Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
rahimahullah berkata,
وهذا كذلك معلوم كذبه بالاضطرار عند من له معرفة بالنقل فإن
الشافعي لما قدم بغداد لم يكن ببغداد قبر ينتاب للدعاء عنده البتة بل ولم يكن هذا على
عهد الشافعي معروفا وقد رأى الشافعي بالحجاز واليمن والشام والعراق ومصر من قبور الأنبياء
والصحابة والتابعين من كان أصحابها عنده وعند المسلمين، أفضل من أبي حنيفة وأمثاله
من العلماء. فما باله لم يتوخ الدعاء إلا عنده
“Dan hal ini juga telah diketahui
secara pasti sebagai kedustaan di sisi orang yang mengetahui ilmu keabsahan
riwayat, kerana sesungguhnya Asy-Syafii sendiri ketika beliau berada di
Baghdad, tidak dijumpai satupun kuburan yang dikeramatkan sebagai sarana untuk
berdoa, bahkan ini tidak pernah ada di masa beliau. Padahal Asy-Syafii telah
melihat kuburannya para Nabi, para shahabat, para tabiin yang ada di Hijaz,
Yaman, Syam, Irak yang jelas-jelas mereka itu kedudukannya jauh lebih utama
dari Abu Hanifah dan para ulama yang selevel dengannya. Maka bagaimana mungkin
Asy-Syafii secara khusus mendatangi kuburan Abu Hanifah untuk berdoa?" (Iqtidha’
Ash-Shirathil Mustaqim 2/692)
Al-'Allamah Ibnul Qayyim
rahimahullah berkata,
والحكاية المنقولة عن الشافعي أنه كان يقصد الدعاء عند قبر
أبي حنيفة من الكذب الظاهر
"Dan hikayat yang dinukilkan
konon dari Asy-Syafii bahawa beliau bersengaja doa di sisi kuburan Abu Hanifah
adalah dusta yang terang." ( Ighatsatul Lahafan 1/246)
Al-'Allamah Al-Mu'allimi
rahimahullah berkata,
"Siapa sosok Umar bin Ishaq
bin Ibrahim perawi hikayat ini? Siapa gurunya? Apakah keduanya rawi yang
terpercaya di sisi Al-Khathib Al-Baghdadi sebagaimana yang diklaim
Al-Kautsari?"(At-Tankil 1/60)
Al-'Allamah Al-Albani
rahimahullah berkata,
"Riwayat Al-Imam Asy-Syafii
tabarruk di kuburan Abu Hanifah adalah riwayat yang dha'ifah (lemah) bahkan
batil. Karena Umar bin Ishaq bin Ibrahim rawi yang tidak dikenal, tidak pula
disebutkan namanya dalam kutubur rijal (kitab identitas para perawi)." (Silsilah
Hadith Dhaif 1/31)
Berdasarkan keterangan para ulama
di atas serta para ulama yang lain, bahwa riwayat yang menyebutkan Al-Imam
Asy-Syafii ngalap berkah di kuburan Abu Hanifah TIDAK TEPAT.
Ini hanya daur ulang syubhat
(kerancuan) yang dilakukan oleh kalangan yang ghuluw (berlebih-lebihan) kepada
kuburan orang saleh di samping ghairah menjaja stigma wahabi.
Lalu bagaimana sebetulnya madzhab
Al-Imam Asy-Syafii rahimahullah terkait masalah ini?
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah
berkata,
فيه تصريح بالنهي عن الصلاة إلى القبر قال الشافعي رحمه الله
وأكره أن يعظم مخلوق حتى يجعل قبره مسجدا مخافة الفتنة عليه وعلى من بعده من الناس
"Hadith ini terkandung di
dalamnya larangan yang tegas solat menghadap kuburan. Al-Imam Asy-Syafii
rahimahullah berkata, "Dan aku membenci bila ada individu yang diagungkan
sampai-sampai kuburannya dijadikan sebagai tempat ibadah kerana mengkhuwatirkan
fitnah atasnya dan fitnah orang-orang yang datang setelahnya." (Syarah
Shahih Muslim 7/38)
No comments:
Post a Comment