إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا
وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ
يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ
أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اهْتَدَى بِهُدَاهُ إِلَى
يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan,
pengampunan, dan petunjuk-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan
diri kita dan keburukan amal kita. Barang siapa mendapat dari petunjuk Allah
maka tidak akan ada yang menyesatkannya, dan barang siapa yang sesat maka
tidak ada pemberi petunjuknya baginya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan
selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, semoga
doa dan keselamatan tercurah pada Muhammad dan keluarganya, dan sahabat dan
siapa saja yang mendapat petunjuk hingga hari kiamat.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Seringkali kita melihat info atau berita masuk ke laman inbox media sosial kita seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat, Twitter, Flickr dan sebagainya saban hari. Berbagai cara dan ragam manusia telah dilihat apabila berinteraksi (response) dengan info/berita tersebut. Saya sendiri membahagikan ‘response’ individu tersebut kepada 5 kategori iaitu:-
a)
Membacanya
sahaja sepintas lalu bagi tujuan informasi diri sendiri
b)
Membaca
dan menyemak ketepatan untuk pemahaman diri sendiri
c)
Membaca
tanpa menyemak ketepatan berita lalu sebarkan
d)
Membaca
dan menyemak ketepatan berita lalu sebarkan
e)
Sebarkan
serta merta
Dan
di manakah kategori kita? Adakah kita termasuk dalam golongan yang ingin
menjadi jaguh, yakni yang terawal menerima dan menyebarkan info sensasi
tersebut? Fikir dahulu sebelum melakukannya. Jangan dek kerana info yang
kurang tepat lagi tidak benar, kita telah menjerumuskan orang lain kepada
kebinasaan.
Kesan
berita/info yang tidak benar:
a)
Mengundang
permusuhan (telak menempelak satu sama lain)
b)
Mewujudkan
prasangka
c)
Tuduh
menuduh
d)
Membantutkan
perkembangan ilmu berlandaskan disiplin yang betul
e)
Masyarakat
hidup dalam kesangsian, ketakutan dan sempit pemikiran
f)
Menyusahkan
orang lain
g)
Melunturkan
perpaduan
Tabayyun,
yakni mentsabit dan menyemak asas kebenaran sesuatu berita adalah dituntut ke
atas setiap mukmin. Hal ini untuk mengelakkan kita tidak bermudah mudahan
menjatuhkan hukum atau kesimpulan. Hal
ini juga telah dirakamkan di dalam Al-Quran surah Hujurat ayat 6 dan 12:-
“Wahai
orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka
periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada
suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas
perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Firman
Allah menggunakan perkataan “fatabayyanu” yang bererti “maka periksalah dengan
teliti.”
Ayat
ini diturunkan berhubung dengan al-Walid bin Uqbah yang diutuskan oleh
Rasulullah SAW memungut zakat Bani al-Mustaliq. Setelah berita itu sampai
kepada Bani al-Mustaliq, mereka gembira sehingga keluar beramai-ramai untuk
menyambut kedatangan utusan tersebut. Sebelum sampai ke sana, ada seorang
munafik memberitahu al-Walid bahawa kabilah tersebut murtad, menolak dan
tidak mahu membayar zakat, bahkan berhimpun di luar kota menghalang
kedatangannya. Setelah menerima berita itu, dia segera kembali ke Madinah
melaporkan situasi tersebut. Rasulullah sangat marah mendengarnya lalu
menyiapkan sepasukan tentera untuk memerangi mereka. Sebelum tentera itu
berangkat, datang utusan mengadap Rasulullah: “Wahai Rasulullah, kedatangan
kami ke sini untuk bertanya mengapa utusan Rasulullah tidak sampai untuk
memungut zakat, bahkan kembali dari tengah perjalanan? “Kami mempunyai dugaan
bahawa timbul salah pengertian antara utusanmu dengan kami.” Justeru,
turunlah ayat tersebut.
Ayat
ini merupakan larangan keras agar tidak semberono menerima dan mempercayai
sesuatu berita yang disampaikan, melainkan diselidiki terlebih dahulu dengan
saksama sama ada ia benar atau tidak. Lalu barulah dipertimbangkan untuk
diterima ataupun ditolak (Utusan, 16 November 2016, Fiqh Tabbayyun selidik
sebelum sebar).
Masyarakat
hendaklah tidak terburu-buru untuk menyebarkan sesuatu maklumat sebelum memerhatikan
kesannya dari sudut manfaat dan keburukan apabila ia disebarkan. Mengulas
kaedah dalam menyebarkan berita, saya mengutip satu infografik yang saya
rasakan mudah difahami dan bertepatan dengan kaedah syarak berkenaan prinsip
tabayyun seperti gambarajah di atas. Ia adalah ringkasan yang digrafikkan melalui perincian yang
terdapat dalam buku Fikih Jurnalistik karangan Ustaz Faris Khoirul Anam.
Kita
hendaklah sentiasa meringankan jari-jemari kita untuk sentiasa menyemak
info-info yang ditularkan sebelum sebar. Kita bukanlah hidup di zaman
ulama-ulama silam beberapa abad yang lalu, yang memerlukan rehlah (perjalanan
jauh beribu batu) dalam mencari, memastikan ketulenan dan menyebarkan ilmu.
Di zaman teknologi serba canggih ini, segala maklumat boleh diverifikasi di
laman-laman sesawang yang absah. Jika isu halal timbul, kita ada laman
sesawang Hab Halal Jakim untuk kita membuat semakan. Jika hadis tanpa status,
kita boleh menyemak di laman sesawang semakhadis.com, aplikasi hadis dan
kitab-kitab sumber asal hadis yang banyak terdapat secara atas talian sama
ada dalam Bahasa Arab mahupun terjemahannya. Info berkenaaan isu semasa
negara juga boleh disemak di laman sesawang seperti mysumber.com dan
penerangan.gov.my.
Yang
terbaharu adalah mengenai isu status halal beberapa produk yang ditularkan
oleh netizen melalui media sosial. Terdapat lebih daripada 20 puluh produk
ditularkan “TIDAK” mempunya sijil halal. Dan sejauh manakah ketepatan tularan
tersebut?
Maka
dengan itu Bahagian Hab Halal JAKIM telah berusaha merungkai kekeliruan
netizen dengan menjawab kesemua kemuyskilan netizen di facebook rasmi mereka.
Isu tular produk tidak halal ini, bukanlah sesuatu isu yang baru, melainkan
telah acapkali dutularkan. Pada masa yang sama, JAKIM tetap mesra menjawab
soalan-soalan tersebut. JAKIM sentiasa mengemaskini maklumat yang terdapat di
dalam laman sesawang ataupun media sosial mereka demi memberi info yang tepat
tentang sesuatu isu, lagi-lagi berkenaan isu yang menyentuh sensitiviti umat
Islam seperti halal.
Berikut
adalah beberapa persolan status halal yang telah saya ringkaskan dalam bentuk
jadual untuk memudahkan pembacaan netizen:-
Semua
maklumat berkenaan status halal adalah ringkasan dari saya, untuk mengetahui
ulasan secara terperinci sila ke link facebook rasmi Hab Halal Jakim seperti
tertera di bahagian rujukan.
Prinsip
yang dijelaskan oleh Bahagian Hab Halal JAKIM menyatakan
Sesuatu
produk tidak dikira haram melainkan telah jelas mengandungi unsur-unsur yang
haram menurut Hukum Syarak.
Mana
– mana produk yang tidak mempunyai status halal, lebih baiklah dijauhi untuk
mengelakkan syubhah berdasarkan keyakinan masing-masing.
#YakiniHalalMalaysia #SemakSebelumSebar
#JauhiFitnahTohmah #MogadirahmatiAllah #TabayyunSebelumMenghukum
Rujukan:
https://www.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=761629273996348
(maklumat adalah terkini sehingga Febuari 14, 2018 berdasarkan posting FB
rasmi Hab Halal JAKIM) diakses pada 28 Januari 2019.
|
Sunday, 27 January 2019
Pentingnya menyemak sesuatu berita sebelum sebar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as
Matan kisah Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...
-
Hadith tular Malaikat menyentuh pipi wanita lalu bertanya kepada Allah S.W.T . "Ya Allah , kenapa pipi perempuan kelihatan ranu...
-
Teks Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita-wanita lain berhias dengan barang emas. ...
-
Matan Hadith عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ " قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! لَيْسَ الشَّهِيدُ إِلَّا مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ ...
No comments:
Post a Comment