Matan
حَدَّثَنَا
الْفِرْيَابِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ لَهِيعَةَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زِيَادِ بْنِ
أَنْعُمٍ، عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرو، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ” سَبْعَةٌ لا يَنْظُرُ
اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلا يُزَكِّيهِمْ، وَيَقُولُ ادْخُلُوا
النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ: الْفَاعِلُ وَالْمَفْعُولُ بِهِ،
وَالنَّاكِحُ
يَدَهُ، وَنَاكِحُ الْبَهِيمَةِ، وَنَاكِحُ الْمَرْأَةِ فِي دُبُرِهَا، وَجَامِعٌ
بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَابْنَتِهَا، وَالزَّانِي بِحَلِيلَةِ جَارِهِ، وَالْمُؤْذِي
لِجَارِهِ حَتَّى يَلْعَنَهُ “
Terjemahan
Telah menceritakan
kepada kami Al-Firyaabiy, ia berkata, telah menceritakan kepada kami Qutaibah
bin Sa’iid, ia berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullaah bin Lahii’ah,
dari ‘Abdurrahman bin Ziyaad bin An’am, dari Abu ‘Abdirrahman Al-Hubuliy, dari
‘Abdullaah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, Rasulullah Shallallaahu
‘alaihi wasallam bersabda, “Tujuh golongan yang Allah tidak akan melihat mereka
di hari kiamat, dan juga tidak mensucikan mereka, dikatakan kepada mereka,
“Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang memasukinya, iaitu orang yang
mengerjai dan dikerjai, orang yang menikahi tangannya (onani), orang yang
menggauli haiwan, orang yang menggauli isterinya pada duburnya, orang yang
mengumpulkan (mengawini) seorang wanita dan puterinya, orang yang menzinahi isteri
tetangganya, dan orang yang menyakiti tetangganya hingga ia melaknatnya.”
Takhrij
HR. Ibnu Bishran
dalam al-‘Amali no. 479, Abu Syaikh al-Asbahani dalam Majlis min Hadithah hal. 62,
al-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin hal. 97 dari Abdullah bin’Amr ra.
Didhaifkan as-Suyuthi
dalam Jamius Saghir no. 4584.
Abu Minhal dalam Tahqiq
Tahrim al-Liwath berkata terdapat perawi yang dhaif bernama ‘Abdurrahman bin
Ziyaad bin An’am.
Didhaifkan oleh
Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 1/385 kerana Ibnu Lahiyah yang terkenal dengan
kedhaifannya.
Juga didhaifkan
oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 319
Syeikh Amru Abdul Muneim
Salim dalam Qawaid Hadithiyyah hal. 128 berkata sanad dan matan hadith ini
munkar.
No comments:
Post a Comment