Saturday, 19 October 2019

Hadith kelebihan Maulid Nabi saw


Matan hadith

المُتَمَسِّكُ بِسُنَّتِي عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِي لَهُ أَجْرُ شَهِيدٍ


Terjemahan

Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid.


Takhrij

HN. as-Suyuthi dalam Jami' as-Saghir no. 9152, dari Abu Hurairah, beliau menilai hadith ini hasan. Juga dihasankan oleh Muhammad Jarullah as-Sa'di dalam Nawif al-A'athirah no. 420. Al-Haithami mendhaifkan hadith ini dalam Majma' Zawaid 1/177 dan Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 8/217.




Matan hadith

مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِي عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِي فَلَهُ أَجْرُ مِائَةِ شَهِيدٍ


Terjemahan

Barang siapa berpegang pada sunnahku pada saat rosaknya umatku, ia mendapatkan pahala seratus orang mati syahid


Takhrij

HR. Baihaqi dalam az-Zuhd al-Kabir 1/118, no. 207. Diantara yang mengeluarkan riwayat ini adalah Ibnu Busyan al-Baghdadi di kitab Amali no.501.

Di sanadnya ada seorang rawi yang bernama al-Hasan bin Qutaibah. Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata tentangnya:

قلت بل هو هالك قال الدارقطني في رواية البرقاني متروك الحديث وقال أبو حاتم ضعيف وقال الأزدي واهي الحديث وقال العقيلي كثير الوهم

Bahkan dia hancur. ad-Daruqutni (dalam riwayat al-Barqani) menerangkan bahawa orang tersebut hadithnya ditinggalkan.

Abu Hatim berkata tentangnya dia itu lemah.
Al-Azdi menerangkan: dia itu hadithnya lemah.
Al-Uqaili menerangkan: dia itu banyak berwahm (prasangka lemah). (Lisan al-Mizan  2/246  no.1033).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...