Matan hadith
مَنْ عَظَّمَ مَولِدِى كُنتُ
شَفيعًا لَه يَومَ القِيَامَة. وَمَنْ اَنْفَقَ دِرهَمًـا فِى مَولِدِى
فَكَاَنَّمـَا اَنفَقَ جَبَلًا مِن ذَهَبٍ فِى سَبِيلِ اللهِ
Terjemahan
“Siapa yang mengagungkan hari kelahiranku, nescaya
aku akan memberi syafaat kepadanya kelak pada hari kiamat, dan siapa
mendermakan satu dirham untuk menghormati kelahiranku, maka seakan-akan dia
telah mendermakan satu gunung emas di dalam perjuangan fi sabilillah.”
Takhrij
HN. Nawawi Banten dalam Madarij al-Shuúd, hal. 15.
Penerbit Toha Putra t.t, Semarang disadur dari Kitab al-Maulid an-Nabawi
(Barjanzi). K.H. Ali Mustafa Yaqub berkata tidak satu pun yang dilengkapi
sumber rujukan, perawi, apalagi jalur sanad dan beliau menilai hadith ini serta
hadith-hadith berkenaan Maulid Nabi saw adalah palsu (Hadis-hadis bermasalah,
hal. 105).
Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan Alu Salman
berkata hadith tersebut di atas adalah dusta, tidak berekor dan berkepala
(tanpa sanad) (Pertanyaan kepada beliau pada Rabu 6 Muharram 1423 H, di Masjid
al-Irsyad, Surabaya)
Muhammad al-Basyir al-Azhari mengatakan : “Di
antara hadits-hadits yang banyak berbau dusta adalah kisah-kisah tentang maulid
nabi.”(Tahdzirul Muslimin Minal Ahadits al-Maudhu’ah ‘ala Sayyidil Mursalin
hal. 87).
Ibn JIbrin dalam Fatwanya no. 6019 mengatakan
hadith ini tidak sahih lagi dusta.
Panel syariah Nadhatul Ulama’dalam artikel no.
98914, mengatakan hadith itu tidak boleh dinisbatkan kepada Nabi saw.
Menurut Muhammad Ali Wafa dalam Majalah Nabawi
05/12/2017, jika ditinjau dari kajian ilmu riwayat, hadith tersebut tidak
memiliki sanad. Tidak adanya sanad menjadikan hadith ini bermasalah, lemah
tidak memiliki dasar yang jelas. Dalam hal ini, Ibn al-Mubarak yang
menyebutkan;
الإسْنَادُ مِنَ الدّيْنِ لَوْ لاَ الإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ
شَاءَ مَا شَاءَ
Sanad adalah bagian dari agama, kalau bukan kerana
sanad, orang akan berkata seenaknya saja.”( Ibn ash-Shalah, al-Muqaddimah, h.
239)
Sehingga kemudian hadith seperti di atas dalam
kajian ilmu hadith disebut sebagai hadith yang la ashla lahu atau laisa lahu
ashl (tidak ada dasarnya). Hadith-hadith yang la ashla lahu seperti ini, tidak
boleh dibenarkan kerana tergolong sebagai hadith maudhu’ (palsu).
Sebuah ungkapan berharga Imam as-Syafie rh dalam
ilmu hadith:-
وَجِمَاعُ هَذَا أَنَّهُ لَا
يُقْبَلُ إِلَّا حَدِيثٌ ثَابِتٌ كَمَا لَا يُقْبَلُ مِنَ الشُّهُودِ إِلَّا مَنْ
عُرِفَ عَدْلُهُ، فَإِذَا كَانَ الْحَدِيثُ مَجْهُولًا أَوْ مَرْغُوبًا عَمَّنْ
حَمَلَهُ كَانَ كَمَا لَمْ يَأْتِ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِثَابِتٍ
“Kesimpulan dari semua ini, bahawa tidaklah (sebuah
hadith) diterima kecuali hadith yang sah, sebagaimana tidaklah para saksi
diterima (persaksiannya) kecuali orang yang dikenali keadilannya. Sehingga
apabila hadith itu tidak diketahui atau dijarh perawinya, maka seakan hadits
itu tidak ada, kerana ketidaksahannya.” (Ma’rifat Sunan Wal Atsar, 1/180).
Buya Yahya juga menilai hadith ini adalah palsu
dalam https://www.youtube.com/watch?v=PV5TsYptUn4 minit ke 0.40 – 1.00.
No comments:
Post a Comment