Tuesday 24 December 2019

Hadith ziarah kubur waktu hari raya


Hadith pertama:

Matan hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ النُّعْمَانِ بْنِ شِبْلٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ النُّعْمَانِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَمِّ أَبِي، عَنْ يَحْيَى بْنِ الْعَلَاءِ الرَّازِيِّ، عَنْ عَبْدِ الْكَرِيمِ أَبِي أمَيَّةَ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدِهِمَا فِي كُلِّ جُمُعَةٍ غُفِرَ لَهُ، وَكُتِبَ بَرًّا»

Terjemahan

“Barang siapa menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya, pada setiap hari Jumaat nescaya diampunkan baginya dan dicatat sebagai anak yang berbakti”


Takhrij

HR. at-Thabrani di dalam Mu’jam Al-Ausath 6/175 dari Abu Hurairah ra. Dihukum palsu oleh Al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 49.
Al-Haitsami dalam Majma Zawaid 3/62 mengatakan di dalam sanadnya terdapat Abu Karim Abi Umayyah, dia dhaif. Al-Albani mengatakan di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Nu’man, dia Majhul, manakala Yahya bin Al-Ala adalah Matruk. As-Suyuthi memasukkan hadith ini di dalam al-Nukat al-Maudhuat no. 128.

Hadith Kedua:

Matan hadith

حدثنا صالح بن محمدٍ، قال: حدثنا أبو مقاتل، عن عبد العزيز بن أبي روادٍ، عن نافعٍ، عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: من زار قبر أبويه، أو أحدهما احتساباً، كان كعدل حجةٍ مبرورة، ومن كان زواراً لهما، زارت الملائكة قبره.

Terjemahan

“Sesiapa menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya dengan penuh keikhlasan ianya menyamai pahala haji yang mabrur dan sesiapa menziarahi kedua-duanya maka malaikat akan menziarahi kuburnya pula”

Takhrij

HR. Ibnu Adiy dalam Kamil al-Dhuafa’ 2/393, dari Ibnu Umar ra.

Hadith ini dibawakan oleh Ibnu Jauzi di dalam Al-maudhuat 3/239, Imam Suyuthi di dalam al-La'ali' dengan perbezaan pada lafaz. Berkata Ibnu Hibban 3/556, hadith ini tidak mempunyai asal. Manakala Abu Muqatil Hafs bin Sulaim meriwayatkan perkara-perkara mungkar dan hadithnya ditinggalkan (Dzakirah Huffaz 4/2289).

Atsar 1

Matan hadith

حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ ، قَالَ : صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ فِطْرٍ ، فَإِذَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ ، فَلَمَّا قَضَيَا الصَّلاَةَ خَرَجَا ، وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَّانَةِ.

Terjemahan

Dari Atha’ bin Sa’ib ia berkata: ‘Saya solat Subuh di masjid ini di hari raya fitri, ternyata bertemu dengan Abu Abdirrahman dan Abdullah bin Ma’qil. Setelah kami melakukan solat, keduanya keluar, saya juga keluar bersamanya, menuju ke kuburan”

Takhrij

HR. Ibnu Abi Syaibah di dalam Musannafnya no. 5655, 5658 dari Atha’. Hadith lemah

Atha’ bin Sa’ib ini merupakan perawi yang mengalami iktilaf di masa tuanya, sehingga ulama membezakan riwayat yang diterima sebelum dan selepas ikhtilaf.

Berkata Abu Hatim Al-Razi: ‘tidak disibukkan (riwayat Atha’ bin Sa’ib) dengan riwayat dari Jarir, Abu Ahwal dan Nusair bin Abi Asy’ath.’

Atsar 2

Matan hadith

حَدَّثَنَا الْمُثَنَّى، قَالَ: ثنا سُوَيْدٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ سَهْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي قُبُورَ الشُّهَدَاءِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ حَوْلٍ فَيَقُولُ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ، فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ» ، وَأَبُو بَكْرٍ، وَعُمَرُ، وَعُثْمَانُ "
Terjemahan

Nabi Shallahu 'alaihi wa Sallam selalu mendatangi makam para syuhada setiap tahun, lalu berkata: “Salam sejahtera semoga buat kalian sebab kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” Hal ini juga dilakukan oleh Abu Bakar, Umar dan Utsman

Takhrij

HR.  Ibnu Jarir Al-Thabari di dalam Tafsirnya dan Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya dari Muhammad bin Ibrahim.

Terputus sanadnya. Muhammad bin Ibrahim Al-Tamimi adalah Tabiin dan tidak berjumpa dengan Nabi Shallahu 'alaihi wa Sallam.
Az-Zailaie berkata, ‘dari Sahil bin Muhammad bin Ibrahim Al-Tamimi, secara Mursal, dan ia Mu'dhal’ (Tarikh al-Kasyaf 2/18).

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah hadith Dhaif no. 6629.

Atsar 3

Matan hadith

حَدَّثَنَا أَبُو حُمَيْدٍ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَامِدٍ الْعَدْلُ بِالطَّابرَانِ، ثنا تَمِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، ثنا أَبُو مُصْعَبٍ الزُّهْرِيُّ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي فُدَيْكٍ، أَخْبَرَنِي سُلَيْمَانُبْنُ دَاوُد ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، كَانَتْ «تَزُورُ قَبْرَ عَمِّهَا حَمْزَةَ كُلَّ جُمُعَةٍ فَتُصَلِّي وَتَبْكِي عِنْدَهُ»

Terjemahan

‘Sesungguhnya Fatimah binti Rasulullah Shallahu 'alaihi wa Sallam selalu berziarah ke makam bapa saudaranya, Hamzah setiap hari Jumaat, lalu menunaikan solat dan menangis di sampingnya’

Takhrij

HR. al-Hakim di dalam Mustadrak 1/377 no. 1436 dan Al-Baihaqi di dalam Sunan Kubra 4/78 no. 6799.

Imam Az-Zahabi berkata riwayat ini mungkar sekali, dan Sulaiman, dia dhaif (Talkhish Mustadrak no. 91). As-Shan’ani berkata hadith ini mursal dalam Sabil al-Islam 2/182. Syeikh al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz hal. 233, menilai hadith ini batil dan tidak mempunyai asas.

Atsar 4

Matan hadith

عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: كَانَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «تَزُورُ قَبْرَ حَمْزَةَ كُلَّ جُمُعَةٍ»

Terjemahan

‘Fatimah binti Rasulullah Shallahu 'alaihi wa Sallam selalu berziarah ke makam Hamzah setiap hari Jumaat.’

Takhrij

HR.  Abdul Razzaq di dalam Musannafnya 3/572 no. 6713 dan Sunan Saghir no. 935. Berkata pentahqiq Musannaf Habiburrahman al-A’zhami, sanadnya munqathi’.
Kelihatan atsar ini hampir sama sanadnya dengan di atas. Namun kelihatan Ibnu Uyainah meriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad dari Muhammad bin Ali bin Al-Hussain bin Ali bin Abi Thalib. Beliau lahir sekitar 56H, sedangkan Fatimah wafat pada 11H. Maka Muhammad bin Ali tidak mendengar dari Fatimah. Wallahu A’lam.

Catatan:

1.Jika dilihat kebanyakkan hadith-hadith dan atsar-atsar yang dibawakan tidak merujuk kepada ziarah khusus pada hari Eid, melainkan ianya berlaku pada hari jumaat atau pada hari lainnya.

2. Ziarah kubur tidaklah dilarang sama sekali bagi lelaki meskipun ulama berbeza pandangan ziarah kubur bagi wanita. Namun apabila mengkhususkan sesuatu amalan yang umum pada satu ketetapan waktu yang khusus maka ianya menjadi bid’ah. Wallahu A’lam.

3. Hari Eid adalah hari untuk bersuka dan bergembira, namun aktiviti berziarah kuburan ketika itu tidak akan menzahirkan rasa bergembira.


Wallahu A’lam.



No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...