Matan hadith
إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك
ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد يفتح فيها أبواب السماء
وأبواب الرحمة ثلاثمائة باب فيغفر لجميع من لا يشرك بالله شيئا غير مشاحن أو عاشر أو
مدمن خمر أو مصر على زنى فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا فأما مدمن الخمر فإنه يترك
له باب من أبواب الرحمة مفتوحا حتى يتوب فإذا تاب غفر الله له وأما المشاحن فيترك له
باب من أبواب الرحمة حتى يكلم صاحبه فإذا كلمه غفر له قال النبي صلى الله عليه وسلم
يا جبريل فإن لم يكلمه حتى يمضي عنه النصف قال لو مكث إلى أن يتغرغر بها في صدره فهو
مفتوح فإن تاب قبل منه فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى بقيع الغرقد فبينا هو
ساجد قال وهو يقول في سجوده أعوذ بعفوك من عقابك وأعوذ برضاك من سخطك وأعوذ بك منك
جل ثناؤك لا أبلغ الثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك فنزل جبريل عليه السلام في ربع
الليل فقال يا محمد ارفع رأسك إلى السماء فرفع رأسه فإذا أبواب الرحمة مفتوحة على كل
باب ملك ينادي طوبى لمن تعبد في هذه الليلة طوبى لمن سجد في هذه الليلة طوبى لمن ركع
في هذه الليلة طوبى لمن دعا ربه هذه الليلة طوبى لمن ناجى ربه في هذه الليلة طوبى للمسلمين
في هذه الليلة طوبى للموحدين هل من تائب يتب عليه هل من مستغفر فيغفر له هل من داعي
فيستجاب له ثم إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يا جبريل إلى متى أبواب الرحمة
مفتوحة قال من أول الليل إلى صلاة الفجر فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيها من
العتقاء أكثر من شعور الغنم فيها ترفع أعمال السنة وفيها تقسم الأرزاق.
Terjemahan
“Sesungguhnya Jibril datang
kepadaku pada malam Nisfu Sya‘ban lalu berkata: ‘Bangunlah dan solatlah serta
angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit.’ Aku bertanya: ‘Wahai Jibril,
apakah malam ini?’ Dia menjawab: ‘Wahai Muhammad, pada malam ini dibukakan
pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sebanyak tiga ratus pintu. Maka
diampunkan semua orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun
kecuali orang yang bermusuhan, orang yang ketagih arak, dan orang yang
berterusan melakukan zina. Mereka tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat.’
Adapun orang yang ketagih arak, ditinggalkan baginya satu pintu rahmat terbuka
sehingga dia bertaubat. Apabila dia bertaubat, Allah mengampunkannya. Adapun
orang yang bermusuhan, ditinggalkan baginya satu pintu rahmat sehingga dia
berbicara dengan orang yang dimusuhinya; apabila dia berbicara dengannya, dia
diampunkan. Nabi ﷺ bertanya: ‘Jika dia tidak berbicara sehingga berlalu separuh
malam?’ Jibril menjawab: ‘Sekalipun dia menunggu sehingga nyawa sampai ke kerongkong,
pintu itu tetap terbuka; jika dia bertaubat, diterima taubatnya.’ Kemudian
Rasulullah ﷺ keluar menuju Baqi‘ al-Gharqad dan ketika Baginda sujud, Baginda
berkata: ‘Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu, aku berlindung
dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu
sendiri. Maha Tinggi pujian-Mu, aku tidak mampu menghitung pujian bagi-Mu,
Engkau sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.’ Kemudian Jibril turun pada
suku malam dan berkata: ‘Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit.’ Maka
Baginda melihat pintu-pintu rahmat terbuka dan pada setiap pintu ada malaikat
yang menyeru: ‘Berbahagialah orang yang beribadah, sujud, rukuk, berdoa dan
bermunajat pada malam ini; berbahagialah kaum Muslimin dan orang-orang yang
mentauhidkan Allah. Adakah orang yang bertaubat, maka diterima taubatnya?
Adakah orang yang memohon keampunan, maka diampunkan baginya? Adakah orang yang
berdoa, maka diperkenankan baginya?’ Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Sampai
bila pintu-pintu rahmat dibuka?’ Jibril menjawab: ‘Dari awal malam hingga solat
Subuh.’ Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Pada malam itu, mereka yang dibebaskan
lebih banyak daripada jumlah bulu kambing; pada malam itu diangkat amalan
setahun dan pada malam itu dibahagikan rezeki-rezeki.’”
Takhrij
HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 51/72, daripada
al-Dahhak bin Muzahim, daripada Ubay bin Ka‘b ra
Dr. Abdul Ghaffar bin Muhammad
Hamidah dalam kitabnya bertajuk: Lailatu Nisfi Sya’ban: Riwayah wa Dirayah hal.
50 menyatakan: Sanadnya wahiy (tersangat
lemah).
Dimasukkan as-Suyuthi dalam kitab
daftar hadith palsu beliau iaitu Ziyadat ala al-Maudhuat 1/435.
Berikut merupakan kecacatan sanad
riwayat tersebut sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syariah
2/126:
Padanya berturut-turut perawi
yang tak dikenali iaitu:
1- Muhammad bin Hazim
2- Ibrahim bin Abdullah al-Bashri
3- Hamid bin Mahmud al-Hamdani
Manakala Ad-Dhahhak yang dalam
sanad ini meriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab pula, menurut Imam Ibnu Hibban,
dia tidak pernah mengambil riwayat terus daripada sahabat-sahabat Nabi r.a
Dr. Abdul Ghaffar menyebutkan (hal.
10):
لم يرد حديث ينص على أن الأعمال تعرض على الله عز وجل ليلة
النصف من شعبان، لكن قال به بعض أهل العلم، فقد قال الشيخ البجيرمي ـ“أما العرض على الله في ليلة نصف شعبان كل سنة
فلجملة أعمال السنة وكل ذلك لإظهار العدل وإقامة الحجة إذ لا يخفى على الله من شيء
في الأرض ولا في السماء
Tidak terdapat hadith (yang
sahih) menunjukkan amalan-amalan akan dibentangkan kepada Allah pada malam
Nisfu Syaaban. Akan tetapi sebahagian ahli ilmu menyatakan sedemikian. Al-Syaikh
Al-Bujairimi menyatakan: Adapun pembentangan amal kepada Allah pada malam Nisfu
Syaaban setiap tahun untuk amalan tahunan itu, semua itu untuk menzahirkan
keadilan Allah, dan menegakkan hujah. Ini kerana tiada apa pun yang tersembunyi
daripada Allah sama ada ia di bumi atau di langit.
.
Dr. Abdul Ghaffar berkata:
قلت: لكن الأعمال ترفع في شهر شعبان دون تخصيص ليلة بعينها،
فقد صح من حديث أسامة بن زيد
Saya berkata: Akan tetapi,
amalan-amalan diangkat pada bulan Syaaban, tanpa dikhususkan dengan
malam tertentu. Ini sahih berdasarkan hadis Usamah bin Zaid. (hal 11).
.
Ini adalah hadith Usamah tersebut,
Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata:
.
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا
مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ . قَالَ “ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ
النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ
إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ”
.
Aku pernah bertanya kepada
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Rasulullah, aku tidak pernah
melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau
berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan
tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia
merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku
suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. [HR. an-Nasaie no. 2357].
No comments:
Post a Comment