TAHUKAH KITA???
Bahawa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi
Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat.
hal ini sudah dijelaskan di dalam al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar,
tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..
Jawapan:
Tafsiran yang keliru terhadap ayat tersebut.
Ayat tersebut
فَلَوْلَا
أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ
QS. As-Shaffat:143-144
Menafsirkan TASBIH Nabi Yunus ah ketika
ditelan ikan Nun, dia memperbanyakkan TASBIH bukan istighfar. Ayat ini juga
disalah ertikan dan Ia tak menunjukkan
bahawasanya ikan tersebut hidup. (Tafsir Al-Wajiz / Syaikh Prof. Dr. Wahbah
az-Zuhaili QS. As-Shaffat:143-148)
Kisah ikan nun ni hidup ke tak hidup ke, tiada kepentingan
kepada umat untuk diketahui. Maka lebih baik tidak menyibukkan diri kepada
hal-hal seperti itu.
Taukah anda....?
Bahwa janin semasa dalam kandungan perut
ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dr lahir sampai mati, karena
itu, terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru, tapi seolah
tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.
Jawapan:
Yang sebetulnya bukan tempat tetapi ketetapan
rezeki, umur, amalan dan celaka/bahagia.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim- dari
abu abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anh, katanya:
Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w dan ia benar lagi
dibenarkan (ertinya ia (Rasulullah) yang benar dan dibenarkan segala
tindakannya) ; sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam
perut ibunya selama empat puluh hari air mani, kemudian jadi segumpal darah
seperti demikian itu empat puluh hari, kemudian jadi seketul daging seperti
demikian itu juga iaitu empat puluh hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat
lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimah, iaitu
rezekinya dan umurnya dan amalnya serta celakanya atau bahagianya. Maka demi
Allah yang tidak ada tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang daripada kamu
mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga
melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun
mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah ia kedalamnya. Dan
sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal dengan ahli neraka sehinggar
antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, mungkin terdahulu atasnya
ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amal ahli syurga, maka
masuklah ia ke dalamnya.
(HR.
Bukhari no. 6594 dan Muslim no. 2643).
Taukah anda.....?
Di saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah
mati, ini terjadi dalam hitungan saat, setelah itu berfungsi normal kembali,
inilah kenapa dalam islam di sunnahkan membaca alhamdulillah setelah bersin,
sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.
Jawapan:
Bukanlah sedemikian. Bersin adalah reflek automatik tubuh terhadap
kemasukan bendasing/alergen pada permukaan membran nasal (hidung), lalu
menghantar isyarat ke otak untuk menghalang atau menyingkirkan
bendasing/alergen/kuman (100 batu sejam dgn jumlah 100000 kuman ke udara)
tersebut dari terus menembusi tubuh badan
(https://www.webmd.com/allergies/features/11-surprising-sneezing-facts)
Maka disitulah kalau diperjelaskan kenapa Nabi saw mengajar ucapan
selepas bersin itu adalah Alhamdulillah. Kerana tubuh berjaya menyingkirkan
sebahagian besar kuman2 dari terus memasuki tubuh. Sy suka untuk mengingatkan
kembali segala bentuk nas dari al-Quran dan Sunnah tidak semestinya memerlukan penjelasan /
pengukuhan bukti sains atau selainnya. Kerana kedudukan nas itu mengatasi
segalanya, dia adalah evidence paling tinggi dalam Islam. Nas hendaklah
diterangkan melalu kerangka syariat dahulu, barulah diterangkan melalui
pembuktian aqli sebagai mukjizat membenarkan nas. Dalam konteks sunnah/hadith
Nabi saw, berkaitan syariat, baginda tidaklah bercakap berdasarkan hawa nafsu
melainkan wahyu. So sebaiknya kita sami'na wa atha' na dulu. Ini syariat, kita
ikut saja sebagai taabudi kita kepada perintah dan larangan
dalam syariat.
Bila bersin Nabi saw ajar sebut Alhamdulillah, maka kita buat itu dulu.
Dan agama juga suruh manusia itu berinovasi dan mengkaji menggunakan
akal yang diberi untuk melihat kebesaran Allah swt.
Maka, dari objektif itulah kajian2 dibuat untuk menyelongkar mukjizat
al-Quran dan as-Sunnah lalu membenarkannya. Kita kaji-kaji bersin itu
sebenarnya untuk menyingkirkan kuman, maka bertepatanlah kita disuruh menyebut
Alhamdulillah.
Maka bukanlah bersin tu mematikan jantung lalu
mematikaan semua sistem tubuh seketika. Takkan mati kita sebut Alhamdulillah?
Tahukah anda.....?
Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda
bahawa tubuh kita memerlukan tambahan oksigen
Jawapan:
Mengantuk adalah berpunca dari kekurangan
oksigen di otak.
Kekurangan oksigen di otak disebabkan kekurangan
bekalan oksigen dari peparu yang membawa oksigen kerana telah digunakan oleh
organ2 lain.
So untuk menambah bekalan oksigen secara
cepat selain dari pernafasan melalui hidung, makan pernafasan secara pantas
menggunakan mulut diperlukan untuk menambah bekalan oksigen itu dengan segera.
Maka sebab itulah kita menganga mulut untuk
menguap, sebab nak kaut oksigen (Gupta S, et al. (2013). Yawning and its
physiological significance. DOI:
10.4103/2229-516X.112230)
Tahukah anda......?
Bahawa memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah,
kerana itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam jumlah ganjil,
agar berubah menjadi karbohidrat.
Jawapan:
Kurma makan genap ke ganjil ke ,
hasilnya bila dicernakan diperut tetap ditukarkan kepada gula ringkas sebagai
hasil akhir proses penguraian secara fizikan dan kimia sebelum memasuki
peredaran darah ke hati ke hati dan digunakan seliruh tubuh sebagai tenaga (ATP).
Fakta asas yg perlu diketahui orang awam:
Gula adalah salah satu bentuk karbohidrat
Karbohidrat terbina dari unit asas, yang kita
panggil gula ringkas (monomer) seperti galaktosa, fruktosa, glukosa ( Berg,
Jeremy M. 2007. Biochemistry. Sixth Ed. New York: W.H. Freeman. 303-325).
Satu kajian ilmiah telah dilakukan penyelidik
daripada Iraq menunjukkan tiada perbezaan bacaan gula dalam darah antara
kumpulan kajian yang diberi bilangan kurma yang ganjil dan genap (Auqbi, T., K.
Al-Robaiaay, Y., F.R. AL-Auqbi, T. (2019). The Effect of Eating Even or Odd
Number of Dates, on Blood Glucose Level. International Journal of Advanced
Biological and Biomedical Research, 7(Issue 2, pp. 105-190.), 184-190. doi:
10.33945/SAMI/IJABBR.2019.2.9).
Cumanya apabila melakukan sesuatu perkara
yang berbilang, adalah sunnah untuk dilakukan dalam bilangan ganjil menurut
ulama.
Sesungguh Allah swt itu witir (tunggal), dan
Dia sukakan yang witir (ganjil) (HR. Abu Daud no. 1416, disahihkan oleh Syeikh
al-Albani)
Tahukah anda......
Bahawa tepat setelah dikumandangkannya azan
itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.
Jawapan:
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda;
“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan
iqamah” (HR. Abu Daud no. 521, disahihkan oleh Syeikh al-Albani).
Tahukah anda......?
Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita solat? abi Muhammad saw
bersabda: "sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia
membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu d taruh di atas kepala
dan kedua pundaknya, maka ketika tiap kali ia rukuk atau sujud berjatuhanlah
dosa-dosa tersebut" wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam
solatnya, tenanglah... dan tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu, agar lebih
banyak lagi berguguran dosa-dosamu.
Jawapan:
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka
diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia
rukuk atau sujud akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu." (HR At-Tabrani,
disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 1671)
Tahukah anda.......?
Diceritakan ada seorang wanita solehah yg
meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya
mawar dari dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahawa istrinya itu semasa hidup selalu
membaca surah al-Mulk, setiap mahu tidur.. sesungguhnya surat al-Mulk itu menyelamatkan
dari siksa kubur.
Jawapan:
Dari Ibnu Abbas tentang penamaan surah
Al-Mulk dengan nama Al-Waqiyah dan Al-Munjiyat, Rasulullah saw. bersabda,
“Surah Al-Mulk adalah surah pencegah, ia adalah surah penyelamat yang dapat
menyelamatkan (pembacanya) dari azab kubur (HR. at-Tirmidzi no. 2890 dan
at-Thabarani no. 12801).
Imam at-Tirmidzi (Sunan Tirmidzi) - Jalur
sanad hadith ini hasan gharib.
Al-Dimyathi (Mutajir ar-Rabih no. 199) - sanadnya
saqim (sakit).
Syeikh al-Albani (Dhaif Jami' no. 6101) -
dhaif.
Al-Mubarakfuri (Tuhfat al-Ahwadzi, 7/309) -
dhaiful isnad.
Syeikh al-Arnauth (Siyar 'alam an-Nubala,
7/169) - dhaiful isnad.
Tahukah anda.......?
Ketika kita membaca ayat kursi tiap usai
solat, maka tidak ada penghalang antara kita dan syurga kecuali maut.
Jawapan:
Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap
selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga
melainkan mati”[HR. at-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir no. 7532; al-Nasa’ie
di dalam al-Sunan al-Kubra no. 9848. Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban].
Tahukah anda.......?
Bahawa para malaikat mendoakan kita ketika
usai solat, kerana itu jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk solat
kita.
Jawapan:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat
kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia
melakukan solat.” (HR. Ahmad no. 8106, disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth).
No comments:
Post a Comment