Matan Hadith
مَنْ طَافَ بِالبَيْتِ خَمْسِينَ
مَرَّةً خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
Barangsiapa yang
tawaf di Ka'bah sebanyak lima puluh kali, niscaya dia keluar dari dosa-dosanya
sebagaimana ketika dia dilahirkan oleh ibunya'.
Takhrij
HR. at-Tirmidzi no. 866. Imam Tirmidzi
menilainya gharib (dhaif)
Syaikh Ibnu Baz
mengatakan hadits ini dhaif atau palsu dan berpendapat bahawa riwayat ini tidak boleh dijadikan
hujjah, dia menerangkan:
Kerana di sanadnya
ada Sufyan bin Waqi', dia tidak boleh dijadikan hujjah kerana apa yang
diperbuat oleh penulisnya sebagaimana di kitab at-Tahdzib. Majmu' Fatawa Ibnu
Baz 26/286
Hadits ini juga
didhaifkan oleh as-Suyuthi di dalam Jami' as-Saghir no. 8816, az-Zahabi di
dalam Talkhis no. 190, Mubarakfuri di dalam Tufat al-Ahwadzi 3/298.
Syaikh al-Albani juga
berpendapat lemahnya riwayat tersebut, dia menerangkan:
Riwayat ini dipenuhi
illah yang banyak:
Pertama:
Abu Ishaq - Ia adalah seorang
mudallis dan hafalannya tercampur.
Kedua:
Syuraik - Al-Hafidz Ibnu Hajar
al-Asqalani berkata tentangnya: ia jujur, banyak salah, hafalannya berubah
semenjak menjadi hakim di Kufah.
Ketiga:
Yahya bin Yaman - Al-Hafidz Ibnu Hajar
al-Asqalani berkata tentangnya: ia jujur, banyak beribadah, banyak salah dan
hafalannya telah berubah.
Keempat.
Sufyan bin Waki' - Al-Hafidz berkata
tentangnya:
Ia jujur, namun ia
diuji dengan penulisannya, penulis itu memasukkan apa yang bukan haditsnya ke
catatan hadits Sufyan, ia telah dinasihati namun ia belum menerima maka
gugurlah haditsnya.
(Silsilah Hadith
Dhaif no. 4035)
Malah hadith berkenaan kelebihan tawaf
7 kali tanpa melakukan perkara sia-sia
di dalamnya seperti memerdekakan seorang budak juga dhaif jiddan (HR. Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf, 5/8833. Lihat Adh-Dha’ifah no. 4035)
Di dalam disiplin
mengambil dalil untuk berhujah berkenaan fadhilat amalan....Ya memang dibenarkan untuk mengambil dalil dari
hadith dhaif dengan syarat dhaif itu dhaif yang ringan (khaffif) tetapi dhaif
yang berat sehingga mencapai taraf palsu adalah sama sekali TIDAK DIBENARKAN ( Tamaamul Minnah hal. 36).
Yang sebenarnya
adalah:
Selepas Imam Tirmidzi
menilai hadith ini lemah, Imam Tirmidzi merujuk pula kepada Imam Bukhari. Ia
berkata ini adalah perkataan Ibnu Abbas, seperti yang telah direkodkan di dalam
Tuhfat al-Ahwadzi syarah hadith Tirmidzi no. 866, Musannaf ‘Abdur Razzaq no.9809
and Musannaf Ibn Abi Shaybah no. 12808 dengan sanad yang dipercayai. Also see Hadith:
12809 and Al ‘Ilalul Mutanahiyah, vol. 2 pg. 573/4, Hadith: 942
Terjemahan asalnya
adalah seperti:
Sayyiduna ‘Abdullah
ibn ‘Abbas (radiyallahu ‘anhuma) says:
“Whomsoever makes
fifty (50) Tawafs of the Ka’bah (ie. fifty by seven rounds), will be free of
all his (minor) sins, just as the day his Mother gave birth to him”.
(Refer: Tuhfatul
Ahwadhi, Hadith: 866)
والله تعالى أعلم بالحق والصواب
Rujukan
Silsilah al-Ahadits
adh-Dhaifah wa al-Maudhu'ah 11/175-176.
No comments:
Post a Comment