Monday, 12 November 2018

Suara seksa kubur, benarkah boleh didengari manusia?







Selain daripada manusia, makhluk lain masih dapat mendengar suara jenazah. Ini ditunjukkan di dalam hadis:


عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” إِذَا وُضِعَتِ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ : قَدِّمُونِي ، وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ لِأَهْلِهَا : يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا , يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ ، إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَ الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ


Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘ahu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila jenazah diangkat, dan orang ramai mengangkatnya di atas bahu mereka. Seandainya jenazah itu baik, jenazah itu akan berkata: Segerakan aku. Seandainya ia jenazah yang tidak baik, jenazah itu akan berkata kepada keluarganya: Celaka lah. Ke mana mereka mahu pergi dengannya. Setiap makhluk akan mendengar suara ini kecuali manusia. Jika manusia mendengar, nescaya mereka akan terkejut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1238]


Akan tetapi, untuk azab kubur. Hanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang dapat mendengar. Hatta jin pun tidak mampu mendengarnya.


Dalilnya:


عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ ، قَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَلَمْ أَشْهَدْهُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ حَدَّثَنِيهِ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ ، قَالَ : بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ لِبَنِي النَّجَّارِ عَلَى بَغْلَةٍ لَهُ ، وَنَحْنُ مَعَهُ إِذْ حَادَتْ بِهِ ، فَكَادَتْ تُلْقِيهِ وَإِذَا أَقْبُرٌ سِتَّةٌ أَوْ خَمْسَةٌ أَوْ أَرْبَعَةٌ ، قَالَ : كَذَا كَانَ ، يَقُولُ : الْجُرَيْرِيُّ ، فَقَالَ : ” مَنْ يَعْرِفُ أَصْحَابَ هَذِهِ الْأَقْبُرِ ؟ ” ، فَقَالَ رَجُلٌ : أَنَا قَالَ : فَمَتَى مَاتَ هَؤُلَاءِ ؟ ، قَالَ : مَاتُوا فِي الْإِشْرَاكِ ؟ ، فَقَالَ : ” إِنَّ هَذِهِ الْأُمَّةَ تُبْتَلَى فِي قُبُورِهَا ، فَلَوْلَا أَنْ لَا تَدَافَنُوا لَدَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الَّذِي أَسْمَعُ مِنْهُ ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ ، فَقَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ، فَقَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، قَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، قَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ


Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama kami menuju ke perkampungan Bani an-Najjar dengan menunggang keldainya. Tiba-tiba keldainya ketakutan hingga hampir-hampir menjatuhkan baginda. Lalu baginda ternampak lebih kurang empat, atau lima, atau enam buah kubur. Baginda pun bertanya: Siapa yang tahu tentang penghuni kubur-kubur ini? Seorang sahabat berkata: Aku. Baginda bertanya: Bilakah mereka ini mati? Dia menjawab: Mereka mati dalam keadaan musyrik. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya mereka ini sedang diuji di dalam kubur. Jikalah tidak kerana takut kalian tidak akan lagi mengebumikan jenazah (kerana terdengar suara azab kubur), nescaya aku akan meminta kepada Allah untuk memperdengarkan kepada kalian bunyi azab kubur yang aku dengar. Kemudian baginda menghadap kami dan berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada azab neraka. Para sahabat pun berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada azab neraka. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada azab kubur. Para sahabat pun berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada fitnah yang kelihatan dan tersembunyi. Para sahabat berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah yang kelihatan dan tersembunyi. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada fitnah ad-Dajjal. Para sahabat berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah ad-Dajjal. [Sahih Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 5116]


Dalam hadis Al-Bara’ bin ‘Azib:


ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَصَمُّ أَبْكَمُ فِي يَدِهِ مِرْزَبَةٌ ، لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ كَانَ تُرَابًا ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً حَتَّى يَصِيرَ تُرَابًا ، ثُمَّ يُعِيدُهُ اللَّهُ كَمَا كَانَ ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً أُخْرَى ، فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهُ كُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ الثَّقَلَيْنِ.


Kemudian seseorang yang buta, pekak dan bisu yang memegang pemukul datang untuk menghancurkan jenazah itu. Seandainya dia memukul bukit dengan pemukul itu, bukit itu akan menjadi debu. Lalu dia memukul jenazah tadi hingga ia menjadi debu. Kemudian Allah mengembalikan jenazah itu kepada keadaan sebelumnya, lalu orang itu memukulnya dengan pukulan yang lain, lalu jenazah itu menjerit dengan jeritan yang didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqhalani berkata:

والأول استثنى فيه الإنس فقط والثاني استثنى فيه الجن والأنس والجواب أن كلام الميت بما ذكر لا يقتضي وجود الصعق وهو الفزع الا من الآدمي لكونه لم يالف سماع كلام الميت بخلاف الجن في ذلك وأما الصيحة التي يصيحها المضروب فإنها غير مألوفه للإنس والجن جميعا لكون سببها عذاب الله ولا شيء أشد منه على كل مكلف فاشترك فيه الجن والإنس والله أعلم

Untuk hadis yang pertama (iaitu hadis jenazah diangkat orang ramai) dikecualikan manusia sahaja (daripada mendengar suara jenazah). 

Manakala yang kedua (iaitu hadis Al-Bara’ bin Azib) dikecualikan jin dan manusia (daripada mendengar bunyi azab kubur). Ini kerana suara yang pertama itu tidak wujudnya jeritan yang menakutkan kecuali kepada kepada manusia kerana manusia tidak biasa mendengar suara mayat, tidak seperti jin. 

Adapun suara jeritan daripada mayat yang dipukul, sesungguhnya ia TIDAK BIASA DIDENGARI OLEH JIN DAN MANUSIA KESEMUANYA kerana ia merupakan azab Allah dan tiada sesuatu yang lebih dahsyat daripada itu kepada semua mukallaf. Maka jin dan manusia manusia sama-sama (tidak boleh mendengar jeritan itu). Wallahua’lam.[2]

Apakah hikmah manusia tidak dapat mendengar suara azab kubur. Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:


Pertama:

ما أشار إليه النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بقوله : « لولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر » .

Apa yang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam isyaratkan (Jika tidak kerana takut kalian tidak akan mengebumikan jenazah…) [Bermaksud ditakuti manusia enggan mengebumikan jenazah kerana takut selepas mendengar bunyi azab kubur]

Kedua:

أن في إخفاء ذلك سترًا للميت .

Untuk menutup keaiban si mati

Ketiga:

أن فيه عدم إزعاج لأهله ؛ لأن أهله إذا سمعوا ميتهم يعذب ويصيح ؛ لم يستقر لهم قرار .

Untuk mengelakkan gangguan emosi kepada ahli keluarganya. Ini kerana jika ahli keluarga mendengar mayat keluarganya diazab dan menjerit, mereka tidak akan dapat hidup dengan tenang.

Keempat:

عدم تخجيل أهله ؛ لأن الناس يقولون : هذا ولدكم ! هذا أبوكم ! هذا أخوكم ! وما أشبه ذلك .

Untuk tidak memalukan ahli keluarganya. Ini kerana manusia akan berkata: Ini ayah engkau! Ini anak engkau! Ini saudara engkau! Dan seumpamanya.

Kelima:

أننا قد نهلك ؛ لأنها صيحة ليست هينة ، بل صيحة قد توجب أن تسقط القلوب من معاليقها ، فيموت الإنسان أو يغشى عليه .

Sesungguhnya kita semua akan musnah (jika mendengarnya). Ini kerana ia bukan satu suara ringan. Bahkan ia jeritan yang akan boleh menggugurkan jantung, dan manusia boleh mati atau pengsan kerananya.

Keenam:

لو سمع الناس صراخ هؤلاء المعذبين ؛ لكان الإيمان بعذاب القبر من باب الإيمان بالشهادة ، لا من باب الإيمان بالغيب ، وحينئذ تفوت مصلحة الامتحان ؛ لأن الناس سوف يؤمنون بما شاهدوه قطعا ؛ لكن إذا كان غائبا عنهم ، ولم يعلموا به إلا عن طريق الخبر ؛ صار من باب الإيمان بالغيب .

Seandainya manusia mendengar raungan mayat yang diazab, maka iman kepada azab kubur temasuk dalam beriman dengan perkara yang dapat dilihat, dan bukan beriman dengan perkara ghaib. Ini akan menyebabkan luputnya objektif ujian (beriman dengan benda ghaib) kerana manusia pasti akan beriman dengan apa yang mereka saksikan. Akan tetapi jika itu perkara ghaib dan mereka tidak dapat memahami melainkan dengan cara wahyu, maka itu termasuk bab beriman dengan perkara ghaib.[3]

Pandangan manusia tidak boleh mendengar azab kubur juga turut dikeluarkan oleh Mufti Negeri Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau menjelaskan suara berikut menurutnya adalah berkemungkinan angkara iblis dan syaitan mengganggu anak-anak Adam dan tujuannya tiada syak lagi mahu menakut-nakutkan manusia. Beliau juga menyarankan agar umat islam kembali kepada landasan dan kaedah yang BETUL dalam Islam apabila menyebarkan sesuatu berita. “Sekiranya mahu mengaitkan suara itu dengan seksa kubur, memang wujud, namun taraf nabi sahaja yang boleh mendengarnya dan setara mana sekalipun kekuatan orang biasa, tidak akan boleh hingga dapat mendengar jeritan seksaan kubur,” katanya.[4] 

Pandangan ini ternyata jelas disokong oleh hadits-hadist sahih seperti yang saya nyatakan di atas. dan al-Quran , Surah Hujurat ayat 6 di mana Alah menyuruh kita menyelidik dulu sebarang berita yang disampaikan sebelum menerimanya.


Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa’ ayat 36)


Allah telah terdahulu memberikan kita ‘SOP’ kepada berita-berita yang tidak dapat ditentukan kebenarannya dengan ayat ini:-

Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya ( Al-An’aam 67)


Dan ternyata kebanyakan foto, video dan suara azab kubur yang telah muncul seawall tahun 1990 an hingga sekarang hampir 100% terbukti suatu pembohongan [5]. 

Ya walaupun kewujudan azab kubur itu benar dan tsabit dari dalil, TETAPI perlukah ia disokong dengan foto, video, suara yang ternyata palsu dan tidak dipastikan kebenarannya, sedangkan telah jelas dalam hadits sahih manusia tidak akan mampu untuk menanggung suara dan ngerinya azab kubur sehingga boleh pengsan dan musnah. Tetapi mengapakah sampai sekarang manusia yang mengaku mendengar dan melihat azab kubur tersebut masih utuh dan hidup?. 

Cernakanlah isu ini dengan ketinggian minda untuk berfikir berlandaskan dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan hadits nabi.

Sekian.



  



Rujukan


[1] Syarah al-Sayuti Li Sunan an-Nasaie, jilid 4, m/s 101
[2] Fathul Bari, jilid 3, m/s 185
[3] Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Uthaimin, jilid 8, m/s 482-483
[4] http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/bukan-suara-seksa-kubur-1.655503
[5] http://adilrahmatzz.blogspot.com/2011/06/hoax-kumpulan.html

Semakan status hadith kedahsyatan neraka



Hadith:-


روى يزيد الرقاشي عن أنس بن مالك قال: جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم في ساعةٍ ما كان يأتيه فيها متغيّر اللون، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: (( مالي أراك متغير اللون) فقال: يا محمد جئتُكَ في الساعة التي أمر الله بمنافخ النار أن تنفخ فيها، ولا ينبغي لمن يعلم أن جهنم حق، و أن النار حق، وأن عذاب القبر حق، وأن عذاب الله أكبر أنْ تقرّ عينه حتى يأمنها.
فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((يا جبريل صِف لي جهنم )
قال: نعم، إن الله تعالى لمّا خلق جهنم أوقد عليها ألف سنة فاحْمَرّت، ثم أوقد عليها ألف سنة فابْيَضّت، ثم أوقد عليها ألف سنة فاسْوَدّت، فهي سوداء مُظلمة لا ينطفئ لهبها ولا جمرها .
والذي بعثك بالحق، لو أن خُرْم إبرة فُتِحَ منها لاحترق أهل الدنيا عن آخرهم من حرّها ..
والذي بعثك بالحق، لو أن ثوباً من أثواب أهل النار عَلِقَ بين السماء و الأرض، لمات جميع أهل الأرض من نَتَنِهَا و حرّها عن آخرهم لما يجدون من حرها ..
والذي بعثك بالحق نبياً ، لو أن ذراعاً من السلسلة التي ذكرها الله تعالى في كتابه وُضِع على جبلٍ لَذابَ حتى يبلُغ الأرض السابعة ..
والذي بعثك بالحق نبياً ، لو أنّ رجلاً بالمغرب يُعَذّب لاحترق الذي بالمشرق من شدة عذابها ..
حرّها شديد ، و قعرها بعيد ، و حليها حديد ، و شرابها الحميم و الصديد ، و ثيابها مقطعات النيران ، لها سبعة أبواب، لكل باب منهم جزءٌ مقسومٌ من الرجال والنساء ..
فقال صلى الله عليه وسلم: (( أهي كأبوابنا هذه ؟)
قال: لا ، ولكنها مفتوحة، بعضها أسفل من بعض، من باب إلى باب مسيرة سبعين سنة، كل باب منها أشد حراً من الذي يليه سبعين ضعفاً ، يُساق أعداء الله إليها فإذا انتهوا إلى بابها استقبلتهم الزبانية بالأغلال و السلاسل، فتسلك السلسلة في فمه وتخرج من دُبُرِه ، وتُغَلّ يده اليسرى إلى عنقه، وتُدخَل يده اليمنى في فؤاده، وتُنزَع من بين كتفيه ، وتُشدّ بالسلاسل، ويُقرّن كل آدمي مع شيطان في سلسلة ، ويُسحَبُ على وجهه ، وتضربه الملائكة بمقامع من حديد، كلما أرادوا أن يخرجوا منها من غم أُعيدوا فيها .
فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (( مَنْ سكّان هذه الأبواب ؟!)
فقال: أما الباب الأسفل ففيه المنافقون، ومَن كفر مِن أصحاب المائدة، وآل فرعون ، و اسمها الهاوية ..
و الباب الثاني فيه المشركون و اسمه الجحيم ..
و الباب الثالث فيه الصابئون و اسمه سَقَر ..
و الباب الرابع فيه ابليس و من تَبِعَهُ ، و المجوس ، و اسمه لَظَى ..
و الباب الخامس فيه اليهود و اسمه الحُطَمَة ..
و الباب السادس فيه النصارى و اسمه العزيز ، ثم أمسكَ جبريلُ حياءً من رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال له عليه السلام: ((ألا تخبرني من سكان الباب السابع ؟)
فقال: فيه أهل الكبائر من أمتك الذين ماتوا و لم يتوبوا . فخَرّ النبي صلى الله عليه وسلم مغشيّاً عليه، فوضع جبريل رأسه على حِجْرِه حتى أفاق، فلما أفاق قال عليه الصلاة و السلام: (( يا جبريل عَظُمَتْ مصيبتي ، و اشتدّ حزني ، أَوَ يدخل أحدٌ من أمتي النار ؟؟؟
قال: نعم ، أهل الكبائر من أمتك . .
ثم بكى رسول الله صلى الله عليه وسلم، و بكى جبريل ..
و دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم منزله و احتجب عن الناس ، فكان لا يخرج إلا إلى الصلاة يصلي و يدخل و لا يكلم أحداً، يأخذ في الصلاة يبكي و يتضرّع إلى الله تعالى .

Terjemahan:


Yazid Ar raqqasyi dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu berkata: Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam : “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka- suka sebelum ia merasa aman daripadanya”.
Lalu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam”. Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan- potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antar pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain”.
Dikatakan dalam Hadith Qudsi: ‘Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zaqqum. Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat’.
‘Api yang ada sekarang ini, yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam’ (HR. Bukhari-Muslim). “Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya”. (QS. Al-Furqan: 11). “Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah”. (QS. Al-Mulk: 7). Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas). (Lihat QS. Al-Waqi’ah: 41-44).
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut. “Pintu pertama dinamakan Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir. Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin. Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api. Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya. Pintu kelima dinamakan Huthomah (artinya: menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi. Pintu ke 6 dinamakan Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.
Rasulullah bertanya: “Bagaimana dengan pintu ke 7.?” Sejenak Malaikat Jibril terdiam kerana ragu untuk menyampaikan siapa yang akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan, “Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yang berdosa besar dan meninggal sebelum mereka mengucapkan kata taubat”.
Mendengar penjelasan yang mengejutkan itu, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pun jatuh pengsan, Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah shallallahu alaihi wasallam di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.”
Nabi Muhammad lalu menangis, Jibrail pun ikut menangis. Kemudian nabi shallallahu alaihi wasallam langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Kerana tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya: “Mengapa beliau begitu berduka?” Namun beliau tidak menjawab.





Takhrij:-


Kitab yang meriwayatkan hadith ini:-

Imam Al-Munziri di dalam kitabnya Al-Taghib wa Al-Tarhib (4/226).
Imam Ibnu Hajar Al-Haithami di dalam kitabnya Majma’ al-Zawaid (10/387).
Abu al-Layth al-Samarqandi di dalam Tanbihul Ghafilin m/s 264.
Ibn Abi al-Dunya dalam Sufat al-Nar (no. 158)
At-Tabarani dalam al-Awsath (3/89)
Al-Albani dalam Silsilah hadist dhaif (no. 910)
As-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur
Ibn Rajab al-Hanbali dalam At Takhwif min An Naar hal. 54


Keterangan ulama hadith:-

Imam Ibnu Hajar Al-Haithami menyatakan hadis ini dhaif.
Imam Al-Hafiz Al-Munziri menyatakan hadis ini dhaif.
Syeikh al-Albani  menilainya palsu.
Syaikh Abdurrahman As-Suhaim menilainya palsu (almeshkat, no. 41535)


Yang sahih


Neraka Memiliki 70.000 Tali yang Ditarik Malaikat

Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,

يُؤتى بالنارِ يومَ القيامةِ لها سبعون ألفَ زمامٍ مع كلِّ زمامٍ سبعون ألفَ ملَكٍ يجرُّونَها

“Neraka (Jahannam) pada hari kiamat akan didatangkan, ia memiliki 70 000 tali. Pada setiap talinya terdapat 70 000 malaikat yang menariknya” (HR. Muslim no: 2842).



Panasnya Api Dunia Hanya 1/70 Bagian dari Api Neraka

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,

نَارُكم هذِه ما يُوقدُ بنُو آدمَ جُزْءٌ واحدٌ من سبعين جزءاً من نار جهنَّم

“Api yang dinyalakan oleh Ibnu Adam adalah satu bahagian dari tujuh puluh bahagian dari panasnya api Jahannam” (HR. Bukhari no. 3265, Muslim no. 2834).


Neraka Sangat Dalam

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, beliau berkata,

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ سَمِعَ وَجْبَةً فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَدْرُونَ مَا هَذَا قَالَ قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ هَذَا حَجَرٌ رُمِيَ بِهِ فِي النَّارِ مُنْذُ سَبْعِينَ خَرِيفًا فَهُوَ يَهْوِي فِي النَّارِ الْآنَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى قَعْرِهَا

“Kami pernah bersama Nabi shallallahu alaihi wasallam tiba-tiba beliau mendengar seperti suara benda jatuh ke dasar. Nabi shallallahu alaihi wasallam bertanya, ‘Tahukah kalian suara apa itu?’ Kami menjawab, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’ Beliau bersabda, ‘Ini adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru mencapai dasarnya’” (HR. Muslim no. 2844)

Ular dan kalajengking neraka


Rasulullah SAW memberitakan bahawa jika ular di neraka menyengat satu gigitan, akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim. Demikian juga kalajengking di neraka, apabila menggigit satu gigitan akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim. (HR. al-Baihaqi, lihat ash-Shahihah no. 3429)




Sumber dan rujukan



1. Silsilah hadits dhaif terjemahan Indonesia, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, 1995, terbitan Gema Insani Press. Hadits no. 910.

2. Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi versi tahqiq oleh Hussain Abdul Hamid Nil, 2016, terbitan Dar al-Arqam bin Abi- al-Arqam, Beirut, Lubnan. ms 49-51. 


3. http://www.almeshkat.net/vb/showthread.php?t=41535

4. http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.phppage=showfatwa&Option=FatwaId&Id=48825


5. Washfun Naar, Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin, http://ar.islamway.net/article/1700


Sekian





Tidur selepas asar menyebabkan gila?





Adapun hadits yang berlegar ditengah masyarakat sejak berzaman lagi seperti:-


مَنْ نَامَ بَعْدَ الْعَصْرِ، فَاخْتُلِسَ عَقْلُهُ، فلا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ


Maksudnya: “Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.”


Adalah hadits yang tidak boleh dijadikan hujah larangan tidur selepas asar. 

Para ulama hadits terdahulu telahpun menilai dan menyemak semula kesahihan hadits ini dari segi sanad dan matannya. Antaranya adalah [Irsyad al-Hadits siri ke-227]:-


1. Imam Ibn Hibban mengatakan di dalam sanad hadits ini terdapat Khalid bin al-Qasim dan dia menyambung riwayat-riwayat yang terputus, menrafa’kan riwayat-riwayat yang mursal dan juga menyambung riwayat-riwayat yang mawquf maka TIDAK BOLEH menulis riwayatnya. [al-Majruhin, 334/1].

2. Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadits ini sebagai TIDAK SAHIH. [al-Mawdhu’at, 252/2] 

3. Imam al-Zahabi mengatakan di dalam sanad hadits ini terdapat Khalid bin al-Qasim yang dituduh berdusta. [Tartib al-Mawdhua’at, 239]. 

Apabila sesuatu hadits terdapat seorang perawi yang dituduh berdusta, maka secara automatik kesemua hadistnya tertolak dan hadits melalui periwatannya boleh jatuh ke tahap hadits palsu.

4. Imam al-Haithami mengatakan perawi bernama Amr bin al-Husain seorang yang matruk (ditinggalkan riwayatnya). [Majma’ al-Zawaid, 119/5].

5. Imam al-Syaukani mengatakan bahawa di dalam sanad hadits ini terdapat perawi yang berdusta. [al-Fawaid al-Majmu’ah, 216].


6. Syeikh al-Albani menilai hadits ini sebagai dhaif. [Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah, 112/1].



Berdasarkan beberapa pendapat para ulama’ di atas, kita memahami bahawa sebahagian pendapat ulama’ mengdhaifkan hadith ini dan sebahagian yang lain memalsukan hadith ini. 

Maka dengan itu, hadith tersebut adalah teramat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta. 

Hukum asal dari tidur adalah mubah (dibolehkan), dan tidak ada hadits sahih yang melarangnya.  Hukum syarak itu mestilah diambil dari hadits-hadits sahih, bukan dari hadits-hadits lemah apalagi hadits palsu yang didustakan atas nama Rasulullah SAW, dan tidak pula ditetapkan dari pendapat-pendapat manusia.

Maka dengan itu, dinyatakan bahawa tiada hadith sahih yang melarang tidur selepas asar.




Allah SWT menjadikan tidur untuk kita berehat kerana pada waktu siang manusia sibuk bekerja untuk mencari rezeki.

Ada orang waktu bekerjanya tidak sama dengan orang yang lain seperti doktor, jururawat, askar, polis, perkerja kilang dan macam-macam lagi.

Kerja sebegini semestinya memerlukan syif gantian. Ada yang syif pagi, ada yang petang dan ada yang malam. Maka, di sini dengan pasti waktu tidur mereka akan berbeza-beza.

Maka tidur pada waktu yang sepatutnya ( setelah habis waktu kerja merekalah ) dapat mengembalikan tenaga untuk bekerja pada keesokan harinya.

Ini kerana, tanpa tidur yang secukupnya maka akan tergendalalah segala usaha yang ingin dilakukan pada hari-hari yang berikutnya. 

Islam itu memudahkan umatnya, dan luas dalam meraikan kepelbagaian kemampuan umatnya.

Jika sekiranya hadits larangan tidur pada sekian sekian waktu itu sahih, ini telah bertentangan dengan ruh Islam itu sendiri dalam meraikan kepelbagaian umatnya.

Dalam disiplin ilmu hadits, jika sesuatu hadits itu menyanggahi logik (fakta dan kajian), nas al-Quran dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahuilah ia hadits palsu. [al-Suyuthi dalam Tadrib al-Rawi].

Hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi SAW. [Manhaj al-Naqd fi 'Ulum al-Hadits, ms 301].

Tidak halal kepasa sesiapa yang mengetahui ia hadits palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya. ['Ulum al-Hadits lil Ibn Salah, ms 98].

Sementara itu terdapat juga Salaf dan beberapa golongan ulama yang membenci tidur selepas Asar berdasarkan pendapat mereka sebagai kebiasaan orang Arab, yang menyakini bahawa tidur selepas Asar itu banyak mengandungi keburukan seperti mengundang malas, melemahkan syahwat dan lain-lain penyakit [Zaad al-Ma'ad, 4/219; al-Adab al-Syar'iyyah, 3/159].

Tetapi setakat pencarian saya dalam jurnal-jurnal penyelidikan dan kesihatan, saya tidak menemui sebarang kajian yang menunjukkan hubungan waktu tidur lewat petang dengan masalah kesihatan. Saya hanya menemui hubungkait antara tidur berlebihan dengan status kesihatan mental dan penyakit kronik. Kajian yang dilakukan oleh Léger et al., 2014, menunjukkan individu yang tidur berlebihan lebih cenderung untuk mendapat penyakit mental dan pertambahan BMI tetapi tidak kepada penyakit kronik [PMID: 25226585]. Kajian yang sama juga menunjukan individu yang mempunyai waktu tidur yang kurang lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit kronik. Dalam kajian lain, menunjukkan tidur berlebihan mempunyai risiko tinggi kepada punca penyakit kronik seperti diabetik dan kematian [PMID: 17053484, PMID: 27484757]. Satu kajian menarik yang diterbitkan dalam jurnal penyelidikan Sleep pada tahun 2006 menunjukkan tidur yang kurang mahupun berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi [PMID:16944668]. 

Bukti-bukti penyelidikan di atas juga menunjukkan keselarian dengan nas dalam syarak. Semua amalan
dan perbuatan hendaklah dilakukan dengan kadar yang sederhana. Baik dalam beribadat (tidak ghuluw), 
bermuamalat dan menjalankan kegiatan harian seperti makan dan tidur. Apabila kita melanggar aturan 
kesederhanaan dalam amalan dan perbuatan ini, maka ia akan memberikan kita natijah yang negatif dan
tidak diingini. 

Selesai.


Nota

Nombor PMID adalah merujuk kepada ID kepada artikel yang diterbitkan di bawah penerbit PubMed, seliaan National Center for Biotechnology Information, USA. Hampir keseluruhan artikel yang diterbitkan di PubMed adalah bekualiti tinggi dan diindeks oleh SCOPUS. Untuk membaca lebih lanjut lagi artikel yang saya gunakan dalam penulisan saya, pembaca boleh copy dan paste PMID tersebut di google, dan anda akan di hubungkan terus kepada artikel berkenaan.







Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...