Matan hadith
Larangan berpuasa
selepas 15 Sya’aban
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ “ إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ
تَصُومُوا ” .
Terjemahan
Daripada Abu Hurairah
radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila
telah masuknya separuh Sya’aban, janganlah kalian berpuasa.
Takhrij
HR. Sunan Abu Daud,
Kitab al-Sawm, Bab Fi Karahat adz-Dzalik, dari Abu Hurairah, no: 2337
disahihkan oleh al-Albani.
Hadith ini juga
diriwayatkan di dalam:-
Musannaf Abdul Razzaq
no.7325
Musannaf Ibn Abi
Syaibah no. 9026
Musnad Ahmad no. 9707
Sunan ad-Darimi no.
1781
Sunan at-Tirmizi no.
738
Sunan Ibnu Majah
no. 1651
Sunan Kubra an-Nasaie
no. 2923
kesemuanya daripada
jalan Al-‘Ala’ bin Abdul Rahman daripada ayahnya daripada Abu Hurairah.
Madar (muara sanad)
kepada hadith ini ialah Al-‘Ala’ bin Abdul Rahman (العلاء بن عبد الرحمن). Beliau bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini daripada
ayahnya.
Ulama berbeza
pendapat dalam menilai status hadith ini.
Kebanyakan ulama
hadis generasi awal (mutaqaddimin) menilai hadis ini sebagai dhaif,
kerana hadith ini
bercanggah dengan apa yang diriwayatkan daripada nabi sallallahu ‘alaihi wa
sallam bahawa baginda menyambungkan puasa antara Sya’ban dan Ramadhan.
[Al-Mughni, 3/6].
Ulama' yang
mendhaifkan hadith ini termasuk:-
Yahya bin Ma'in
Abdul Rahman bin
Mahdi
Imam Ahmad
Abu Zur’ah al-Razi
Al-Atsram
Imam Muslim
Imam Abu Daud
Imam Baihaqi
Imam an-Nasaie
Al-Shaikh Mustafa
al-Adawy
Al-Shaikh Abdul Aziz
at-Tharifi
kerana bercanggah
dengan hadith yang lebih sahih sebagai contoh:-
Nabi sallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ
بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا
فَلْيَصُمْهُ
Janganlah kalian
mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali seseorang yang
telah biasa berpuasa, maka dia boleh berpuasa.
(HR. Muslim, Kitab
al-Siyam, Bab La Tuqaddimu Ramadhan Bi Saum, dari Abu Hurairah, no. 1082).
Ulama' yang
mensahihkan hadith ini termasuk:-
Imam at-Tirmidzi
Ibnu Hibban
Al-Hakim
At-Tahawi
Ibnu ‘Abdil Barr
Shaikh Syu’aib
al-Arnauth
Shaikh al-Albani
Ahmad Syakir
Dakwaan berlaku
percanggahan dengan hadis-hadis sahih lain tertolak kerana hakikatnya tidak
wujud percanggahan. Ini kerana hadis-hadis sahih yang lain menunjukkan puasa
pada separuh akhir Sya’ban berserta dengan separuh awal Sya’ban, dan puasa yang
sudah biasa dilakukan yang jatuh pada separuh akhir Sya’ban. Adapun hadis Al-‘Ala’
menunjukkan larangan dengan sengaja berpuasa pada separuh akhir Sya’ban, bukan
kerana kebiasaan dan bukan kerana menambah puasa yang telah dilakukan pada
separuh pertama Sya’ban.
Dakwaan Al-‘Ala tidak
mendengar daripada ayahnya adalah dakwaan yang bathil kerana telah tsabit
beliau mendengar daripada ayahnya. Dalam Sahih Muslim terdapat riwayat Al-‘Ala’
daripada ayahnya menggunakan lafaz عن. (Tahzib al-Sunan, 3/1040-1044).
Hukum hadith
Jumhur ulama
membenarkan berpuasa selepas 15 Sya’ban tanpa makruh (al-Islami wa Adillatuhu,
3/1635).
Dalam mazhab Hanbali
pula tidak makruh berpuasa selepas separuh Sya’ban. Ini adalah pendapat mazhab.
Adapun sebahagian ulama mazhab Hanbali berpendapat makruh. [Al-Inshaf, 3/246].
Manakala di sisi
mazhab Syafie hukumnya haram atau makruh (Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab,
6/453-454; Fathul Bari, 4/129; al-Mu’tamad, 2/216).
Akan tetapi terdapat
pengecualian seperti berikut:-
Tidaklah haram
berpuasa pada hari Syak dan separuh kedua Sya’ban apabila ia bersamaan dengan
hari seseorang biasa berpuasa (isnin -khamis), atau apabila dia menyambung
puasanya daripada sebelum separuh Sya’ban (Fiqh Al-Manhaji, 2/103-104; Lathaif
Al Ma’arif, 244-245).
Rujukan
Fatwa Islamway no.
33664
Irsyad al-Hadith siri
ke-73
No comments:
Post a Comment