Wednesday, 27 November 2019

Hadith 9 hal yang diperintahkan



Matan hadith


أوصاني ربي بتسع: أوصاني بالإخلاص في السرِّ والعلانية، والعدل في الرِّضا والغضب، والقصد في الفقر والغِنى، وأن أعفو عمَّن ظلمني، وأُعطي مَن حرمني، وأصل مَن قطعني، وأن يكون صَمتي فكرًا، ونطقي ذكرًا، ونظري عبرًا


Terjemahan

“Tuhanku memerintahkanku sembilan hal; ikhlas secara sembunyi dan terbuka, berlaku adil semasa reda dan marah, bersederhana ketika fakir dan kaya, memaafkan orang yang menzalimiku, menyambung perhubungan dengan yang memutuskan, memberi kepada yang membenciku, diamku untuk berfikir, bicaraku untuk berzikir, dan yang ku lihat menjadi pengajaran.”


Takhrij

Pengkaji di web al-Durar al-Saniyyah menyatakan ia tidak sahih, no. 140 (https://www.dorar.net/fake-hadith/140)




Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah RA dengan lafaz:


Matan hadith


أَمَرَنِي رَبِّي بِتِسْع: خَشْيَةِ الله في السِّرِّ والعلانية، وكلمة العدل في الغضب والرضى، والقصد في الفقر والغنى، وأن أَصِلَ مَنْ قَطَعَنِي، وأعطي مَنْ حَرَمَنِي، وأعْفُوَ عَمَّنْ ظَلَمَنِي، وأن يكون صَمْتي فِكْرا، ونُطْقِي ذِكْرا، ونظري عبرة، وآمرُ بالعُرْف، وقيل: بالمعروف

Takhrij

HR Razin dalam Tajrid al-Sihah al-Sittah, Ibnu al-Asir dalam Jami’ al-Usul 11/687, al-Tabrizi dalam Misykat al-Masabih no. 5358, al-Maghribi dalam Jami’ al-Fawaid 4/139 dan al-Tabari dalam Tafsirnya 7/346.

Syeikh Abdul Qadir al-Arnauth (pentahqiq kitab Jami’ al-Usul no. 9317) berkata: Tiga ayat yang pertama telah diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Ausath dari Anas, al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dari Abu Hurairah, iaitu lafaz: “Takuti Allah semasa sembunyi dan terbuka, berlaku adil semasa marah dan reda, bersederhana semasa fakir dan kaya” adalah hadith hasan. Dan tiga ayat yang berikutnya diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabarani, dan al-Hakim dari Abu Hurairah, juga Ahmad dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin Amir; juga al-Tabarani di dalam al-Ausat dari Ali, juga al-Tabarani dari Mu’az bin Anas, al-Bazzar dari ‘Ubadah bin al-Samit, adalah hadith hasan dengan jalur-jalur dan syawahidnya. Dan tiga ayat yang akhirnya, tidak dijumpai jalur-jalur dan syawahidnya.

Ibnu Taimiyyah dalam Manahij Sunnah Nabawiyah 7/157 berkata, dia Razin suka menyebut perkara-perkara yang tidak betul dalam bukunya. Dan As-Syaukani berkata dia memasukkan hal-hal/cerita-cerita yang tidak diketahui asalnya (Fawaid Majmuah hal. 49)


Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abu Dunya dari al-Hasan bin Zakwan RH berkata: 
Sesungguhnya Nabi Daud AS berkata:



Matan hadith

أَوْصَانِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ بِتِسْعِ خِصَالٍ أَوْصَانِي بِخَشْيَتِهِ فِي السِّرِّ وَالْعَلانِيَةِ وَالْعَدْلِ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَا وَالاقْتِصَادِ فِي الْغِنَى وَالْفَقْرِ وَأَوْصَانِي أَنْ أَصِلَ مَنْ قَطَعَنِي وَأَنْ أُعْطِيَ مَنْ حَرَمَنِي وَأَعْفُوَ عَمَّنْ ظَلَمَنِي وَأَنْ يَكُونَ نَظَرِي عِبَرًا وَصَمْتِي تَفَكُّرًا وَقُولِي ذِكْرًا


Terjemahan

Seperti di atas


Takhrij

HR. Ibn Abi Duniya dalam Islah al-Mal no. 312 (1/325)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...