Seperti
tular di:-
(https://www.tarbawia.net/2020/02/bikin-takjub-prediksi-ulama-ini-soal.html)
(https://www.youtube.com/watch?v=-3GzxV-WxQg)
https://www.faktakini.net/2020/02/habib-abubakar-al-adni-sudah-prediksi.html
https://www.ngelmu.co/prediksi-ulama-yaman-soal-corona-puluhan-tahun-lalu/
Habib
Abu Bakar Adni al-Masyhur pernah menulis buku dengan judul "Al-Usus
Wal-Munthalaqat" (membahas tentang fenomena-fenomena di akhir zaman).
Disebutkan bahawa diantara tanda-tanda akhir zaman yaitu munculnya berbagai
penyakit yang tidak pernah ada di zaman dahulu, termasuk diantaranya (beliau
sebutkan dalam buku tersebut hal. 318, no. 74) "kuruna", flu burung,
flu babi, dan lain sebagainya.
Matan
kitab (hal. 318)
ومن
العلامات الصغرى المنصوص عليها في أحاديث من لا ينطق عن الهوى انتشار العديد من الأمراض
الوبائية على غير سابق عهدها في الأمم والشعوب
وقد
برزت هذه الظاهرة وتفشت وخاصة في مراحلنا الأخيرة، فظهرت الأمراض الوبائية الخطيرة
كالإيدز وإنفلونزا الطيور والخنازير وحمى
الكورونا وغيرها من الأمراض المستعصية التي لا زال العلماء يبحثون عن وسائل
علاجها ومعرفة أسباب انتشارها في الشعوب إلى اليوم
Terjemahan
Dan
di antara tanda-tanda kiamat kecil yang disebutkan dalam beberapa hadis makhluk
yang tidak pernah berkata sesuatu berdasarkan hawa nafsunya (Nabi Muhammad
SAW), adalah tersebarnya beberapa wabak penyakit yang tidak pernah terjadi di
kalangan umat dan masyarakat terdahulu.
Sungguh
telah muncul dan tersebar berita dalam waktu-waktu dekat akan kemunculan wabak
penyakit yang membahayakan seperti AIDS, Flu Burung, Flu Babi, Corona dan lain
sebagainnya yang termasuk dari beberapa penyakit yang sulit untuk diobati, di
mana para ilmuwan masih mencari cara
pengobatan dan sebab tersebarnya penyakit-penyakit ini di kalangan masyarakat
sampai sekarang.
Penjelasan
kepada kenyataan yang mengelirukan seperti berikut:-
1) Pernyataan tanda kiamat yakni
munculnya wabak itu adalah benar seperti yang terdapat dalam banyak hadith
antaranya dalam Sahih Bukhari no. 3176.
2) Untuk mengatakan beliau (Abu Bakar al-Masyhur
(Lahir 1946)) boleh memprediksi apa yang berlaku pada masa hadapan semasa
penulisan kitab tersebut adalah kekeliruan.
3) Beliau bukan Nabi yang dikurniakan
pengetahuan ghaib. Maka beliau tidak mungkin memprediksi apa yang akan berlaku
kemudian hari. Apa yang beliau tulis dalam kitab tersebut ternyata adalah
maklumat yang telah sedia ada pada waktu penulisan kitab tersebut.
4) Ini kerana, virus corona telah lama
dipencil, dikaji, diprofil sejak pertama kali dijumpai pada tahun 1937
(γ-coronavirus).[1]
5) Virus corona adalah satu kumpulan
virus yang menjangkiti sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia.
Gejala utama jangkitan virus corona ini adalah seperti selsema, demam,
jangkitan paru-paru, malah lebih teruk lagi dengan menimbulkan gejala seperti SARS.[2-3]
6) Virus corona terdapat beberapa
jenis, yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu:-
-α-coronavirus
-β-coronavirus
-γ-coronavirus.
Manakala
yang telah menjangkiti manusia sahaja ada 6:-
-229E
α-CoV
-NL63
α-CoV
-OC43
β-CoV
-HKU1
β-CoV
-MERS-CoV
(dikesan pada 2012)
-SARS-CoV
(dikesan pada 2002) [1, 4-5].
Dan
yang terkini adalah 2019-nCov (dikesan pada 2019), lantas menjadikan virus
corona yang ke-7 telah menjangkiti manusia.
7) Manakalah kes pertama jangkitan
disebabkan coronavirus (OC43 and 229E) ini dikesan pada tahun 1960 dalam hidung
pesakit yang menunjukkan gejala selsema biasa. [4]
8) Ini menunjukkan maklumat tentang
virus corona (1937) telahpun direkodkan sebelum Abu Bakar al-Masyhur ini lahir
lagi, manakala penularan wabak akibat coronavirus ini telahpun direkodkan,
malah sebelum kitab ini ditulis.
9) Maka secara tepatnya Abu Bakar
al-Masyhur ini, ketika menulis kitab tersebut (cetakan pertama pada tahun 2010
(Gambar 1)) pastilah telah mengetahui/membuat rujukan berkenaan wabak-wabak
yang pernah berlaku pada zaman tersebut berdasarkan maklumat-maklumat yang
beliau capai menerusi, surat khabar, TV, radio, internet, penulisan ilmiah,
pendapat pakar perubatan dan lain-lain. Ini jelas dalam kitab beliau, beliau
merujuk kepada nama penyakit (AIDS, Flu Burung, Flu Babi, Corona) yang telah
diketahui umum, telah wujud, dan telah dilaporkan secara meluas pada tahun
sebelum kitab itu ditulis (2010).
10) Kalau kita padankan kepada infografik
(Gambar 2) dengan apa yang tertulis dalam kitab tersebut, maka ternyata, beliau
mempunyai pengetahuan tentang wabak-wabak yang telah melanda dunia ketika itu.
Kesimpulan:
Kenyataan
beberapa asatizah (Gambar 3 & 4) dalam menyatakan apa yang berlaku sekarang
ini (wabak 2019-nCoV) adalah suatu kebolehan ulama (Habib Abu Bakar al-Adni)
memprediksi salah satu tanda-tanda kiamat (wabak), adalah suatu kekeliruan yang
jelas dan tertolak secara ilmiah.
Pembuktian
dilakukan secara analisis kepustakaan menunjukkan, terdapat banyak maklumat
mengenai jangkitan wabak-wabak bawaan virus corona kepada manusia telah direkodkan sejak seawal
tahun 1960-an, yakni sebelum penulisan kitab al–Usus wa al-Munthaliqat (tahun
2010 cetakan pertama). Ini membantah kenyataan sebahagian asatizah yang
mengatakan bahawasanya ada ulama tertentu boleh memprediksi akan wabak corona
terbaharu (2019-nCoV) ini sebagai salah satu tanda-tanda kiamat. Malah
sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh ulama tersebut dalam kitabnya adalah,
virus corona berlainan jenis yang telah menular pada zaman sebelum itu
lagi seperti SARS.
Wallahu
‘alam
Rujukan
1.
Woo PC, et al. (2009) Coronavirus diversity, phylogeny and interspecies
jumping. Exp Biol Med (Maywood). 234(10):1117-27.
2.
Cheng VC, et al. (2007) Severe acute respiratory syndrome coronavirus as an
agent of emerging and reemerging infection. Clin Microbiol Rev. 20:660–694.
3.
Rota, P, et al. (2003) Characterisation of a novel Coronavirus associated with
Severe Acute Respiratory Syndrome. Science. 300:1394-9.
4.
Lim, Y. X., et al. (2016). Human coronaviruses: A review of virus-host
interactions. mdpi.com/2079-9721/4/3/26
5.
Zhong Y, et al. (2012) Recent progress in studies of arterivirus- and
coronavirus-host interactions. Viruses. Jun;4(6):980-1010.
No comments:
Post a Comment