Friday, 31 May 2019

Hadith mencicipi garam sebelum dan selepas makan

Matan Hadith


وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم
بالملح؛ فإن في الملح شفاء من سبعين داء، أولها الجذام والجنون والبرص


Terjemahan

Jika kamu makan, mulailah dengan merasa garam dan akhiri dengan merasa garam. Kerana dalam garam terdapat ubat bagi 70 penyakit, yang pertama lepra, gila, dan kusta…”


Takhrij

Hadith mauquf dari Ali r.a. HR.Baihaqi di dalam Dalail al-Nubuwwah 7/229, as-Suyuthi di dalam al-La’ali al-Masnu’ah 2/313. Kedua-dua imam menilai hadith ini palsu.

Hadith ini turut dikomentar sebagai palsu oleh Ibn al-Jawzi di dalam al-Maudhu’at 1/289,al-Zahabi di dalam Talkhis al-Mudhu’at 2/289 dan al-Syawkani di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah 1/78.


Rujukan

al-Fatawa al-Hadithiyah, al-Huwayni 1/497

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...