Saturday, 19 October 2019

Menyiram kubur dengan air


Matan hadith


أن النبي ( صلى الله عليه وسلم ) رش على قبر ابراهيم ابنه ووضع عليه حصباء


Terjemah

“Sesungguhnya Nabi Muhammad ShallaAllahu alaihi wa sallam menyiram [air] diatas kubur Ibrahim, anaknya dan meletakkan kerikil diatasnya.”


Takhrij

HR. At-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath, dari Aisyah ra, no. 6146, sanadnya kuat.

Syekh Al-Albani rahimahullah mengatakan, “Dalam memercikkan air di kuburan banyak hadith, akan tetapi ada cacatnya –sebagaimana saya telah jelaskan hal itu dalam kitab Irwa’ul Ghalil (3/205 – 206) kemudian saya dapatkan di Mu'jam Al-Awsath, oleh Ath-Thabrani hadith dengan sanad kuat bahawa Nabi sallallahu alaihi wa sallam memercikan air di kuburan anaknya Ibrahim, maka saya kutip riwayat tersebut dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3045.

Adapun keyakinan sebagian orang bahawa memercikkan air di atas kuburan itu bermanfaat bagi mayat. Maka keyakinan seperti ini adalah batil tidak ada asalnya. Anjurkan tentang hal tersebut semata agar dapat menguatkan tanah.


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 156412

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...