Sebaran Umum media sosial:-
Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar,
sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada
diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.
Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a
Hadis rasulullah saw : “Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd
harihari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat
kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut
diampunkan oleh Allah SWT. Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa
hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak
yg taat.”
Ulasan :
Selepas semakan, hadith yang dinyatakan seperti sebaran tersebut tidak terdapat dalam Sahih Bukhari.
Sebaliknya terdapat hadith yang hampir sama maknanya, diriwayatkan
oleh at-Thabarani, Ibn Abi Dunya dan lain-lain. Imam al-’Iraqi mengulas hadith tersebut dalam Takhrij al-Ihya' (2/1228) . Kata al-’Iraqi: “Isnadnya
mu’dhal” dan salah seorang perawi bernama “Yahya bin al-’Ala’ al-Bujali seorang yang matruk (ditinggalkan periwayatannya)”.
Hadith tersebut dhaif jiddan.
Tidak boleh menyebarkannya dan tidak boleh diamalkan sama sekali kerana bercanggah
dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Dan ada lagi satu hadith berbunyi lebih kurang seperti sebaran umum di atas:-
Matan hadith
حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ: حَدَّثَنَا الصَّلْتُ بْنُ دِينَارٍ، عَنِ
الْحَسَنِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى
عَشَائِرِكُمْ وَأَقْرِبَائِكُمْ فِي قُبُورِهِمْ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا
اسْتَبْشَرُوا بِهِ، وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ أَلْهِمْهُمْ
أَنْ يَعْمَلُوا بِطَاعَتِكَ "
Abu Daud telah menyampaikan hadith kepada kami juga berstatus lemah:
Ash-Shalt bin Dinar telah menyampaikan hadith ke
kami dari al-Hasan dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu anhuma dia
berkata," Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,"
Sesungguhnya amalan-amalan kalian akan dilihatkan kepada keluarga dan kerabat
kalian di kubur mereka. Jika (melihat) amal yang baik, mereka merasa bahagia
dengannya. Dan jika (melihat) amal yang buruk, mereka berdoa, 'Ya Allah,
berilah mereka ilham untuk melakukan amal taat kepada-Mu".
Takhrij
HR. Abu Daud ath-Thayalisi 3/340 no.1903.
Di rangkaian perawi riwayat ini ada seorang perawi
yang bernama ash-Shalt bin Dinar.
Imam Ahmad berkata: Dia hadithnya ditinggalkan,
orang-orang meninggalkan hadithnya. Ibnu Main berkata: Dia bukanlah apa-apa
(lemah). Amr bin Ali berkata: dia banyak salah, hadithnya ditinggalkan. Yahya
dan Abdurrahman tidak meriwayatkan darinya (Tahdzib at-Tahdzib 4/434-435).
Wallahua’lam
Rujukan
Al-Mughni ‘An Haml al-Asfar Fi al-Asfar Fi Takhrij Ma Fi alIhya’ Min al-Akhbar oleh al-’Iraqi, juz 2/1228, hadith no. 4431. Cetakan pertama, tahun 1415 H/1995 M. Dar alThabariyyah, Riyadh.
Laman Facebook rasmi Dr. Rozaimi Ramle
No comments:
Post a Comment