Tuesday, 23 July 2019

Hadith keutamaan 10 hari awal Zulhijah




Matan hadith


"ما مِن أيَّام العملُ الصَّالح فيهنَّ أحبُّ إلى اللهِ مِن هذه الأيَّام"، قال الرَّاوي: يعني أيَّام العشر، قالوا: يا رسول الله! ولا الجهادُ في سبيل الله؟ فقال -صلى اللهُ عليهِ وسلَّم-: "ولا الجهادُ في سبيلِ الله؛ إلا رجلٌ خرج بنفسِه ومالِه؛ فلم يرجعْ مِن ذلك بشيءٍ"..



Terjemahan

Tidak ada hari di mana amal soleh di dalamnya adalah lebih dicintai oleh Allah berbanding hari-hari ini.” Berkata perawi hadith ini: Yakni, 10 hari Zulhijjah. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Walaupun Jihad di jalan Allah?” Jawabnya: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad) dengan jiwanya dan hartanya lalu tidak pulang dengan apa-apapun daripadanya.”



Takhrij

HR. Bukhari no. 969; Abu Daud no. 2438; Ibnu Majah no. 1727 dengan lafaz Tirmidzi no. 757, sahih.




ما من عمل أزكى عند الله عز وجل ، ولا أعظم أجراً من خير يعمله في عشر الأضحى قيل : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله عز وجل ، إلا رجل خرج بنفسه وماله ، فلم يرجع من ذلك بشيء

Terjemahan

Tidaklah suatu amalan yang lebih bersih di sisi Allah Azza Wajalla, dan lebih agung pahalanya dari suatu kebaikan yang dilakukan pada sepuluh hari adha. Dikatakan, “Meskipun Jihad di jalan Allah. Beliau menjawab, “Meskipun berjihad fi sabilillah azza Wajalla. Kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya dan tidak kembali sedikitpun darinya.” HR. Darimi, (1/357 dan sandanya hasan sebagaiman di ‘Irwa’, (3/398).

Nas ini dan lainnya menunjukkan bahawa sepuluh hari (awal) lebih utama dibandingkan hari-hari lain dalam setahun tanpa ada pengecualian sedikitpun. Meskipun sepuluh terakhir Ramadan. Akan tetapi sepuluh malam akhir Ramadan itu lebih utama dibandingkan sepuluh malam Zulhijjah. Kerana mengandungi malam al-qadar. Dimana ia lebih baik dari seribu bulan. (Tafsir Ibnu Katsir, 5/412; Zaadul Maad, 1/35).


Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menghuraikan dalam Fathul Bari:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره


Sebab yang menjadikan sepuluh hari awal Zulhijjah itu mulia kerana ia merupakan tempat berkumpulnya semua pokok-pokok ibadah iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Ini tidak akan berlaku pada hari-hari yang lain. (Fathul Bari hal. 534).


Seorang muslim seharusnya membuka di sepuluh hari ini dengan bertaubat nasuha kepada Allah Azza Wajalla. Kemudian memperbanyakkan amalan soleh secara umum kerana amalan di awal 10 hari bulan Zulhijah akan dilipatgandakan (Lathaif Ma'arif hal. 458)



Amalan 10 hari bulan Zulhijah

-Solat eid dan memperbanyakkan solat sunat lain

-Puasa (1-9 hari sahaja seperti disyarahkan oleh Imam Nawawi dalam Sahih Muslim no. 1176)

-Memberbanyakkan dan mengeraskan (bagi lelaki) tahlil, takbir, tahmid di mana-mana seperti pasar, masjid, jalan-jalan dan tempat lainnya (HR. Ahmad, 7/224 disahihkan sanadnya oleh Ahmad Syakir)

a) takbir mutlak (1-13 Zulhijah, pada bila-bila masa dan dimana jua)-QS al-Baqarah: 203

b) takbit muqayyad (terikat waktu , selepas solat fardhu, bermula dari selepas subuh 9 Zulhijah hingga selepas asar 13 Zulhijah)-HR. Al-Hakim no. 100 disahihkan oleh Imam Nawawi dalam al-Majmu'.

-Menunaikan haji dan menunaikan umrah

-Berkorban

-Sedekah

-Membaca al-Quran

-Memperbanyakkan istighfar

-Amar ma'ruf nahi mungkar

Kesimpulannya, keutamaan sepuluh hari awal Zulhijah berlaku untuk amalan apa saja, tidak terbatas pada amalan tertentu. (Tajridul Ittiba', hal. 116, 119-121).


Wallahu ta'ala 'alam


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 49042, 191418

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...