Matan hadith
لَمَّا خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْغَارِ أُرَاهُ قَالَ: الْتَفَتَ إِلَى
مَكَّةَ -وَقَالَ: "أَنْتِ أَحَبُّ بِلَادِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ، وَأَنْتِ
أَحَبُّ بِلَادِ اللَّهِ إِلَيَّ، وَلَوْ أَنَّ الْمُشْرِكِينَ لَمْ يُخْرِجُونِي
لَمْ أَخْرُجْ مِنْكِ"
Terjemahan
Bahawa Rasulullah saw ketika keluar dari Mekah menuju ke gua tempat
persembunyiannya. Ketika sampai di gua itu baginda menoleh ke arah Mekah, lalu
berkata: Sesungguhnya engkau adalah negeri Allah yang paling disukai oleh-Nya,
dan engkau adalah negeri Allah yang paling aku sukai; seandainya orang-orang
musyrik itu (penduduknya) tidak mengusirku, aku tidak akan keluar
meninggalkanmu.
Takhrij
HR. at-Thabari dalam Tafsirnya
26/48 dan Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 4/176 dari Qatadah dan Ibnu Abbas
ra.
Disahihkan oleh al-Qurtubi dalam Tafsirnya 19/258
No comments:
Post a Comment