Matan hadith
نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل
Terjemahan
Tidurnya orang alim lebih baik
dari ibadahnya orang jahil
Takhrij
Tidak ditemui asal, palsu menurut
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 97083
Ia banyak ditemukan dalam kitab
Syiah:
Diriwayatkan oleh Syeikh
Ash-Shaduuq dalam kitabnya Man laa Yahdhuruhu al-Faqiih 4/352-367 dari Ali ra:
عن حماد بن عمرو، وأنس بن محمد عن أبيه، جميعا – يعني حمادا
ومحمدا والد أنس – عن جعفر بن محمد، عن أبيه، عن جده، عن علي بن أبي طالب، عن النبي
صلى الله عليه وسلم أنه قال له : - وذكر حديثا طويلا جدا – وفيه: " يا علي ! نوم
العالم خير من عبادة العابد " .
Dari Hammad bin ‘Amr dan Anas bin
Muhammad, dari bapanya; Keduanya (iaitu Hammad dan Muhammad bapa Anas)
meriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad, dari bapanya, dari datuknya, dari Ali
bin Abi Thalib, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya beliau
bersabda: - Kemudian menyebutkan hadith yang sangat panjang – dan disebutkan di
dalamnya “Wahai Ali, Tidurnya orang yang berilmu lebih baik daripada ibadahnya
seorang ahli ibadah”
Selain itu, hadith ini ditemukan
dalam kitab Syiah lain seperti Makarim al-Akhlaq hal. 441 oleh at-Tabrisi;
Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi, 2/25 (Palsu, Fatwa Soaljawab Islam no. 171514)
Ditemukan juga satu hadith dengan
lafaz yang sedikit berbeza:
Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim
dalam kitabnya Hilyatul Auliyaa’ 4/385:
قال: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: ثنا
عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْحَسَنِ، قَالَ: نا أَحْمَدُ بْنُ يَحْيَى الصُّوفِيُّ،
قَالَ: نا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى الضَّرِيرُ، قَالَ: ثنا جَعْفَرُ بْنُ مُحَمَّدٍ،
عَنْ أَبِيهِ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ، عَنْ
سَلْمَانَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «نَوْمٌ عَلَى
عِلْمٍ خَيْرٌ مِنْ صَلَاةٍ عَلَى جَهْلٍ».
Dari Salman, bahawasanya Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidur dalam keadaan berilmu lebih baik
dari pada shalat dalam keadaan bodoh”.
Abu Nu’aim berkata:
كَذَا رَوَاهُ الْأَعْمَشُ عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ، وَأَرْسَلَهُ
أَبُو الْبَخْتَرِيِّ عَنْ سَلْمَانَ أَيْضًا
Seperti inilah Al-A’masy
meriwayatkannya dari Abu Al-Bakhtari, dan Abu Al-Bakhtari juga meriwayatkannya
secara mursal (terputus) dari Salman.
Syeikh Albani berkata: Hadith ini
lemah, sanadnya mudzlim (banyak perawinya yang tidak diketahui), mulai dari
perawi setelah Al-A’amasy aku tidak mengetahui siapa mereka. [Silsilah Hadith
Dhaif no.4697]
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 171514
No comments:
Post a Comment