Dalam beberapa buku sejarah
disebutkan bahawa TSUWAIBAH dimerdekakan oleh ABU LAHAB kerana sebab Tsuwaibah
telah menyampaikan khabar gembira kepadanya atas kelahiran Rasulullah ﷺ.
Dalam masalah ini perlu diberi
pencerahan:
Syaikh Abdullah At Tuwaijiri
hafidzahullah berkata:
“Tsuwaibah adalah hamba wanita
milik Abu Lahab. Ia seorang wanita yang pertama kali menyusui Nabi ﷺ. Kerana
itulah beliau sering mengunjunginya ketika masih di Makkah.
Khadijah isteri Nabi ﷺ juga amat
menghormatinya. Ketika masih menjadi hamba, Khadijah radhiyallahu anha pernah
meminta Abu Lahab untuk menjualnya untuk dimerdekakan. Akan tetapi bapa saudara
nabi itu menolak. Ia baru DIMERDEKAKAN oleh Abu Lahab pada waktu Rasulullah ﷺ
HIJRAH ke Madinah (inilah riwayat yang sahih).
Pada saat itulah Rasulullah ﷺ
mengirimkan pemberian dan pakaian kepadanya. Hanya saja keislaman dirinya masih
diperselisihkan. Ia wafat tahun 7 Hijriyah.” [Al Bida’ Al Hauliyyah, hal. 165,
juga dari Thabaqat Ibnu Sa’ad 1/108, Al Ishabah 4/250 no biografi: 213]
Ada riwayat yang dijadikan hujah
oleh orang-orang yang merayakan Maulid Nabi, khususnya dari kalangan Sufiyah
(orang orang Tasawwuf), bahawa di antara kerabat Abu Lahab ada yang bermimpi
melihat Abu Lahab. Lalu ditanyakan kepadanya: “Bagaimana keadaanmu?” Abu lahab
menjawab: “Aku di Neraka. Namun setiap malam Isnin siksaanku dikurangi. Aku
menghisap air (diberi minum) kira-kira sebanyak ini di antara jari jemariku.”
Dia memberikan isyarat ke hujung jari-jarinya. Hal itu disebabkan aku telah
memerdekakan Tsuwaibah.” [Al Haawi 1/196]
Riwayat itu bersumber dari atsar
yang disebutkan oleh Imam Bukhari rahimahullah setelah menyampaikan Hadith
tentang Persusuan.
Imam Bukhari rahimahullah
berkata:
قَالَ عُرْوَةُ وثُوَيْبَةُ مَوْلَاةٌ لِأَبِي لَهَبٍ كَانَ
أَبُو لَهَبٍ أَعْتَقَهَا فَأَرْضَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَلَمَّا مَاتَ أَبُو لَهَبٍ أُرِيَهُ بَعْضُ أَهْلِهِ بِشَرِّ حِيبَةٍ قَالَ لَهُ
مَاذَا لَقِيتَ قَالَ أَبُو لَهَبٍ لَمْ أَلْقَ بَعْدَكُمْ غَيْرَ أَنِّي سُقِيتُ فِي
هَذِهِ بِعَتَاقَتِي ثُوَيْبَةَ
“Urwah berkata: Tsuwaibah adalah
bekas hamba Abu Lahab. Waktu itu Abu Lahab membebaskannya, lalu Tsuwaibah pun
menyusui Nabi ﷺ. Dan ketika Abu Lahab meninggal, ia pun diperlihatkan kepada
sebahagian keluarganya di alam mimpi dengan keadaan yang memperihatinkan. Sang
kerabat berkata padanya: “Apa yang telah kamu dapatkan?” Abu Lahab berkata:
”Setelah kalian, aku belum pernah mendapati sesuatu nikmat pun, kecuali aku
diberi minum lantaran memerdekakan Tsuwaibah.” [HR. Bukhari no. 5101]
Atas dasar riwayat di atas mereka
mengatakan, kalau Abu Lahab yang kafir saja diringankan siksanya di Neraka,
kerana bergembira pada malam lahirnya Nabi ﷺ. Maka apalagi seorang Muslim yang
mencintai dan bergembira di malam kelahirannya. Dan di antara bentuk
menampakkan kegembiraan itu adalah dengan merayakannya hari kelahiran Nabi ﷺ.
Inilah syubhat para pelaku amalan merayakan Maulid Nabi ﷺ.
Syubhat ini dibantah dengan
beberapa bantahan, di antaranya:
1. Hadith di atas adalah Mursal
(terputus sanadnya). Hadith ini di nukil secara Mursal oleh ‘Urwah tanpa
menyebutkan siapa yang menceritakan riwayat itu kepadanya. Hal ini menunjukan
bahawa ia bukanlah ucapan Nabi ﷺ, dan bukan pula ucapan sahabat radhiyallahu
anhum.
2. Kalaupun statusnya Muttashil
(bersambung sanadnya), kandungan hadith itu hanya menunjukan MIMPI yang tidak
boleh dijadikan HUJJAH atau DALIL. Sebab boleh jadi orang yang yang mengalami
mimpi tersebut belum masuk Islam, sehingga dengan sendirinya hadith itu tidak
boleh dijadikan hujah [Fathul Bari 9/145]
Dalam hadith ‘Urwah yang Mursal
tadi dijelaskan, bahawa Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah sebelum menyusui Nabi ﷺ.
Sedangkan dalam hadith yang dituturkan oleh Ibnu Jauzi disebutkan bahawa Abu
Lahab memerdekakkan Tsuwaibah ketika menyampaikan khabar gembira tentang
kelahiran Nabi ﷺ.
No comments:
Post a Comment