat yang
sahih mengenai kelebihan nisfu syaaban:
Imam Abu Syamah Asy-Syafi’i
(wafat 665 H) dalam kitabnya “Al-Ba’its
“ala Inkar Al-Bida’ ” menukil perkataan Imam Ibnu Dihyah, “Para ulama
hadith menyatakan, “Tidak terdapat satupun hadith sahih yang menyebutkan
keutamaan malam nisfu Sya’ban. Maka berhati-hatilah wahai hamba-hamba Allah
dari penipu yang meriwayatkan hadith untuk kalian dalam kebaikan. Menggunakan
kebaikan hendaklah dengan cara yang disyariatkan dari Rasul. Apabila benar dia
menipu berarti tidak disyariatkan, dan penggunanya termasuk membantu syaitan kerana
dia mengunakan hadith atas Nabi dalam membuat suatu hukum syariat yang tidak
diturunkan oleh Allah. (Al-Ba’its ’Ala Inkar Al-Bida’ hal. 118).
Imam Ibnu Katsir (wafat 774 H)
berkata, “Barangsiapa yang mengatakan baahwa malam yang diberkahi itu adalah
malam nisfu Syaaban, maka sungguh jauh dari kebenaran. Kerana, nas Al-Qur’an
menunjukkan bahawa malam yang diberkahi itu adalah dalam bulan Ramadhan.”
(Tafsir Ibnu Katsir 7/158).
Syeikh Hasan Ayyub berkata:
“Tidak ada hadith sahih mengenai puasa nisfu Syaaban. Adapun kebiasaan yang
dilakukan oleh orang-orang pada malam nisfu Sya’ban dengan berkumpul di
masjid-masjid dan doa dengan doa khusus, semua itu bidaah yang tidak ada
asalnya dalam agama Allah ta’ala.” (Fiqh Al-Ibadat bi Adillatiha, Hasan Ayyub
hal. 421).
Hal yang sama juga dikatakan oleh
Syaikh Sayyid Sabiq (wafat 1420 H) dalam kitabnya “Fiqh As-Sunnah”. Beliau
berkata, “Mengkhususkan puasa pada hari
nisfu Syaaban dengan menyangka bahawa hari-hari tersebut memiliki keutamaan
dari pada hari lainnya, tidak memiliki dalil yang sahih.” (Fiqh As-Sunnah 1/416).
No comments:
Post a Comment