Sunday, 3 November 2019

Hadith tuntutan doa berjemaah?


1 Matan hadith

لا يجتَمعُ ملأٌ فيدعو بَعضُهُم ويؤمِّنُ بعضُهُم إلَّا أجابَهُمُ اللَّهُ


Terjemahan

Tidak lah berkumpul suatu kaum Muslimin, lalu sebagian mereka berdoa, dan sebahagian lainnya mengucapkan amin, kecuali Allah pasti mengabulkan doa mereka


Takhrij

HR. al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir no. 3536, al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah 7/113 dan al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 5478, dari Habib bin Maslamah al-Fihri RA. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Targhib no. 272.

Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid 10/173, para perawi hadith ini adalah para perawi hadith sahih, kecuali Ibn Lahi’ah, seorang yang hadithnya bernilai hasan.
Ibnu Hajar al-Asqhalani dalam Nataij al-Afkar 2/34 menilai hadith ini sebagai gharib.

Az-Zahabi mendiamkannya tanpa komentar dalam al-Talkhish (Mustadrak al-Hakim 3/390).



2 Matan hadith


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: اَلدَّاعِيْ وَالْمُؤَمِّنُ فِي اْلأَجْرِ شَرِيْكَانِ


Terjemahan

Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang berdoa dan orang yang membaca amin sama-sama memperoleh pahala.


Takhrij

HR. al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus no. 3093, dari Ibnu Abbas RA. As-Suyuthi di dalam Jami’as-Saghir no. 4229 menilai hadith ini dhaif. Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3608.



3 Matan hadith


كنا عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال: " هل فيكم غريب؟ " يعني أهل الكتاب. فقلنا: لا يا رسول الله. فأمر بغلق  الباب، وقال: " ارفعوا أيديكم، وقولوا: لا إله إلا الله " فرفعنا أيدينا ساعة، ثم وضع رسول الله صلى الله عليه وسلم يده، ثم قال: " الحمد لله، اللهم بعثتني بهذه الكلمة، وأمرتني بها، ووعدتني عليها الجنة، وإنك لا تخلف الميعاد " ثم قال: " أبشروا، فإن الله عز وجل قد غفر لكم


Terjemahan

Suatu ketika kami bersama Nabi Saw. Beliau berkata: “Apakah di antara kamu ada orang asing?” Kami menjawab: “Tidak ada, ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah memerintahkan agar mengunci pintu. Kemudian bersabda: “Angkatlah tangan kalian dan ucapkan la ilaha illlallah.” Maka kami mengangkat tangan kami beberapa saat. Kemudian Rasulullah Saw berkata: “Ya Allah, Engkau telah mengutus aku membawa kalimat ini, dan Engkau janjikan surga padaku dengan kalimat tersebut, sedangkan Engkau tidak akan menyalahi janji.” Kemudian Rasulullah Saw bersabda: “Bergembiralah, kerana Allah telah mengampuni kalian.


Takhrij

HR. Ahmad no. 17121, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 7163, al-Bazzar no 2929, 2356, al-Hakim no. 1783, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqdari 17/447, Ubadah bin Shamit. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Targhib no. 924.



Pendapat ulama

Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya:

يكره أن يجتمع القوم يدعون الله سبحانه وتعالى ويرفعون أيديهم؟

“Apakah diperbolehkan sekelompok orang berkumpul, berdoa kepada Allah subhanahu wa ta’ala, dengan mengangkat tangan?”


Maka beliau mengatakan:

ما أكرهه للإخوان إذا لم يجتمعوا على عمد، إلا أن يكثروا

“Aku tidak melarangnya jika mereka tidak berkumpul dengan sengaja, kecuali kalau terlalu sering.” (Diriwayatkan oleh Al-Marwazy di dalam Masail Imam Ahmad bin Hambal wa Ishaq bin Rahuyah 9/4879)

Berkata Al-Marwazy:

وإنما معنى أن لا يكثروا: يقول: أن لا يتخذونها عادة حتى يعرفوا به

“Dan makna “jangan terlalu sering” adalah jangan menjadikannya sebagai kebiasaan, sehingga dikenal oleh manusia dengan amalan tersebut.” (Masail Imam Ahmad bin hambal wa Ishaq bin Rahuyah 9/4879).

Amalan berdoa oleh imam dan makmum secara jamaie selepas sembahyang adalah bidaah, yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Yang dilakukan baginda ialah doa di dalam solat. (Ibnu Taimiyah, Majmu Fatawa 22/305, 300).

Berdoa setelah solat tidak mengapa. Namun hendaknya setiap Muslim berdoa masing-masing. Baik ia berdoa untuk dirinya sendiri, untuk saudaranya sesama Muslim, berdoa untuk kebaikan agamanya atau kebaikan dunianya, namun dilakukan sendiri-sendiri. Tidak dengan berjamaah. Adapun berdoa berjamaah setelah solat, ini adalah bidaah. Kerana perbuatan ini tidak pernah diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga tidak pernah diriwayatkan dari generasi terbaik umat ini (iaitu sahabat Nabi, tabi’in, tabi’ut tabi’in) bahawa mereka berdoa berjamaah dengan cara imam mengangkat tangannya lalu diikuti para makmum mengangkat tangannya kemudian mereka berdoa berjamaah bersama imam. Ini adalah bidaah (Majmu’ Fatawa Syaikh Soleh Al Fauzan, 2/680).

Berkenaan dengan cara berkumpulan dan dengan meninggikan suara memang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Justeru, masalah ini menjadi khilaf di kalangan ulama’ sama ada bidaah atau tidak. Pembahagian bidaan itu sendir terbahagi kepada dua iaitu bidaah yang baik dan bidaah yang tercela atau tidak. Saya cenderung kepada pendapat yang meraikan suasana setempat. Untuk penjelasan lebih lanjut, bolehlah merujuk kepada beberapa kitab seperti al-Azkar karangan Imam al-Nawawi Rahimahullah dan lain-lain (Irsyad al-Fatwa no. 9, Mufti Wilayah Persekutuan).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...